Sunday, June 10, 2012

Rayyan Aiman 9 Months

Dear diary,

Kali ni nak update perkembangan Rayyan yang dah berumur 9 bulan. Syukur alhamdulillah, kesihatan Rayyan sangat baik. Dia kurang dapat demam, kurang dapat batuk, selsema dan lain-lain. Syukur sebab Rayyan dapat membesar dengan sehat hasil susu dari ibunya sendiri. Susu ibu memang terbaikk! Yakin dan sangat mempercayainya. Kan Rasulullah dah bagitahu awal-awal lagi. hehe.. Tapi, cuma satu. Mungkin aku terpaksa control makan makanan laut buat seketika waktu memandangkan now i'm fully breastfeed Rayyan and baru-baru ni Rayyan and aku terkena allergic. Rayyan punya allergic kena kat leher and aku pulak kat tangan kanan. Naik merah, gatal tak ingat la.. Yang paling kesian aku tengok kat Rayyan la. Tapi sehari dua ni aku tengok allergic dia semakin recover. Mungkin dia lebih serasi dengan ubat yang Klinik Kamachi tu. (Klinik Pakar Kanak-Kanak Kamachi). Alhamdulillah.. Berat Rayyan pun bertambah sikit masa check-up haritu. Berat Rayyan dah jadi 8.3kg. Hopefully Rayyan dapat gain weight selari dengan perkembangan bayi-bayi yang lain. 

Semakin hari Rayyan makin bijak budaknya. Dia dah semakin faham apa yang kita cakap especially from his mama dan abah. Rayyan sangat manja. Ya.. macam anak-anak kecil yang lain. Abah balik kali ni manja Rayyan menjadi-jadi. Pantang nampak abah. Keja nak berkepit je dia. Mana taknya. Bila abah ada, abah yang selalu mandikan Rayyan, pakaikan baju, suap Rayyan makan, tukar pakai pampers etc. Makin hari Rayyan makin mesra dengan abah. Dengan mama pun Rayyan lagi la manja. hehe.. Satu hari tu, husband tengah bersiap-siap nak pergi solat Jumaat. Ke hulu ke hilir abah kelam kabut bersiap tapi tak ambik dukung dia pun. Naik hairan la budak kecik tu. Sampaikan bila husband nak keluar rumah, Rayyan mengekor buntut abahnya.. Nangis jugak. Ish.. ish! kesian sungguh anak mama nih. Bila abah ambik dan dukung Rayyan bagitau everything.. baru dia ok. Bila abah dah takde.. Rayyan sorang-sorang merangkak jenguk ke bilik air, jenguk dalam bilik.. then jenguk kat luar pagar. So pity my son neh.. Kalau boleh dia taknak ditinggalkan.

Tengok tu, bukan main manja lagi dia..

Selalunya bila husband ada, time Rayyan menyusu.. abah pun teman menyusu sama. hehe.. Bila abah ada kat sebelah, semangat Rayyan menyusu. Kadang-kadang kelam kabut dia minum sebab takut abah tinggal. Pheew.. jenuh la macam tu. hihi!Pernah banyak kali, bila abah senyap-senyap bangun jer.. terus budak kecik tu kelam kabut nak bangun sama. Gelak je lah aku laki bini tengok gelagat anak bujang sorang. So mana taknya. Kalau nak bagi Rayyan puas menyusu, si abah kena lah temankan sekali. Tapi kejadian macam ni, takde lah selalunya berlaku. Kadang-kadang bila dah lapar sangat, Rayyan dah tak pikir abah kot. hehe..

hello awek!

Waktu-waktu anak meningkat membesar ni, apa yang kita cakap.. apa yang kita buat, sentiasa akan diperhatikan oleh si kecil. Masa ni la perkembangan minda pesat berlaku. hehe.. Dia dah boleh faham apa yang kita cakapkan. Dia dah boleh ikut apa yang kita tunjuk. Apa yang aku dan husband was so impressed last-last day adalah, Rayyan dah boleh ajuk and acukan henset kat telinga sendiri. Proses ni ambik masa berulang kali jugak sejak pemerhatian si kecil terhadap orang sekeliling. Maksudnya kat sini, sekarang ni memang pantanglah kalau aku nak main-main or bergayut or bersms depan si kecik tu. Mesti sebuk memanjang dia nak tahu. hehe! Kalau dengan abah, dilayankan aje anak bujang kesayangan dia tu. Tapi kalau tang mama Rayyan buat macam tu, kena bising la jugak sebab dia suka main picit-picit. huwaaa! Dah la henset koman spana. Sikit hari lagi nak nazak. uhuk!

Ada apa kat bawah bantal neh?

Ehem. ok perkara kedua yang menjadi buruan si kecik ni adalah lappy kepunyaan mama dan abah. Sedang budak-budak lain sebuk dengan ipad segala mak nenek angrybird, Rayyan still maintain pakai lappy. huhu! Takpe sayang.. bersabarlah. Jangan mengejar dunia dan kebendaan semata-mata yeh! ;P (Padahal menjaga hati sendiri. hehe) Budak ni kan, pantang sangat-sangat bila nampak ada laptop. Tak kiralah kat mana or yang sapa pun. Dia buat suka hati macam harta dia sajo. huhu! Perangai tu aku tak ajar lagi. Dia yang mandai-mandai tahu sendiri. Selalunya kalau aku nak umpan dia be a good man when mama cooking.. aku pasangkan dia bacaan kanak-kanak alif ba ta first. Biar dia tahu huruf-huruf ni sebelum dia kenal apa itu ABC. Syukur alhamdulillah, Rayyan semakin excited bila tengok ada karton berjoget-joget mengaji alif ba ta.. Mama yang tengah masak kat dapur pun kadang-kadang joget kepala sama. huhu.. Lepas dah 2 3 kali ulang tayang benda yang sama, barulah aku tukar pembelajaran yang seterusnya. Aku kenalkan beliau dengan lagu-lagu ABC yang menghiburkan hati, super simple learning, tutitu dan macam-macam adaa.. See gambar kat atas tu, selalunya bila aku bukakkan lappy depan Rayyan, wajib kena tutup awal-awal keypad tu. Kalau lambat siaplah dia main picit-picit taknak lepas. Sekarang ni mama buleh trick lagi la. Esok lusa mesti kena baling je bantal tu dek Rayyan anak bertuah.

Action la anak bertuah nih. Dah yakin pegang sebelah tangan.

Kat sini adalah salah satu tempat kegemaran Rayyan Aiman. Dia suka bangun duduk kat depan tv. Ops! tv mama masil lagi tebal ya ampun. Sedang orang lain dah canggih manggih pakai flat LCD 42'' bagai, aku masih terkebil-kebil pakai tv bapak tebal yang amat ni. huhu! Eh! apa pulak.. BERSYUKUR CEPAT! Nanti Allah marah. Takpe.. bersabarlah sayang. (Proses menjaga hati lagi. hehe!) Bau-bau LCD dah dekat ni. Insyaallah. Cepatlah suami balik. Blurpp! ~ Gambar ni banyak cerita pasal tv dari Rayyan. Ok!

"Mama. ayen nak tengok boxer abah boleh?"

Ok, ini lagi satu cabaran. Sejak-sejak budak kecik ni dah dapat akal nak gunakan kaki tangan sebaik mungkin.. habis satu rumah dia nak mengemas. Paling favourite kat laci almari, rak tv, almari bayu Rayyan etc. Siap nak main bukak tutup laci lagi. Nak-nak pulak bila dia tengok banyak kain baju kat almari. Apa lagi.. syurga la Rayyan Aiman. Mesti dia fikir banyak keja dia nak kena buat nih. hehe.. sayang.. sayang..

"mama... nak dukung"

Selalunya bila aku nak mandi or bersolat, playpen adalah yang terbaik untuk beliau even kadang-kadang dia sangat meragam tunjuk protes taknak duduk kat dalam. Kesian Rayyan. Sori sayang sebab mama terpaksa tinggalkan Rayyan seketika waktu. Pernah satu haritu, time aku tengah solat Rayyan menagis taknak duduk dalam. Fuh! Allah saja yang tahu kekusyukan aku waktu tu. Jadi, solat pun kelam kabut. Habis berpeluh satu badan budak kecik tu. Bila diambik pastu pujuk-pujuk, baru Rayyan ok. Waktu-waktu camni, bayi memang macamtu. Kadang-kadang aku terpaksa jugak kena ajar dia menanggani perpisahan. Even seketika waktu. Bertenang sayang.. Mama akan sentiasa bersama kamu..

Rayyan dalam kereta. Sikit hari lagi dah boleh pusing stering. Atooi! Poning den!

Hai. Nama saya Ray. Call me Mr. Ray!

Last but no last, Rayyan makin banyak kumpul kawan sejak akhir-akhir ni. Mana saja dia pegi, ramahnye bukan main lagi. Bila lalu depan orang ke.. bila kat meja makan then nampak orang lalu je.. mesti dia nak uii uii menegur orang sambil angkat-angkat tangan then buat senyum-senyum gatai tu. hoho! Kecik-kecik lagi dah ikut perangai abah. Abah pulak dok bangga cakap Rayyan ikut perangai abah suka berkawan, peramah, baik hati, sopan santun bla bla bla etc. hihio! Bila kat shop mall pulak, kakak-kakak sale suka melayan si kecik ni. Syok tengok telatah dia dengan gigi gedabak 2 batang besar sama kot. Huuu.. Rayyan.. rayyan.. macam-macam la ayen ni. 

Fuh! entry Rayyan kali ni, aku ter'excited upload pic gila banyak. Rajin sangat dah ni mengupdate belog. hihi..Apa-apapun, aku doakan sepanjang usia Rayyan.. aku nak yang terbaik untuk dia. Semoga sehat selalu dan membesar menjadi anak yang solih dan pintar. Mama terlalu sayangkan permata hati mama. Rayyan adalah harta tak ternilai bagi mama dan abah. Jadi anak yang baik. Amin! Insyaallah..


psst: Masa berlalu begitu pantas.


No comments:

Post a Comment