Monday, July 23, 2012

Ramadhan 2012 : Day 2

Dear diary,

Alhamdulillah harini 23hb. dah masuk puasa ke tiga kita berpuasa. Syukur sangat-sangat dapat berpuasa dengan jayanya setiap hari, even bila dah masuk petang tu rasa pancit la jugak. Selalunya rasa lapar takde la sangat, cuma dahaga je lain macam sikit. Maybe faktor cuaca or aku yang masih lagi breastfeeding Rayyan. huhu! Harini jugak Rayyan dah masuk umur 11 bulan. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah sebab memberikan kami hadiah yang tak ternilai ni. Semoga anak mama sentiasa sehat selalu. Amin!

Okeylah, just nak update hari kedua berpuasa semalam. Entry terpaksa terlambat sehari memandangkan aktiviti yang sangat pack bila husband ada ni. Jadi, kalau nak membebel-bebel lama-lama depan lappy pun haruslah after Rayyan tidur di malam hari or after subuh camgini. hihi! Hm.. pagi semalam, husband ajak temankan dia pergi bandar bharu sebab nak book buat ekzos baru untuk kereta. Katanya dengan tukar ekzos tu akan jimatkan minyak, good handling, takde asap hitam etc. Mula-mula dengar tu agak pelik la jugak. Apa kena mengena ekzos dengan jimat minyak? Musykil! Tapi, bila dah pegi tempat tu husband makin yakin nak buat. Lagipun kitorang ni selalu jugak travelling dari Kedah ke Terengganu. Jauh tu kalau nak kira tol minyak semua. Huhu! tokey tu siap yakinkan lagi bila ekzos dah tukar almost 50% minyak akan jimat dan kalau tak berkesan gerenti wang akan dikembalikan.. Hopefully. Tengoklah nanti, kami masih dalam proses deal untuk tukar. Bila dah try and terbukti keberkesanannya, i'll update soon. So bolehlah bantu sesiapa yang tengah survey-survey cari tempat bagaimana nak menjimatkan minyak kereta.

Kereta tokey!

After balik dari bandar bharu, singgah tesco jap. Niatnya nak beli kool fever. Semangat betul pujuk rayu husband nak beli kool fever 2 kotak untuk Rayyan sebab bila beli dua kotak boleh masuk contest pulak. Mana tahu rezeki dapat pergi HK Disneyland. Ayyak! tingginya harapan. Hahaha! husband gelak je asyik dok usik perli tak habis. huuuu! Lately macam syok pulak nak buat contest. Mana tahu ada rezki. Rezeki takkan datang bergolek kan.. :)) Pastu ada beli barang dapur sikit-sikit. Harini, husband request buat spegeti nak berbuka puasa rumah mak.

Oyeah. anak mama dah besar. Tak perlu bawak stroller lagi pergi tesco.

So, petang tu after tidurkan Rayyan teruslah kami dua laki bini tong tang-tong tang kat dapur. Nasib baik husband ni kira rajin jugak la tolong menolong dok kat dapur. Tapi, aku bagi dia keja-keja potong potong aje la. huhu! Ok la kan. Cepat sikit kerja aku. Bila dah siap masak, mandi, solat, setelkan Rayyan semua baru kitorang gerak pergi rumah mak. Buka puasa kat sana. Tak sangka pulak dapat pujian spegeti sedap dari abang epi yang super cerewet kalau bab makan ni. huhu! Then after maghrib, terus siap-siap nak balik. Husband nak bertarawih, Rayyan pun dah mengantuk sangat nak tidur. Sampai rumah mandikan Rayyan, tukar baju semua. Bagi susu terus terlena. Penat sangat la tu sebab main dengan Sofia tak hingat kat rumah mak tadi. Aku pun terlena sama. Sedar-sedar husband balik kejutkan. Terus mandi dan bersolat..

No comments:

Post a Comment