Thursday, July 19, 2012

Mode: Geram tapi Sayang!

Dear Rayyan,

Hai anak mama sayang. Masa ni kan mama geeraaaaaam sangat kat Rayyan Aiman tau. Dah banyak kali mama cakap jangan main itu, jangan main ini.. jangan usiiikkk........... tapi Rayyan buat derk jer dengan mama eh! Mama rasa macam nak piciiiitt je hidung Rayyan biar tambah mancung lagi. ahaha! Kalau boleh, setiap almari or kabinet dalam rumah ni Rayyan nak explore. Mama kemas depan, Rayyan sepahkan kat belakang. Huwaaa! anak mama ni kannnnnnn.................... geget dia!

Baru tadi mama membebel kat Rayyan, bilalah abah nak talipon ni. Tup tup, talipon bunyi. Panjang umur abah. Abah tengah ontheway balik rumah sayang. Dah! Rayyan jangan dok buat sepah lagi ye. Nanti mama marahh. Jom kita doa, mintak abah selamat sampai rumah.


psst: Cakap dengan Rayyan pun dia asyik buat tak tahu nak main je. Tulis belog je lah!

No comments:

Post a Comment