Friday, July 20, 2012

Kebaikan Susu Ibu

Sharing is Caring



Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…

 - sentiasa segar (fresh)
 - tersedia dalam suhu yang optimum
 - tersedia steril
 - tiada pencemaran
 - tersedia bila-bila masa
 - tiada tarikh luput
 - susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
 - hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
 - mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
 - mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
 - mengandungi antibodi
 - mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
 - tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
 - mudah hadam
 - komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
 - komposisinya berbeza mengikut umur bayi
 - komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
 - komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
 - mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

 Banyak lagi 1001 sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana-mana susu lain di dunia! Subhanallah… Alangkah hebatnya ciptaan Yang Maha Esa!

No comments:

Post a Comment