Wednesday, June 20, 2012

Apom polkadot yang super enjoy!

Dear diary,

Masa kat kampung, hati lonjak-lonjak nak cuba lagi sekali buat apom polkadot. Neways, first time buat dengan Wanie, apom kurang menjadi sebab terlebih tepung. Sukat pakai cawan beso gamaknye. hehe! Bila tak puas hati tu, rasa nak buat lagi sampai jadi. Kena upgrade skill, baru boleh tukar resipi lain. hehe..Petang, gigih pegi Selama sebab nak cari ovelette. Ovelette ni  function untuk mengebukan lagi apom kite. Kalau takde, tak gebu la kot. hehe.. Malam, terus gigih buat sendiri dengan Rayyan pun tak tidur lagi. Mak pulak macam biasa. Buat pemerhatian dari jauh saje sambil jaga Rayyan Aiman. Mandor la katakan. huhu! Aku siap pesan kat mak lagi jangan tidur dulu. Tunggu sampai aku siap buat apom, baru mak buleh tidur. Mak angguk angguk, senyum senyum jer. Jadi malam tu, aku dah berjaya siapkan satu adunan mewakili hampir 100 bijik apom polkadot yang super kiut. Kepada sapa-sapa yang terbaca diary ni dan rajin nak untuk mencuba, boleh lah cuba. Kat sini aku sediakan resipinya sekali.

Bahan-bahan:
1) 3 biji telur (Dari peti sejuk)
2) 1 sudu teh penuh ovelette
3) 1 cawan gula halus
4) 3/4 cawan susu cair
5) 2 1/2 cawan tepung gandum
6) 3 sudu teh penuh baking powder
7) 1 sudu teh penuh asen vanilla
8) Pewarna

Cara-cara:
1) Pukul telur, ovelette dan gula halus. Kemudian masukkan susu cair, tepung gandum, baking powder dan asen vanilla hingga adunan menjadi putih.
2) Dalam masa yang sama, susun atur paper cup untuk proses mengukus.

Kena susun dalam cup. Baru adunan tak kembang setaman bila kukus nanti.

3) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Kemudian warnakan dengan pewarna mengikut kesukaan masing-masing. Lagi banyak, lagi menarik apom kite.
4) Untuk mempercepatkan proses benda yang rumit ni, aku masukkan aduanan yang dah diwarnakan tadi ke dalam plastik. Kemudian gunting bahagian hujung.

Make sure gunting bahagian hujung plastik tu kecik jer. Baru cantik nak buat dot dot atas adunan apom nanti.

5) Kemudian, deco-deco lah apom tadi mengikut kesukaan masing-masing. Selalunya aku buatkan dua layer  kaler pada apom ni. Di tengah-tengahnya pulak aku letakkan inti contoh seperti coklet, jem, kaya dan sebagainya. Baru apom ada rasa dan menarik. Yang bahagian atas tu, suka hati nak dot-dot ker, nak buat smile ker, bunga ker tak kisah. Asalkan kau bahagia. hehe!

Kan dah cakap. Suka hati nak deco apa pun. Masa ni memang enjoy even anak tengah berjoget-joget bawah meja nak intai apa mama tengah buat kat atas meja tu. hehe..

6) Finally, kukus adunan apom tadi. Make sure api tak terlalu panas sebab adunan akan pecah bila dikukus. Masa first time buat, apom tak berapa nak jadi. Pecah-pecah sebab api terlalu panas. Tapi masa cubaan kedua, alhamdulillah dari A to Z, semuanya menjadi. Best! :))

Taraa! hasil cubaan kedua. Nampak lebih proper kot. hehe.. SELAMAT MENCUBA!


psst: Next resipi, Pavlova. Insyaallah!

No comments:

Post a Comment