Thursday, June 7, 2012

Off Works! (Mei to June)

Dear diary,

Uhuk, masuk belog kena buat-buat batuk sebab dah berhabuk dan lama tak hupdate. Hehe! Rindu benar nak mengomel kat sini. Rasa macam banyak sungguh cerita nak share. As usual, since husband ada kat rumah ni.. rutin harian ada saja aktiviti sampaikan nak update belog pun takde masa. Sekadar bukak dan baca entry orang sajo. Mana nak uruskan Rayyan Aiman lagi. Sejak kebelakangan ni si kecik tu bijak bukan main. Pantang benar tengok mama bukak lappy, terus aje dia nak join main tekan-tekan sekali. huhuuu.. Selalunya kalau aku nak online puas sikit pun time malam la bila Rayyan dah tidur nyenyak. Time tu baru puas nak surfing sampai pukul 3 pagi... Itu pun kalau abah Rayyan takde kat rumah la.. hehe.. Kalu dia ada, terpaksa bahagi masa sikit.

Syukur bila husband ada ni, kerja menguruskan Rayyan dapat kami tanggung sama-sama. Yang bestnye, husband suka mandikan dan siapkan Rayyan hari-hari. Hoyeaah! best sangat memandangkan Rayyan sekarang ni nak bagi mandi, nak pakaikan baju.. fuh! bukan main susah lagi. Tahu nak main je kejanya tu. Bila bagi mandi pun, makin susah aku nak mandikan dia kat sinki. Tendang sana, tendang sini. Itu belum mengeliat dalam sinki lagi tu. hehe! Jadi solution nya Rayyan dah besar ni pun masih mandi dalam tab. More safety. Tapi bila husband ada, senang la sikit keja aku. Nak mandikan dalam tab ker.. dalam sinki ker.. it's up to him :)) Keja aku more to siap sediakan towel, baju, bedak etc after Rayyan mandi and susukan Rayyan. Selebihnya, tukar pampers bagai.. semua husband yang buatkan. hehe! Sebenarnya sampai sekarang ni pun bila husband ada, kalau nak mandikan Rayyan.. sebelum tu mesti masing-masing tanya nak pakaikan Rayyan baju apa.. Bersiap nak keluar ker.. bersiap just duk kat rumah ker.. semua sama. Kadang-kadang tu masih lagi bertekak masing-masing nak pilih sendiri baju / stokin untuk Rayyan. ahaha! Excited sungguh la cik laki aku tu..

Rayyan memang suka mandi. 3/4 kali sehari.

Hm, ok. Entry kali ni taknak citer panjang lebar sangat pasal Rayyan Aiman. Update Rayyan 9 bulan akan menyusul kemudian hari. Insyaallah. Hope sangat akan ada masa terluang after this. hehe! Berbalik pada entry kali ni, nak selitkan jugak pics masa kitorang celebrate birthday mak and abah last-last day. Malam tu mulanya berkira-kira jugak nak dinner makan mee udang lagi kat SP or ke Puncak Mutiara Cafe Kg Pelet. Last decision, kitorang bergerak malam tu ke Kg Pelet saja sebab dekat sikit dari rumah.

Happy family!

Sebenarnya aku ni tak pandai sangat nak review or promote gila-gila dalam suatu hal. Tapi aku just nak bagitahu, tempat ni tersangatlah recommended kalau nak bawak satu famili makan sama-sama. Selesa and banyak menu yang disediakan. Kalau nak cari daging kambing, rusa, ostrich, arnab, kijang and segala mak nenek daging semua ada kat situ. Sebab kat situ jugak ada ladangnya sendiri. Kira semua makanan terbaik dari ladang la ni. huhu.. Satu yang tak bestnya malam tu, aku tersilap order makanan. Nak makan beefsteak, aku pegi order lambsteak. attooii! Terpaksa makan jugak la sikit even tak habis..

Selain tu jugak, sejak-sejak cuti sekolah ni.. biasalah musim mengawan. Ramai benar orang kawin. Banyak pulak aku and husband attend kenduri orang kawin. Biasa lah bila dapat mak mertua ada buat catering ni, influence dia lain macam sikit. Ramai sungguh kenalan. Pantang ada cuti sekolah, pasti 3 4 kenduri kena jemputnya. Kami yang anak-anak ni tumpang sekali la dapat makan nasik minyak selalu. hehe.. Haritu, sepupu husband pun ada buat kenduri last weekend.  Fuh! memang penat plus panas teriknya lagi. (PENAT? ahah..ko bukan buat keja apa pun. Mai makan sajo. hihi) Part yang bestnya bila ada budak senyap-senyap curi buah hantaran pengantin. hoho! Kesian pengantin tengok buah hantaran rongak-rongak digigit oleh budak bijak..

Bila suruh letakkan balik buah tu, bukan main refused lagi itu budak.

Apa lagi best bila husband ada kat rumah?? ahaha! Of course la bila dia balik, dapur agak kurang berasap. Kalau berasap pun, mungkin nak sediakan breakfast je kot. hehe! Meal lunch hour tu ada la sekali dua aku masak. Rasanya balik kali ni, boleh kira-kira dengan jari je apa yang aku masak. Checklist tengok..

Breakfast:
Roti bakar with mushroom soup, Nasi lemak, Telur separuh masak, cucur jemput ikan bilis, mee goreng.

Lunch:
Goreng ikan, Gulai lemak udang

Dinner:
Spaghetti

Best-best! dapat hidup macam sekarang ni. Selain makan kat luar, kalau mood bermalasan nak masak kitorang akan serang rumah mak jer. Pasti tak menghampakan bila bukak tudung saji kat dapur. Ada saja makanan. yeehaa! Jimat duit belanja dapur macam ni kata husband. hehe.. Selain tu jugak, bila husband ada ni, dia nak yang terbaik untuk aku dan anak. Keselesaan especially. Kesian jugak tengok husband mengemas bilik belakang sensorang yang dah totally jadi bilik stor. Now, dah clear and nampak rupa bilik la sikit. huuhu! (Sori sayang, bukannya malas nak kemas. Tapi tak sempat nak kemas. Bluurp!) Pastu, Rail langsir yang tiba-tiba buat hal time orang datang rumah boleh pulak jatuh. huwaa! Sangat-sangat kelakar betul la moment tu. Malam tu, masa cousin datang siap bunyi hon keta kat luar rumah.. tup tup.. rail jatuh tergolek kat depan meja makan. Dah la time tu kitorang sesaja jemput diorang dinner kat rumah. Atoooii! sangatlah spoil time tu. Husband semangat nak cepat2 betulkan rail tu balik pun dah tak sempat sebab diorang dah ada kat pagar. ahaha! Aku dgn husband gelak tak hingat je time tu. Macam dalam belakon tv pulak. Then disebabkan kejadian yang dah menjatuhkan sedikit air muka tuan rumah (hehe) terus husband planning nak tukar langsir.  Apa lagi Jusco la solution nya. Malam tu, aku dua laki bini tongtang tongtang deco-deco area yang bermasaalah tu sampai pukul  1 2 pagi. Time camtu je pun Rayyan tak kacau.. Puas hati! Then sebelum husband pegi kerja tadi pun dia dah setel tebang-tebang pokok kayu belakang rumah yang dah berimbun. Thanks si gagah perkasa..

Eh eh. Gaya macam nak naik minyak. Tapi muka ada cenyuuumm. 

Konpius Rayyan Aiman

Sebenarnya macam banyak lagi aku nak mengomel kat entry kali ni. Tapi, takpelah dah panjang jela sangat dah kot. Ada masa nanti akan di'update lagi. Insyaalllah. Dah lama aku kepam entry ni buat pekasam. Sejak husband ada lagi. and baru sekarang dapat sambung update. Actually husband dah on the way ke Terengganu malam ni. Hope semuanya dalam keadaan selamat. Aku terlalu sayangkan suami aku Ya Allah! Kau lindungi lah dia. Semoga perjalanan beliau selamat. Insyaallah.. Amin!

pssst:  Cepatnya masa berlalu..



No comments:

Post a Comment