Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan 2012 : Day 10 with Kak Noor

Dear diary,

Pagi-pagi lagi dapat call dari Kak Noor. Kak Noor datang Kulim sebab nak hantar anak beliau masuk Poli. Oyeah! bestnya bila dapat tahu Kak Noor dah sampai Kulim. Rindu benar rasanya sebab dah lama tak jumpa. Kak Noor ni sebenarnya ex-officemate masa aku keja dulu. Best sangat berkawan dengan beliau even beza umur kami sangatlah jauh, tapi kawan dengan Kak Noor memang best. Happy go lucky saja. heheh!

So, after dia setelkan semua hal pendaftaran anak.. aku dan husband amik Kak Noor kat depan Poli. Mula-mulanya dia dah try cari rumah, tapi pusing punya pusing tak jumpa-jumpa. hehe! Kesian Kak Noor. Last-last aku amik dia je kat sana. Oh! Kak Noor datang dengan suami dan 2 orang anak. First time dapat salam peluk beliau, rasa sebak sangat. Rindu! Tapi kena control sikit la kan. ahaha! sensitif pulak dia :))

Kak Noor datang rumah pun tak lama sangat. Singgah solat then borak-borak adalah dalam satu jam kot. Macam-macam kami bualkan. Dari hal life sekarang sampailah bab opis. huhu! Macam-macam dah berlaku rupanya. Semoga Kak Noor terus sukses dalam kerjayanya. Insyaallah!

Part yang paling tersentuh hati is bila Kak Noor cakap, "bila teringat pagi-pagi kak noor bukak belog ida. Harini ida buat apa... harini Rayyan makan apa.." hehehe.. memasing gelak jer. Segan pulak depan cik laki. hohoooo!

Pada Kak Noor kesayangan semoga sehat-sehat selalu, takmo strees sangat keja ok. Kalau sampai Kulim lagi jangan lupa jemput datang rumah. Tidur umah ida ok.. Take care!

No comments:

Post a Comment