Sunday, July 22, 2012

Ramadhan 2012 : Day 1

Dear diary,

Syukur alhamdulillah sebab masih diberi peluang untuk bernafas dan seterusnya aku dapat menikmati keindahan bulan Ramadhan penuh keberkatan ni. Semoga pada tahun ni aku dapat meningkatkan lagi usaha beribadat padaNya. Bila masuknya bulan ramadhan ni, feeling dia lain macam sikit. Dah banyak kali aku dok bersembang dengan husband yang seronoknya bila tiba bulan ramadhan. Kalau last year, aku berpuasa dengan sarat mengandungkan si Rayyan and now, puasa tiba lagi. Rayyan pun dah membesar dengan sihat dan jayanya di luar perut aku. Alhamdulillah!

Dimulakan hari pertama berpuasa dengan bersahur kat rumah MIL. Malam tu aku dan husband tidur rumah mak after husband pun nak bertarawih kat masjid area rumah mak. Sejak ada baby ni, susah sikit la nak tinggalkan dia kalau nak tarawih. Insyaallah, aku akan cuba tingkatkan usaha tarawih sendiri kat rumah bila husband takde nanti. Semalam (21/7/2012) aku bangun sahur lambat. Mak abah semua pun bangun lambat jugak. Set alarm, tapi entah la tak terjaga pulak memasing. Jadi, makan apa yang ada saje. Eh! tapi mak sempat jugak masak sayur, ayam, ikan bilis etc. huhu!

Hari pertama puasa jugak husband cakap dia feel mandoom saja. Mengantuk yang tersangat. After subuh, tidur jap. After dhuha pun sempat menyelit tidur kejap. Itupun sebab Rayyan tidur. Abah and mama pun temankan sekali Rayyan. hehe! Lepas zohor siap-siap pergi tesco sebab nak beli barang dapur. Peti ais kat rumah pun dah lama kosong without stok makanan. So, bila dah shopping barang dapur tu terasa lega la sikit. 

Dah petang nak berbuka pulak, aku husband dan satu family berbuka puasa kat rumah tok (Terap). Ramai la jumpa adik beradik kat situ berbuka sama-sama. Riuh rendah rumah tok. huhu! Rayyan pulak nasib baik tak meragam. Dia dengan cara dia. Asyik nak main saje. Mula-mula dia rasa terkejut / takut jugak tengok tiba-tiba ramai sangat berkerumun nak main dengan dia. Tapi bila dah lama-lama, Rayyan steady je. Dengan semua orang dia nak. Jenis sosial anak aku ni. Suka berkawan. heheh! Harap-harap bila besar nanti Rayyan jangan terlebih sosial sudahlah. Bersosial ke arah kebaikan aku suka. huhu!

Rayyan ni, semua benda dia nak main. Pening mama..

After maghrib semua, kami pun gerak balik. Masa dalam kereta lagi Rayyan dah merengek-rengek cara dia tanda mengantuk sangat nak tidur la tu. Tu la, masa main tadi tak hingat. Bila nak balik bukan main mengantuk lagi dia. huhu! sayang mama..sayang mama.. Dah sampai rumah, tukar baju, tukar pampers, terus tidurkan si kecik. Lena bukan main lagi. Bila anak dah lena, husband boleh pergi tarawih dengan senang hati. ahaha! Yang aku pun masa tengah susukan Rayyan turut terlena sama. Sedar-sedar jam dah pukul 11. Huwaa! series mengantuk sungguh. Bangun-bangun mandi solat semua, terus kemas rumah, kemas dapur sikit-sikit. Siap sediakan bahan-bahan nak goreng nasik untuk sahur nanti. Bila husband balik dari tarawih, dia pun sama-sama tolong dok kat dapur goreng ikan bilis. hehe! favourite sungguh dia dengan ikan bilis. Siap cakap lagi, kalau takde lauk lain pun takpe asalkan ada nasik dengan ikan bilis pun dah cukup. ahaha.. sayang..sayang..

Dalam pukul 1 pagi, baru kami laki bini masuk tidur.

No comments:

Post a Comment