Wednesday, July 18, 2012

DIY: Balang Kuih Raya 2012!

Dear diary,

Kan dah cakap, balik kali ni banyak benda aku buat kat kampung. Salah satunya adalah DIY balang kuih raya tahun ni. huhu! Actually dah 3 4 tahun lepas lagi akak-akak aku selalu buat balang ni bila dekat-dekat nak raya. So setiap tahun raya, setiap kali balang raya berubah wajah. Masa tu, memang aku tak sampai seru langsung pun nak petek-petek buat benda alah ni. Leceh la, remeh la. Pendek cerita, malas nak fikir. Tapi sebenarnya aku ni jenis minat lah jugak dengan hasil-hasil kraf tangan ni. Cuma dulu tak berkesempatan. Ecceee! alasan pulak dia. Dulu-dulu long ranger tak kesempatan la sangat. Habis tu sekarang ni bila dah ada Rayyan berkesempatan sangat la ehh? ahaha! Takdela. Senang cerita, bila dah jadi housewife ni automatik la perangai tu berubah sikit demi sikit. Daripada malas jadi rajin, daripada tak minat jadi minat. Tak gitu cik? huuuu!

So now, just nak show you  a few balang raya yang dah sempat aku deko sepanjang satu minggu menginap kat rumah mak. Bila first time buat sekali menjadi, lepas tu mulalah tak tidur malam ketagih nak buat lagi. ahaha! Sengal kan! I'm so in love doing this! Fun! Fun! Fun! Apa yang terlintas nak buat, maka jadilah ia.

Mula-mula niat nak buat kat mak, mak mertua saja. Alih-alih mak aku dapat 1 set, mak mertua dapat 2 set then aku pun dapat 2 set. Yang mak punya 1 set dia nak 10 biji balang. huhu! Ikutkan aje. Aku beli balang, tapi time tu akak aku yang nak buatkan. Lagipun dia buat lagi kemas. Aku ni amatur sahaja. ahaha! Tapi sayang, balang yang mak punya aku lupa nak snap pic. Cantik sangat. Mak pilih kaler purple. Untuk mak mertua, masih lagi surprise. Masa aku bawak balik sini haritu, tak bukak cerita and tunjuk lagi bendalah ni kat dia. Tunggu husband balik dulu la then baru bagi kat mak sama-sama. Hope she will like it.. :))

Here it is!

Turquois set complete dengan raga sekali aku sponser untuk MIL. Banyak jugak modal menantu mak keluar neh. huhu!

Pink set. Kaler ni tentu adik ipar aku suka neh!

Green set. Yang ni empunya tuan tanah. Cubaan pertama yang aku buat. Berjam-jam jugaklah nak siapkan. hehe!

Brown polkadot set. Yang ni jugak tuan tanah yang punya. Tapi yang ni aku cuma buatkan 2 balang pendek dan 2 balang tinggi saja. Niat just nak isi kacang or kerepek or keropok yang husband suka makan kat rumah je.

Huhu! puas hati sebab apa yang akak aku boleh buat, aku pun boleh buat. Tengoklah nanti bila free, terasa nak buat.. boleh deko-deko lagi balang yang ada kat dapur tu. huuhu! Pada sapa-sapa yang berminat untuk mencuba. Try it! Sambil mengisi masa terluang, apa salahnya kita hasilkan kerja kraf ni kan. Best!

1 comment:

  1. Nice! Semuanya cantik-cantik belaka..

    ReplyDelete