Monday, June 25, 2012

23 June 2012

Dear diary,

Happy birthday Rayyan Aiman yang ke 10 bulan. Lagi 2 bulan menghitung hari genap Rayyan setahun. Syukur alhamdulillah. Semoga Rayyan membesar dengan sehat selalu. Sebelum menaip rasa banyak sangat benda yang nak share, tapi bila jari dah mengadap lappy.. banyak plak yang dah hilang. huhu! Try your best mom!

Oklah, firstly update husband dah selamat pulang ke home sweet home malam Jumaat. Syukur alhamdulillah. Semuanya selamat. As usual, masa husband sampai tu.. Rayyan dah nyenyak tidur. Nyenyak sangat sampai boleh dengar dia punya berdengkur. haish! Perangai abah nih. huhu! Dan macam biasa jugak, bila husband dah siap mandi solat semua.. puaslah pipi Rayyan kena kiss dek abah tanda rindu bebenar la tu. Kalah abah kiss mama tau. *ihihi* and suddently, Rayyan pun celik bukak mata. Supprised! tengok abah dah ada depan mata. Terus taknak tidur dah. Masa tu tak salah aku dalam pukul 12 malam. Aku tengok Rayyan happy sangat bangun tidur tengok abah dah ada. Rayyan senyum-senyum, golek-golek, main janggut abah, pegang pipi abah dll. Selalu bila husband balik, memang macam tu. Kalau sebelum ada Rayyan, aku lah orang pertama yang husband terkam.. tapi bila dah ada anak ni, kena lah bahagi dua. hehe! Terkam anak dulu then baru terkam isteri. ahahaha.. Kalau diikutkan main Rayyan, memanglah dia nak main sampai ke siang. Tapi bila dah dipujuk-pujuk tidur. Baru Rayyan sambung tidur balik. Best!

Rayyan bangun awal sebab dia tahu abah dah balik. Rugi kalau bangun lewat-lewat ni. Tak salah seawal jam 8 pagi dia dah gosok-gosok mata. Sambung main-main, gomoi-gomoi dengan abah sampai puas. Pagi, tengahhari, petang and sampailah ke malam as usual abahlah yang mandikan Rayyan dan sebagainya. Mama bolehlah rehat sikit bila abah ada. heheh! After siap-siap sume, kitorang bawak Rayyan pegi Klinik. Fever Rayyan tak betul-betul baik lagi. Kesian sangat. Kadang-kadang ok, kadang-kadang nak bernafas pun susah. Ketat hidung. Bila sampai klinik, ramai pulak orang. Terpaksalah tunggu turn dengan penuh kesabaran. Bila nama kena panggil, check berat everything.. terus buat nebulizer sebab dah ada appointment. First time Rayyan merasa sedut asap semalam. Kesian oo. Sapa yang ada anak, mesti diorang faham. Tak sanggup tengok anak menangis depan mata kan. Tapi demi kesihatan Rayyan. Terpaksa kena buat jugak. 

Mr Cool. Good boy my boy!

Neb time.

No comments:

Post a Comment