Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan 2012 : Day 10 with Kak Noor

Dear diary,

Pagi-pagi lagi dapat call dari Kak Noor. Kak Noor datang Kulim sebab nak hantar anak beliau masuk Poli. Oyeah! bestnya bila dapat tahu Kak Noor dah sampai Kulim. Rindu benar rasanya sebab dah lama tak jumpa. Kak Noor ni sebenarnya ex-officemate masa aku keja dulu. Best sangat berkawan dengan beliau even beza umur kami sangatlah jauh, tapi kawan dengan Kak Noor memang best. Happy go lucky saja. heheh!

So, after dia setelkan semua hal pendaftaran anak.. aku dan husband amik Kak Noor kat depan Poli. Mula-mulanya dia dah try cari rumah, tapi pusing punya pusing tak jumpa-jumpa. hehe! Kesian Kak Noor. Last-last aku amik dia je kat sana. Oh! Kak Noor datang dengan suami dan 2 orang anak. First time dapat salam peluk beliau, rasa sebak sangat. Rindu! Tapi kena control sikit la kan. ahaha! sensitif pulak dia :))

Kak Noor datang rumah pun tak lama sangat. Singgah solat then borak-borak adalah dalam satu jam kot. Macam-macam kami bualkan. Dari hal life sekarang sampailah bab opis. huhu! Macam-macam dah berlaku rupanya. Semoga Kak Noor terus sukses dalam kerjayanya. Insyaallah!

Part yang paling tersentuh hati is bila Kak Noor cakap, "bila teringat pagi-pagi kak noor bukak belog ida. Harini ida buat apa... harini Rayyan makan apa.." hehehe.. memasing gelak jer. Segan pulak depan cik laki. hohoooo!

Pada Kak Noor kesayangan semoga sehat-sehat selalu, takmo strees sangat keja ok. Kalau sampai Kulim lagi jangan lupa jemput datang rumah. Tidur umah ida ok.. Take care!

Sunday, July 29, 2012

Ramadhan 2012 : Day 7

Dear diary,

Fuh! dah lama tak menulis. Phuh! phuh! buang habuk jap. hehe! Aku ni simptom betul. Kalau tengah semangat berbloging, 2 3 entry aku post dalam sehari. Tapi kalau dah start malas nak menulis, terbengkalai la jawapnya belog ni tanpa entry. Takpe-takpe, diary sendiri. Takde sapa yang kisah. hoho!

Alhamdulillah, selesai sudah kita berpuasa di hari ke7. Yeah! sedar tak sedar dah seminggu kita puasa kan. Syukur, semoga segala amalan kita diterima oleh Allah insyaallah. Amin!

Harini macam biasa aku dan husband akan berbuka puasa kat rumah mak. Selalunya aku akan masak apa yang patut untuk makan sama-sama. Yelah, hari-hari nak berbuka free je kat rumah mak, segan la jugak kan. ahaha! So, bulan puasa ni la dapur mama Rayyan selalu berasap. Husband pulak bagi support 100%. Tu yang best. Harini jugak, gaji dah masuk. yeah! dapatlah hadiah dari husband iaitu sebuah mixer. ahaha! Disebabkan lately, aku tersangatlah gigih untuk memasak, jadi husband tak cakap banyak dah bila aku bodek nakkan bendalah tu. Thank you so much husbandd!! Tadi siap aku akur janji lagi yang lepas ni taknak hangat-hangat tahi ayam lagi dok kat dapur. ahaha! Sengal!

Dari semalam lagi, after tarawih aku dua laki bini akan bersembang sampai buntut kembang, mata kembang nak tido. Dalam dok bersembang tu, husband ada request nak makan triffle. hihi! lamanya tak buat triffle. Seingat aku first time buat masa kitorang mula-mula kawin dulu. Buat kat rumah Sri Gombak. Hm.. rindunya.. Kali ni, husband terasa nak makan lagi. So terpaksalah gugel-gugel lagi cari resipi sebab resepi lama dah lama arwah. pheew! and finally, here it is..

Triffle : Rich of fruits. Resipi will update next! :))

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan 2012 : Day 3

Dear diary,

Alhamdulillah selesai sudah kita berpuasa untuk hari yang ketiga. Sedar tak sedar eh dah hari ketiga? ahah! Cepat kan masa berlalu. Semoga di bulan penuh keberkatan ni kita dapat memanfaatkan waktu yang ada dengan sebaiknya. First thing dimulakan pagi ni dengan bersahur bersama insan tercinta. Aku macam biasa tak sah kalau sahur tak bernasik. Pagi tadi makan dengan banyaknya hasil tapau makanan dari rumah mak. Aku cuma masak sayur saja tadi. Husband cakap aku kena makan banyak-banyak biar banyak susu. Dia care pasal aku. Tapi dia care tentang Rayyan lebih-lebih lagi. huhuhu! Dia taknak Rayyan tak cukup minum susu. huhu! Apa-apapun don't worry sayang. Insyaallah supply susu untuk Rayyan sentiasa ada. Allah kan maha mengetahui. Hm, yang cik husband pulak sejak sebu makan banyak nasik goreng banyak masa sahur tempoh hari rasa serik taknak makan nasik masa bersahur buat sementara waktu. Atoii! macam-macam la laki aku sorang ni. So tadi, dia mintak nak makan ringan-ringan saja. Kurma, air, roti, dan sayur. Ok! diet seimbang sesangat la tu kan. huuuhu! Harap sangat puasa kali ni, dapatlah turunkan sikit berat badan beliau. Aku tengok makin hari makin maju je perut tu ke hadapan. Bahaya ni.. hehe!

Pagi, after setel everything kat rumah husband ajak keluar jap nak uruskan hal bank. Ok i will follow youuuu :)). Bila dah setel, kitorang cari cat pulak. Tiba-tiba husband ada semangat pulak nak cat luar rumah. Semangat nak raya sama la kot. ahaha! Aku ikutkan aje. Pilih punya pilih finally dapatlah kaler cat yang kitorang pikir just nice. Sejuk mata memandang. Memandangkan cat dalam rumah dah berani main kaler terang-terang, so cat kat luar rumah pulak kitorang main tone light-light saja. Soft green plus grey. Apakah yang akan terjadi.. Tak sabar nak tengok hasilnya. 

Then sebelum balik rumah tadi singgah pos malaysia sebab nak pos surat. ahaha1 berzaman lamanya aku dah tak main pos-pos ni. Ingatkan bolehlah hantar surat pakai setem 30sen lagi.. tapi kakak pos tu cakap sekarang ni nak pos dah pakai setem 60sen. huhuuhu! Lame nya aku. Ketinggalan jauh benar dah. Sebenarnya aku dah selamat mengepos surat chinta untuk Drypers Club. ahaha! semangat lagi ni nak redeem hadiah. Pada siapa-siapa yang dah jadi member club tu boleh la google-google drypers punya website cepat, hantar penyertaan anda. Kumpul kodbar drypers banyak-banyak then redeem mengikut point. Kebetulan pulak, sebelum ni aku memang suka kumpul plastik drypers then tiba-tiba dapat email dari drypers. Terus bertindak la kan. Yang aku target redeem sekarang ni nak dapatkan beg stok makanan untuk Rayyan. Points yang diperlukan untuk redeem just 160 mata saja. Terlebih cukup sangat dah tu. Dan yang lebih points yang aku ada, pakai member club husband plak redeem drypers pack. huhu! harap-harap ada rezeki sampailah parcel kat rumah nanti. Kalau dulu sebenarnya aku ni memang jenis buat tak kisah je kalau ada peraduan or tebus nilai segala bagai ni. Sampailah satu haritu, husband sendiri yang dah banyak kali suruh aku hantar redeem anmum tapi tak hantar-hantar sebab malas nak isi form. ahaha! Bila dia isi and hantar semua.. tup-tup parcel dari anmum sampai. Mulanya husband redeem untuk dapatkan termometer digital, tapi time tu kitorang hantar pun dah dekat nak tarikh tutup so barang pun agaknya dah out of stok. So masa tu kitorang dapat selimut bayi bersama patung rabbit yang super cute. hehe! lepas-lepas dari tu je terus bersemangat nak isi form bagai ni. hahaaa..

Tak cukup dengan kod plastik drypers terpakai, kodbar kat stok drypers pun aku sebat gunting. huhu!

Malam, macam biasa masih lagi berbuka puasa kat rumah mak. Harini husband bagi cuti pelepasan tak payah masak apa-apa. Dia cakap nak pergi bazar ramadhan saja. Nak beli ayam percik kelantan. Sedap tak terkata katanya. ahaha! Ternyata bila makan masa berbuka tadi memang sodap.. Lepas maghrib, terus kitoran gerak balik rumah. Yang special nya malam ni is husband nak bertarawih kat rumah saja. Oyeaaah! dapatlah aku solat bersama beliau tadi. Best sangat.. Tapi sebelum tu haruslah make sure yang bos kecik dah nyenyak tidur. Barulah boleh fokus nak beribadat.. kan..

and now jam dah pukul 12.30malam. Husband masih kat luar tengah cat rumah. Dah janji dengan dia yang aku akan temankan dia mengecat rumah dari dalam. Dia cat luar rumah. Aku tunggu dia siap cat sambil berinternet kat dalam rumah. hohoooo.. Semangat lah abah Rayyan ni.. i like... Tak sabar nak tunggu hasilnya esok pagi.. Yawn! -o-

Monday, July 23, 2012

Indahnya Waktu Dhuha


Ruang waktu dan waktu afdal 
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statikMaka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betulsyarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”
Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.
Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan
Doa yang dianjurkan selepas solat Dhuha

Ramadhan 2012 : Day 2

Dear diary,

Alhamdulillah harini 23hb. dah masuk puasa ke tiga kita berpuasa. Syukur sangat-sangat dapat berpuasa dengan jayanya setiap hari, even bila dah masuk petang tu rasa pancit la jugak. Selalunya rasa lapar takde la sangat, cuma dahaga je lain macam sikit. Maybe faktor cuaca or aku yang masih lagi breastfeeding Rayyan. huhu! Harini jugak Rayyan dah masuk umur 11 bulan. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah sebab memberikan kami hadiah yang tak ternilai ni. Semoga anak mama sentiasa sehat selalu. Amin!

Okeylah, just nak update hari kedua berpuasa semalam. Entry terpaksa terlambat sehari memandangkan aktiviti yang sangat pack bila husband ada ni. Jadi, kalau nak membebel-bebel lama-lama depan lappy pun haruslah after Rayyan tidur di malam hari or after subuh camgini. hihi! Hm.. pagi semalam, husband ajak temankan dia pergi bandar bharu sebab nak book buat ekzos baru untuk kereta. Katanya dengan tukar ekzos tu akan jimatkan minyak, good handling, takde asap hitam etc. Mula-mula dengar tu agak pelik la jugak. Apa kena mengena ekzos dengan jimat minyak? Musykil! Tapi, bila dah pegi tempat tu husband makin yakin nak buat. Lagipun kitorang ni selalu jugak travelling dari Kedah ke Terengganu. Jauh tu kalau nak kira tol minyak semua. Huhu! tokey tu siap yakinkan lagi bila ekzos dah tukar almost 50% minyak akan jimat dan kalau tak berkesan gerenti wang akan dikembalikan.. Hopefully. Tengoklah nanti, kami masih dalam proses deal untuk tukar. Bila dah try and terbukti keberkesanannya, i'll update soon. So bolehlah bantu sesiapa yang tengah survey-survey cari tempat bagaimana nak menjimatkan minyak kereta.

Kereta tokey!

After balik dari bandar bharu, singgah tesco jap. Niatnya nak beli kool fever. Semangat betul pujuk rayu husband nak beli kool fever 2 kotak untuk Rayyan sebab bila beli dua kotak boleh masuk contest pulak. Mana tahu rezeki dapat pergi HK Disneyland. Ayyak! tingginya harapan. Hahaha! husband gelak je asyik dok usik perli tak habis. huuuu! Lately macam syok pulak nak buat contest. Mana tahu ada rezki. Rezeki takkan datang bergolek kan.. :)) Pastu ada beli barang dapur sikit-sikit. Harini, husband request buat spegeti nak berbuka puasa rumah mak.

Oyeah. anak mama dah besar. Tak perlu bawak stroller lagi pergi tesco.

So, petang tu after tidurkan Rayyan teruslah kami dua laki bini tong tang-tong tang kat dapur. Nasib baik husband ni kira rajin jugak la tolong menolong dok kat dapur. Tapi, aku bagi dia keja-keja potong potong aje la. huhu! Ok la kan. Cepat sikit kerja aku. Bila dah siap masak, mandi, solat, setelkan Rayyan semua baru kitorang gerak pergi rumah mak. Buka puasa kat sana. Tak sangka pulak dapat pujian spegeti sedap dari abang epi yang super cerewet kalau bab makan ni. huhu! Then after maghrib, terus siap-siap nak balik. Husband nak bertarawih, Rayyan pun dah mengantuk sangat nak tidur. Sampai rumah mandikan Rayyan, tukar baju semua. Bagi susu terus terlena. Penat sangat la tu sebab main dengan Sofia tak hingat kat rumah mak tadi. Aku pun terlena sama. Sedar-sedar husband balik kejutkan. Terus mandi dan bersolat..

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan 2012 : Day 1

Dear diary,

Syukur alhamdulillah sebab masih diberi peluang untuk bernafas dan seterusnya aku dapat menikmati keindahan bulan Ramadhan penuh keberkatan ni. Semoga pada tahun ni aku dapat meningkatkan lagi usaha beribadat padaNya. Bila masuknya bulan ramadhan ni, feeling dia lain macam sikit. Dah banyak kali aku dok bersembang dengan husband yang seronoknya bila tiba bulan ramadhan. Kalau last year, aku berpuasa dengan sarat mengandungkan si Rayyan and now, puasa tiba lagi. Rayyan pun dah membesar dengan sihat dan jayanya di luar perut aku. Alhamdulillah!

Dimulakan hari pertama berpuasa dengan bersahur kat rumah MIL. Malam tu aku dan husband tidur rumah mak after husband pun nak bertarawih kat masjid area rumah mak. Sejak ada baby ni, susah sikit la nak tinggalkan dia kalau nak tarawih. Insyaallah, aku akan cuba tingkatkan usaha tarawih sendiri kat rumah bila husband takde nanti. Semalam (21/7/2012) aku bangun sahur lambat. Mak abah semua pun bangun lambat jugak. Set alarm, tapi entah la tak terjaga pulak memasing. Jadi, makan apa yang ada saje. Eh! tapi mak sempat jugak masak sayur, ayam, ikan bilis etc. huhu!

Hari pertama puasa jugak husband cakap dia feel mandoom saja. Mengantuk yang tersangat. After subuh, tidur jap. After dhuha pun sempat menyelit tidur kejap. Itupun sebab Rayyan tidur. Abah and mama pun temankan sekali Rayyan. hehe! Lepas zohor siap-siap pergi tesco sebab nak beli barang dapur. Peti ais kat rumah pun dah lama kosong without stok makanan. So, bila dah shopping barang dapur tu terasa lega la sikit. 

Dah petang nak berbuka pulak, aku husband dan satu family berbuka puasa kat rumah tok (Terap). Ramai la jumpa adik beradik kat situ berbuka sama-sama. Riuh rendah rumah tok. huhu! Rayyan pulak nasib baik tak meragam. Dia dengan cara dia. Asyik nak main saje. Mula-mula dia rasa terkejut / takut jugak tengok tiba-tiba ramai sangat berkerumun nak main dengan dia. Tapi bila dah lama-lama, Rayyan steady je. Dengan semua orang dia nak. Jenis sosial anak aku ni. Suka berkawan. heheh! Harap-harap bila besar nanti Rayyan jangan terlebih sosial sudahlah. Bersosial ke arah kebaikan aku suka. huhu!

Rayyan ni, semua benda dia nak main. Pening mama..

After maghrib semua, kami pun gerak balik. Masa dalam kereta lagi Rayyan dah merengek-rengek cara dia tanda mengantuk sangat nak tidur la tu. Tu la, masa main tadi tak hingat. Bila nak balik bukan main mengantuk lagi dia. huhu! sayang mama..sayang mama.. Dah sampai rumah, tukar baju, tukar pampers, terus tidurkan si kecik. Lena bukan main lagi. Bila anak dah lena, husband boleh pergi tarawih dengan senang hati. ahaha! Yang aku pun masa tengah susukan Rayyan turut terlena sama. Sedar-sedar jam dah pukul 11. Huwaa! series mengantuk sungguh. Bangun-bangun mandi solat semua, terus kemas rumah, kemas dapur sikit-sikit. Siap sediakan bahan-bahan nak goreng nasik untuk sahur nanti. Bila husband balik dari tarawih, dia pun sama-sama tolong dok kat dapur goreng ikan bilis. hehe! favourite sungguh dia dengan ikan bilis. Siap cakap lagi, kalau takde lauk lain pun takpe asalkan ada nasik dengan ikan bilis pun dah cukup. ahaha.. sayang..sayang..

Dalam pukul 1 pagi, baru kami laki bini masuk tidur.

Friday, July 20, 2012

Ketibaanmu ditunggu-tunggu..

Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.
Semoga kehadiran bulan mulia ini membawa seribu keberkatan buat kita semua. Amin!

Resipi: Puding Marble Coklat

Dear diary,

Bila sebut tentang puding, dalam fikiran terus teringat nak makan puding jagung. Ingat lagi masa aku kecik lagi, tak salah dalam darjah 5 macam tu la. Kat sekolah ada buat pertandingan memasak. Anjuran Puteri Islam. Menu yang kena masak is kena buat puding jagung. Semangat la team aku belajar macam mana cara-cara nak buat puding. Masa tu dah la baru darjah lima. Kalau pegang periuk waktu tu, memang dikira champion la. hehe! Nak dijadikan cerita, puding yang geng aku buat ni memang menjadi atas pertolongan cikgu-cikgu yang terlibat masa tu. Puding yang kami buat tu pulak mestilah kena nampak cantik dan wajib digubah. Waktu tu memang pulun la dok hias bagai atas puding jagung kami. Nak tahu apa yang kami hias kat puding tu? ahaha! Puding kan kaler kuning-kuning cantik gitu. Yang kami ni pulak bukan main hias lagi segala cili merah, timun, daun salad, tomato kat atas puding tu. Kononnya paling lawa la. Warna warni gitu. Tapi APA KES? Ko ingat nak gubah makanan pengantin?? Hahah! Padahal group lain pandai pulak hias coklat la.. jelly la segala kat puding depa. Haaa! Yang tu baru betul cikgu cakap. Masa tu, geng aku punya malu tak hingat la. Terover dos la pulak kan. Ingatkan nak menang la masa tu. Tapi hampeh! Lepas kalah tu, masing-masing dah taknak mengaku idea sapa yang suruh letak cili timun bagai tu. ahaha! Kelakar betul bila ingat-ingat balik zaman budak-budak dulu. Now, dah matang SIKIT la kot. hehe! 


Yang ke duanya bila cerita bab puding, teringat aku akan cerita MY BOS MY HERO. Suka sangat tengok sakaki makio yang very the hot tu yang konon-konon taiko gila lah.. alih-alih jiwa lembut suka makan puding. hehe! best! Terasa nak ulang tengok lagi pulak cerita tu.


Dan yang ketiganya, puding jagung dan juga Kak Noor. Oh! i miss kak noor. Ingat lagi masa aku mengandung dulu, teringin nak makan puding jagung. Malas nak cari kat kedai, malas nak rengek kat husband suruh carikan. Pastu just bagitau kat kak noor je yang aku teringin nak makan. Tup tup dua tiga hari after, kak noor bawakkan aku satu tupperware puding jagung kat opis. kak noor cakap tak jadi sangat puding yang dia buat haritu. Tapi! dalam kepala. Oh! sangatlah terharu. hihi! Masa tu memang aku makan tak hingat orang kat kiri kanan la.. sayanggggg kak noor. (Kalau Kak Noor baca belog ida ni, just let me know. I miss U!) 

Haha. Tiba-tiba rasa nak sebak jap sebab rindu. Dah la. Sebenarnya create entry ni sebab nak share resipi, tiba-tiba panjang menjela pulak jadinya. So, haritu aku ada try buat puding lagi. Sedap! Sungguh sedap! hehe! Macam biasa main gugel gugel jumpa lah resipi menarik ni. Tapi dah tak ingat siapa empunya asal resipi ni.  Main cilok saje. Tu la, bila dah gugel bertab tab ko bukak kan.. pheew! Aku ni pulak kalau nak masak or cari resipi, kalau boleh nak yang sehabis senang, jimat wang, jimat masa. Tapi rasa harus kena holiyau! hihi!

Bahan-bahan:


1 bungkus agar-agar
1400ml air
1 tin susu cair
2 cawan gula
8 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar butter
Sedikit esen vanila
2 biji telur ayam
Sedikit garam

Cara-cara:

1) Basuh agar-agar dan masaknya bersama-sama 1400ml air dalam periuk di atas api sehingga hancur.
2) Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga larut.
3) Dalam bekas lain, pukul telur, masukkan susu, tepung jagung, tepung kastad dan masukkan garam. Kacau hingga sebati.
4) Kemudian tuangkan ke dalam agar-agar yang telah dimasak di atas api tadi dan kacau pada api sederhana hingga likat.
5) Bila adunan dah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu besar butter dan asen vanila. Kemudian bahagikan kepada 2 adunan. Satu adunan diletakkan serbuk koko dan satu adunan lagi dibiarkan warna asli (Kuning)

Tips: Masa bahagikan adunan aku still bukak api sederhana. Kalau tutup api adunan cepat nak membeku.

6) Lapiskan adunan yang bercoklat dan adunan kuning berselang seli. Sejukkan dalam peti ais dan sedia untuk dinikmati.

Alhamdulillah cubaan pertama dengan jayanya even adunan comot kusut masai sikit kan. Tapi surely puding ni memang sedap. Semua menu yang aku try buat ni memang  ada cop recommended punye. hihi!

Selamat Mencuba! :))

Kebaikan Susu Ibu

Sharing is Caring



Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…

 - sentiasa segar (fresh)
 - tersedia dalam suhu yang optimum
 - tersedia steril
 - tiada pencemaran
 - tersedia bila-bila masa
 - tiada tarikh luput
 - susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
 - hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
 - mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
 - mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
 - mengandungi antibodi
 - mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
 - tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
 - mudah hadam
 - komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
 - komposisinya berbeza mengikut umur bayi
 - komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
 - komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
 - mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

 Banyak lagi 1001 sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana-mana susu lain di dunia! Subhanallah… Alangkah hebatnya ciptaan Yang Maha Esa!

Thursday, July 19, 2012

Rayyan's activity : awaiting!

Dear diary,

Hari ni Rayyan bangun seawal pukul 8 pagi. Bila dia bangun, terus aku bagitau yang abah is coming back home dear. Nanti malam abah sampai. Aku tahu, dia paham apa yang aku sampaikan. Anak mama.. memang terbaik. Bila dah nak masuk magrib tu, teruslah aku mandikan Rayyan. Lagipun dia 'uuk' banyak harini. Maybe pasal yakult. Sebab semalam, banyak jugak dia sedut minum. Oh! Rayyan sekarang ni dah pandai sedut air pakai straw. Dia jugak dah boleh tiup wisel. Sedut hembus.. sedut hembus! Ok! normal anak mama ni. hihi! Time tidur dia pun harini tak sekerap selalu. Sana-sini bila main asyik sebut abah.. abah.. abah.. Pendek cerita memang anak jati abah la Mat Yen ni. huuuu! Disebabkan dah lama tak chamwhore Rayyan, tadi puas jugak la main-main tangkap gambar bos kecik ni. Bila bukak je lense, bukan main menggedik lagi dia. Hadus! sakit kepala mama. But it's so enjoyed! Really fun!

Berdiri dengan yakinnya sambil mengira guli dalam pasu bunga mama.

Pick and catch the ball. Rayyan dah kenal sangat bila sebut ball or bola. Laju je pandang and nak amik bola dia. hehe! Good job my son!

See. Mana-mana aja semua tempat dia nak redah. Dok belek apa kat bawah tu tak tahu lah. huhu!

Kalau iya pun nak picit semut naik kat kaki, tak payah la tinggi sangat muncung tu sayang. hihi!

Ok! mata dah stim. Mama dah paham. Rayyan nak shushu.. nak tido mama!

*-*

sayang tengah buat apa tu? abang kat changkat jering lagi ni. rayyan dah tidoq ka?
yang main internet je bang. aah, rayyan dah tido. letih tunggu abah.
takpa, nanti abah gomoi mama. hehe! kalau sayang ngantok tidoq la dulu. abang nak singgah makan charkeowteow satgi tau. muah!
hehe! buleh-buleh. tapi yang nak burger biasa 1 eh. ketagih lama tak makan abang takde. hu!
hehe! buleh-buleh. janji pakai seksi-seksi eh. muah!
haha! baik bos!


T _________________________ T

Mode: Geram tapi Sayang!

Dear Rayyan,

Hai anak mama sayang. Masa ni kan mama geeraaaaaam sangat kat Rayyan Aiman tau. Dah banyak kali mama cakap jangan main itu, jangan main ini.. jangan usiiikkk........... tapi Rayyan buat derk jer dengan mama eh! Mama rasa macam nak piciiiitt je hidung Rayyan biar tambah mancung lagi. ahaha! Kalau boleh, setiap almari or kabinet dalam rumah ni Rayyan nak explore. Mama kemas depan, Rayyan sepahkan kat belakang. Huwaaa! anak mama ni kannnnnnn.................... geget dia!

Baru tadi mama membebel kat Rayyan, bilalah abah nak talipon ni. Tup tup, talipon bunyi. Panjang umur abah. Abah tengah ontheway balik rumah sayang. Dah! Rayyan jangan dok buat sepah lagi ye. Nanti mama marahh. Jom kita doa, mintak abah selamat sampai rumah.


psst: Cakap dengan Rayyan pun dia asyik buat tak tahu nak main je. Tulis belog je lah!

Wednesday, July 18, 2012

Resipi: Linguine Aglio Olio with Prawn

Dear diary,

Tengah hari tadi tekak terasa nak makan spegeti tapi bila selongkar dapur, stok spegeti dah habis. Yang ada tinggal linguine sajo. So, hantam saje la.  Rasa sama, bentuk je lain sikit. hehe! Bila dah pukul 2 lebih tu after Rayyan tidur terus aku gegas main masak-masak. Tak sampai 20 minit, makanan dah siap. Wallaa.. Kali ni aku nak share resipi mudah nak buat linguine aglio ni versi mama Rayyan. Basic penyediaan adalah sama, cuma bahan-bahan ikut kesesuaian masing-masing. Apa yang aku buat ni bahan-bahan memang dah ada stok dalam peti. huhu! Kuantiti ikut citarasa masing-masing ok. Kalau yang nak makan tu ramai, bahan-bahan kena lebih la kan. So simple!

Bahan-bahan:

1) Linguine
2) Bawang putih + Bawang holland
3) Carrot
4) Udang
5) Blackpepper
6) Oregano
7) Parsley
8) Chili flakes
9) Butter / Olive oil

Cara-cara:

1) Rebus linguine bersama minyak. Kemudian toskan.
2) Dalam bekas lain, tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan carrot, udang (dibuang kulit).
3) Bila udang dah masak, masukkan linguine yang ditoskan tadi. Gaul bersama blackpepper, garam, oregano, parsley dan chili flake. Kalau takde chili flake, gunting halus-halus cili kering pon boleh. Sama saje. Siap!

Nyum nyum! Selamat mencuba!

DIY: Balang Kuih Raya 2012!

Dear diary,

Kan dah cakap, balik kali ni banyak benda aku buat kat kampung. Salah satunya adalah DIY balang kuih raya tahun ni. huhu! Actually dah 3 4 tahun lepas lagi akak-akak aku selalu buat balang ni bila dekat-dekat nak raya. So setiap tahun raya, setiap kali balang raya berubah wajah. Masa tu, memang aku tak sampai seru langsung pun nak petek-petek buat benda alah ni. Leceh la, remeh la. Pendek cerita, malas nak fikir. Tapi sebenarnya aku ni jenis minat lah jugak dengan hasil-hasil kraf tangan ni. Cuma dulu tak berkesempatan. Ecceee! alasan pulak dia. Dulu-dulu long ranger tak kesempatan la sangat. Habis tu sekarang ni bila dah ada Rayyan berkesempatan sangat la ehh? ahaha! Takdela. Senang cerita, bila dah jadi housewife ni automatik la perangai tu berubah sikit demi sikit. Daripada malas jadi rajin, daripada tak minat jadi minat. Tak gitu cik? huuuu!

So now, just nak show you  a few balang raya yang dah sempat aku deko sepanjang satu minggu menginap kat rumah mak. Bila first time buat sekali menjadi, lepas tu mulalah tak tidur malam ketagih nak buat lagi. ahaha! Sengal kan! I'm so in love doing this! Fun! Fun! Fun! Apa yang terlintas nak buat, maka jadilah ia.

Mula-mula niat nak buat kat mak, mak mertua saja. Alih-alih mak aku dapat 1 set, mak mertua dapat 2 set then aku pun dapat 2 set. Yang mak punya 1 set dia nak 10 biji balang. huhu! Ikutkan aje. Aku beli balang, tapi time tu akak aku yang nak buatkan. Lagipun dia buat lagi kemas. Aku ni amatur sahaja. ahaha! Tapi sayang, balang yang mak punya aku lupa nak snap pic. Cantik sangat. Mak pilih kaler purple. Untuk mak mertua, masih lagi surprise. Masa aku bawak balik sini haritu, tak bukak cerita and tunjuk lagi bendalah ni kat dia. Tunggu husband balik dulu la then baru bagi kat mak sama-sama. Hope she will like it.. :))

Here it is!

Turquois set complete dengan raga sekali aku sponser untuk MIL. Banyak jugak modal menantu mak keluar neh. huhu!

Pink set. Kaler ni tentu adik ipar aku suka neh!

Green set. Yang ni empunya tuan tanah. Cubaan pertama yang aku buat. Berjam-jam jugaklah nak siapkan. hehe!

Brown polkadot set. Yang ni jugak tuan tanah yang punya. Tapi yang ni aku cuma buatkan 2 balang pendek dan 2 balang tinggi saja. Niat just nak isi kacang or kerepek or keropok yang husband suka makan kat rumah je.

Huhu! puas hati sebab apa yang akak aku boleh buat, aku pun boleh buat. Tengoklah nanti bila free, terasa nak buat.. boleh deko-deko lagi balang yang ada kat dapur tu. huuhu! Pada sapa-sapa yang berminat untuk mencuba. Try it! Sambil mengisi masa terluang, apa salahnya kita hasilkan kerja kraf ni kan. Best!

Rayyan Aiman 10 Months

Dear diary,

Kalau dulu masa Rayyan 9 bulan, bukan main banyak lagi aku menempek pics and perkembangan Rayyan. Bila dah masuk 10 bulan ni, aktiviti snap pic Rayyan kurang sikit. hehe! Syukur alhamdulillah, sejak Rayyan lepas kena flu awal bulan haritu.. dia semakin sehat dan sehat. Alhamdulillah. Badan pun dah ok, minum susu pun kuat, makan pun bertambah dan syukur alhamdulillah dia tersangatlah ceria. Bulan ni, bulan dia tak berhenti-henti sebut / panggil abah. Perkataan abah tu sentiasa kat mulut beliau. Haish! Tengok orang panggil abah, tengok bola panggil abah, nak makan panggil abah dan yang bestnya bila aku tanya "Ayen.. sape bagi susu kat ayen?" Terus dia sebut abah! Ok! fine! Sentap mama! huhu!

Seriesly, setiap hari dia sentiasa menghiburkan hati. Bahagia terasa bila setiap kali tengok wajah kesayangan bangun dari tidur sambil tersenyum, merengek malu-malu nak mintak susu, sondol kepala kat badan aku bila dia dah betul-betul mengantuk tapi masih nak main, telatah bila nak mandikan, pakaikan baju.. dan segalanya. Walaupun setiap hari menatap wajah kesayangan, tapi perasaan rindu tu sentiasa ada even Rayyan cuma tidur setengah jam. Oh! rindu nak gomoi dengan anak bujang. Buat pengganti bila husband takde. hehe!

Part yang paling best adalah Rayyan dah taknak makan makanan yang lembik-lembik. Aku dah tak payah nak buatkan dia puree blend lagi. huhu! Perkara ni aku spot masa dia kurang sehat awal bulan haritu. Rayyan memang takde selera nak makan apa yang aku masak. Kalau makan pun mesti akan muntah balik. Time tu memanglah risau. Tapi sekarang selera beliau berkobar-kobar. Pantang nampak orang makan, mesti dia nak mengendeng. huhu!

Salah satu hidangan kegemaran Rayyan Aiman

Bila rujuk pada babycenter, banyak sebenarnya perkembangan Rayyan yang menepati perkembangan bayi-bayi lain. Bila baca semua artikel tu, terus tersenyum. Ooo patutla.. ooo patutla, Normal la Rayyan buat macam tu blablabla dan sebaginya. huhu! Semoga Rayyan membesar dengan sehat seperti orang lain. Amin!

Oklah kali ni taknak review banyak-banyak. Cukup sekadar sharing info fari babycenter tentang perkembangan bayi usia 10 bulan.

Sharing is Caring!

Melakukan pergerakan yang lebih banyak 

Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan. Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi. 

Memegang dengan jari-jemarinya

Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik. 

Personaliti yang berkembang 

Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya. 

Menangani ketakutan bayi anda

Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya. 

Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’ 

Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul. Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu. Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas. Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).


Sumber: Babycenter

Tuesday, July 17, 2012

Resipi Kek Chocolate Moist yang super Mooisst! (Wajib cuba)

Dear diary,

Kali ni aku nak share satu resipi kek yang selalu menjadi kegemaran setiap orang. Chocs moist ni mula diperkenalkan seingat aku masa aku di tingkatan dua lagi. Hahaha! Time tu memang fames la kek ni. Selalunya time waktu rehat tak sah kalau tak pergi koperasi sebab nak beli kek ni. Kalau dulu-dulu sepotong  RM0.40 sajo. Sekarang ni aku tak tahu la berapa. Selalunya kalau singgah kedai kek kawan aku kat kampung tu pun harga RM10 saiz biasa-biasa je. Jadi kalau beli haruslah kena borong 3 4 bijik kek sekali gus. Nak buat macam mana, semua anak-anak buah aku hantu kek ni. Mak siap tempah lagi bila birthday cucu-cucu nanti masa raya nak belikan kek ni kat kedai. So bila dah pandai buat sendiri kek ni, cancel la awal-awal lagi. ahah! 

Sebenarnya sebelum balik kampung lagi haritu aku dah beriya-iya google resipi kat internet. Nak tunggu jiran mak mertua bagi resipi lambat sangat. Internet kan ada. Semuanya hanya di jari. Banyak sangat resipi yang nak dipilih. Cari punya cari dapat la aku resipi kek ni. Mudah aje. Modal pun tak banyak sangat. Hasil google, aku dapat dua kaedah penyediaan kek ni. Kukus and bakar. Tapi aku lagi prefer kukus sebab lebih mudah. Tak payah nak risau timing or kek hangus etc bila dibakar nanti. Masa kat kampung jugak dua cubaan telah dibuat. 2 resipi berbeza, 2 kaedah berbeza dan hasilnya jugak berbeza. 1st trial pakai resipi pertama kurang moist then 2nd trial cuba resipi kat bawah ni menjadi. Jadi kali ni aku nak share resipi yang cukup menepati citarasa kami seisi keluarga. Cukup moisstt..

RESIPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Resipi Asal : Chef Zubaidah
Sumber : Klik Sini

Bahan-bahan:

* 100g serbuk koko
* 1 tin susu cair
* 200g minyak masak / minyak sayuran / butter cair
* 250g susu pekat

250g gula kastor
4 biji telur
150g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1) Campurkan semua bahan bertanda * dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak perlu sampai mendidih.
2) Dalam bekas lain, pukul telur dan gula dengan mixer hingga kembang. Kemudian masukkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan bahan bertanda * yang telah dimasak tadi dalam satu adunan. (Gaul dengan spatula sahaja. Elak over mix)
3) Masukkan ke dalam bekas yang dilapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum dikukus dan ditutup dengan aluminum foil bagi mengelak air menitik jatuh.
4) Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing @ ganache.



Bahan-bahan chocolate ganache:

1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sudu besar butter / margerin / minyak masak

Cara-cara:

1) Satukan bahan-bahan dalam satu bekas. Gunakan kaedah double boil. Bila coklet dah larut, boleh dihiaskan di atas permukaan kek.
2) Hias atas kek dengan chocs chip, badam etc.

Tadaaa.. dan inilah hasilnya kek moist. Even presentation tak berapa menarik, tapi percayalah ianya sangat umpph!

SELAMAT MENCUBA! :))

Monday, July 16, 2012

Home Sweet Home 16/7/2012


Dear diary,

After one week bercuti kat kampung, now aku dah kembali ke home sweet home macam biasa. Rindunya  nak golek-golek kat rumah sendiri.. rindunya nak berinternet malam-malam. hehe! Bila masuk rumah siang tadi, tidurkan Rayyan then terus capai penyapu, mop blablabla. Time to housekeeping!! and now Rayyan Aiman dah fully nyenyak tidur. Masa untuk mama pulak merehatkan diri. Terapi depan lappy. huhu! This is short entry. Promise me! Just nak update, cuti kali ni kat kampung banyak sangat aku manfaatkan masa yang ada. Aku lebihkan beribadat, belajar memasak, buat kek, buat puding lalala.. and ada lah aku buat kerja-kerja kraft sikit kat rumah. Best sangat! Kenapa entah sejak akhir-akhir ni dapat seru nak main masak-masak kat dapur. Tempias tengok masterchef kot. adooi! Fun rupanya bila memasak ni. hehe! Apa-apapun ada masa nanti aku akan update serba sedikit resipi yang aku dah buat sepanjang bercuti kat kampung tempoh hari. Meet again. Bye diary!

Friday, July 6, 2012

Training Vacation - Kemaman, Kerteh, Kijal

Dear diary,

Seumur hidup, tahun ni baru dapat jejak kaki ke negeri Terengganu. haha! Orang lain dah habis pusing satu Malaysia, yang aku ni masih terkebil-kebil kat negara sendiri. First time dapat berita dari husband cakap nak pergi Terengganu, macam-macam ada dalam kepala otak. Ada penyu berenang, nak canting batik yang awesome, makan satar, main-main kat pasir putih tepi pantai dan macam-macam lagi. Sebenarnya, sejak jadi housewife ni la ada peluang sikit nak jalan-jalan ikut buntut husband. Mana dia pergi, kalau boleh semua aku nak ikut. hehe! Tambah pulak, bila husband ada training dapat free penginapan. Nak tunggu apa lagi. hihi!

Tapi sayangnya, tempat kerja husband bukanlah apa yang aku gambarkan dalam fikiran. Jauh jugak nak cari penyu bertelur, nak cari tempat canting batik bla bla bla. Sebab tempat yang husband selalu training tu kat Kerteh. Mana ada tempat best sangat kat Kerteh tu nak jalan-jalan. Orang minyak banyak la. hihi! Kali pertama pergi Kerteh masa umur Rayyan 5 bulan. Masa tu kami menginap kat Paka Residence. Second  masa Rayyan umur 7 bulan dan masih lagi bergolek-golek kat Paka. Third, baru-baru ni husband ada training lagi. Tak cakap banyak. Terus angkat tangan nak ikut. hehe! Kali ni dapat la merasa golek-golek atas katil Awana Kijal pulak.

Yang bestnye bila jejak kaki kat Terengganu ni, aku dapat makan satar dan nasik kukus dengan sepuasnya memandangkan kat sini susah sangat nak dapat bendalah tu. Dari awal lagi dah bagitau husband awal-awal. Bila sampai je Kemaman, nak makan nasik kukus. Nak makan satar. Dalam sejarah, bila dah makan satar tu memang sure tangkap gian punya. hehe! Nak lagi! Nak lagi!. Ni semua angkara husband la yang banyak ajar aku makan makanan sana. Kalau tak, takdenye aku nak try cuba. Buatnya aku mengidam nak makan nasik kukus, kena pergi Terengganu jugak ker..? atooi! Dok citer bungbang bungbang pasal makan nasik kukus, makan satar tapi takde satu pun gambar nak tempek. Nampak benar bila dah ada depan mata tu, terus tangkap feel sampai tak sempat nak snap pics. Wink! Jadi layankanlah aje gambar chendol kat bawah ni yer.

Minum petang di Kemaman Chendol Kopitiam


Petang jalan-jalan kat Kemaman kemudian lepak makan chendol yang super best. Nak-nak pulak time tu musim panas. Memang feel habis la. Tapi masa order terpaksa order 1 mangkuk saje sebab flu aku dan Rayyan punya pasal. Terpaksalah control sikit.

Now, nak review la serba sedikit tentang hotel yang kami menginap tempoh hari. Sebenarnya banyak jugak yang kitorang laki bini ni dok chit chat pasal ketakBESTnye menginap kat situ. First sekali yang husband tak puas hati tahap maksima adalah semua Wifi kat sana kena sewa. Rm25 untuk 1 hari. Apakah itu? Dah la kena bayar mahal-mahal, nak pakai internet pun kena bayar ker. Eh! hello! kedai mamak depan umah aku pun free wifi ok. Ada lagi, dah la tu siap internet kena barred lagi kalau sapa-sapa yang bawak broadband. Yang tu pulak, memang member husband angin jugak la. Sangat-sangat unsatisfied kat situ. Kedua nya adalah layanan waiteress kat Kampung Restaurant memang tak mesra alam langsung. Kite suruh tolong ambilkan baby chair pun boleh buat muka ketat. Hello miss! period ker? Dah la tu, nak kutip pinggan pun muka takdak cenyummm. Oh! tak patut.. tak patut. Inikah layanan mesra depa bagi kat orang jauh-jauh datang menginap kat situ. Pheew! Dengan minah-minah mat-mat salleh buleh pulak dok tersengeh-sengeh. Sungguh ku tak paham.. Tapi, walau apa-apa pun, masih banyak item yang boleh kredit when you stay there. Enjoy! Lepak je!

Awana Kijal, Terengganu 

Bila tengok abah & mama tak puas hati, Rayyan pun tunjuk protes sama. Ambik pastu campak ke bawah. Bijak-bijak!

About the room, bagi aku satisfy la dengan bintang yang ada. Housekeeping pun pantas. Totally masa kat sana banyak aku habiskan golek-golek atas katil bersama Rayyan Aiman bila husband keluar pergi training. Bos kecik tu pun alhamdulillah, trip kali ni dia behave baik-baik saje. Tak macam second time. Malam menangis. Pheew!

Peaceful. Bestnya kalau hari-hari dapat berehat macam ni. Bangun tidur ada orang tolong kemaskan. Wow! so the queen!!

Family Potret. Inilah lelaki-lelaki kesayangan saya! Husband before go out for training.

Bila kat atas tadi dah komplen awal-awal yang waitress tak mesra alam, jadi automatiknya bila nak review makanan pun so so saje. Tak terlalu banyak pilihan. Ada makanan yang best. Ada jugak makanan yang biasa-biasa saje. Kepada chef kat hotel tu please la potong buah-buah and susun cantik-cantik sikit. Baru ada selera nak makan. hehe! Amboi! minah ni, dah la makan free.. komen bukan main pulak dia..huhu!

Antara dish yang aku sempat amik and snap tempoh hari.  Paling superb roti jalan dan lontong. Sluurp! Tengok ni. Baik tak aku. Dalam pada dok kondem, puji lebih jugak yang diberi.. ahaha!

Ololo mashaaam boy mama ni!


Walau apa pun, percutian kali ni diakhiri dengan senyuman dan kegembiraan yang cukup bermakna buat kami sekeluarga. Will meet again!


psst: Rayyan gembira, Mama bahagia, Abah sentosa

Thursday, July 5, 2012

Oh So Cute!

Jom Try!

8 Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami

Sharing is Caring

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga. Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

 1. Isteri yang cerdik Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini! 

 2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda. 

 3. Manager dalam segala hal Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

 4. Selalu di belakang suami Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua. 

 5. Menjaga perut suami dan anak-anak Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya. 

 6. Pandai jaga diri Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami. 

 7. Perunding imej Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda. 

 8. Menjaga keluarga mertua Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.


Source: Dunia Macam-Macam

Doa Nisfu Syaaban


''Ya Allah yang mempunyai kurnia dan tidak dikurniai baginya, ya tuhan yang maha besar dan maha mulia, ya tuhan yang maha mempunyai nikmat dan pemberian, tiada tuhan melainkan Engkau, Engkau tempat memohon perlindungan dan meminta pertolongan yang ketakutan. Ya Alllah , andaikata ada Engkau telah menulis dan mencatatkan aku di dalam Ibu- kitab seorang yang celaka, atau seorang yang tidak diberi nikmat kurnia, atau seorang yang akan dikutuk atau orang yang rezekinya disulitkan, maka mohonlah aku, kiranya dihapus dengan kurnia-Mu, ya Allah akan kecelakaanku, keharamanku, kena kutuk, dan kesempitan rezeki itu, kiranya tetapkanlah aku di dalam Ibu-kitab itu menjadi seorang yang bahagia, beroleh rezeki dan beroleh taufik untuk segala kebaikan, kerana Engkau telah berfirman, dan perkataan-Mu itulah yang sebenar-benarnya di dalam kitab yang telah Engkau turunkan kepada Nabi Muhammad yang dirasulkan iaitu:'Allah boleh menghapuskan apa-apa yang disukainya dan pada sisinya Ummul-kitab. Ya Tuhanku, dengan merendah diri ke hadratMu pada malam nisfu Syaaban yang mulia ini, yang padanyalah ditetapkan, diputuskan segala urusan yang penting, kami memohon kiranya diangkat daripada kami segala bala, baik yang kami ketahui atau yang tidak kami ketahui dan Engkaulah Tuhan yang maha gagah dan maha mulia.Dan kami memohonkan rahmat Allah kiranya dicurahkan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian... aaminn...aaminn...aaminn ya rabbal alamin..

Rindu datang lagi - 4/6/12

Dear diary,

Pejam celik cepat sungguh masa berputar. Terasa baru semalam bagitau Rayyan yang abah akan balik malam ni and now, 2 weeks dah pun berlalu. Petang tadi husband dah kena bersiap-siap untuk outstation. Sebak, sayu.. as usual. Perasaan yang sama setiap kali ditinggalkan. Tambahan lagi, bila Rayyan dah ada dalam hidup kami.. lagi lah sayu je husband nak lepas pergi. Rayyan pulak sekarang ni dah makin bijak. Sikit-sikit abah, sikit-sikit abah. Sampaikan mana abah pergi, mesti dia nak ikut. Bila hantar husband pergi kat depan pintu pagar, Rayyan tengok je abah. Aku dapat rasakan perasaan dia masa tu. Nak ikut abah. Sambil angkat tangan tunjuk pada abah. Hm... Sabar ye sayang. Lagi 2 minggu abah balik. Now, husband masih lagi on the way ke tempat kerja. 

"Ya Allah ya Tuhanku, Kau permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah. Kau lindungilah dia dari sebarang malapetaka. Amin!"

Malam ni aku dan Rayyan tidur rumah MIL sebab husband gerak pergi tadi pun dari sini. After maghrib, aku dan ipar duai semua tolong mak bungkus-bungkus bihun catering kat depan tv. Best! Rayyan pun sibuk sama nak isi air kotak dalam plastik. hehe! Insyaalllah, esok balik kampung nak jumpa mak. Hope perasaan rindukan husband tu berkuranglah sikit bila balik Selama nanti. Insyaallah!

Miss the moment so much! @ Awana Kijal, Terengganu



psst: Salam nisfu syaban untuk semua!

Wednesday, July 4, 2012