Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan 2012 : Day 3

Dear diary,

Alhamdulillah selesai sudah kita berpuasa untuk hari yang ketiga. Sedar tak sedar eh dah hari ketiga? ahah! Cepat kan masa berlalu. Semoga di bulan penuh keberkatan ni kita dapat memanfaatkan waktu yang ada dengan sebaiknya. First thing dimulakan pagi ni dengan bersahur bersama insan tercinta. Aku macam biasa tak sah kalau sahur tak bernasik. Pagi tadi makan dengan banyaknya hasil tapau makanan dari rumah mak. Aku cuma masak sayur saja tadi. Husband cakap aku kena makan banyak-banyak biar banyak susu. Dia care pasal aku. Tapi dia care tentang Rayyan lebih-lebih lagi. huhuhu! Dia taknak Rayyan tak cukup minum susu. huhu! Apa-apapun don't worry sayang. Insyaallah supply susu untuk Rayyan sentiasa ada. Allah kan maha mengetahui. Hm, yang cik husband pulak sejak sebu makan banyak nasik goreng banyak masa sahur tempoh hari rasa serik taknak makan nasik masa bersahur buat sementara waktu. Atoii! macam-macam la laki aku sorang ni. So tadi, dia mintak nak makan ringan-ringan saja. Kurma, air, roti, dan sayur. Ok! diet seimbang sesangat la tu kan. huuuhu! Harap sangat puasa kali ni, dapatlah turunkan sikit berat badan beliau. Aku tengok makin hari makin maju je perut tu ke hadapan. Bahaya ni.. hehe!

Pagi, after setel everything kat rumah husband ajak keluar jap nak uruskan hal bank. Ok i will follow youuuu :)). Bila dah setel, kitorang cari cat pulak. Tiba-tiba husband ada semangat pulak nak cat luar rumah. Semangat nak raya sama la kot. ahaha! Aku ikutkan aje. Pilih punya pilih finally dapatlah kaler cat yang kitorang pikir just nice. Sejuk mata memandang. Memandangkan cat dalam rumah dah berani main kaler terang-terang, so cat kat luar rumah pulak kitorang main tone light-light saja. Soft green plus grey. Apakah yang akan terjadi.. Tak sabar nak tengok hasilnya. 

Then sebelum balik rumah tadi singgah pos malaysia sebab nak pos surat. ahaha1 berzaman lamanya aku dah tak main pos-pos ni. Ingatkan bolehlah hantar surat pakai setem 30sen lagi.. tapi kakak pos tu cakap sekarang ni nak pos dah pakai setem 60sen. huhuuhu! Lame nya aku. Ketinggalan jauh benar dah. Sebenarnya aku dah selamat mengepos surat chinta untuk Drypers Club. ahaha! semangat lagi ni nak redeem hadiah. Pada siapa-siapa yang dah jadi member club tu boleh la google-google drypers punya website cepat, hantar penyertaan anda. Kumpul kodbar drypers banyak-banyak then redeem mengikut point. Kebetulan pulak, sebelum ni aku memang suka kumpul plastik drypers then tiba-tiba dapat email dari drypers. Terus bertindak la kan. Yang aku target redeem sekarang ni nak dapatkan beg stok makanan untuk Rayyan. Points yang diperlukan untuk redeem just 160 mata saja. Terlebih cukup sangat dah tu. Dan yang lebih points yang aku ada, pakai member club husband plak redeem drypers pack. huhu! harap-harap ada rezeki sampailah parcel kat rumah nanti. Kalau dulu sebenarnya aku ni memang jenis buat tak kisah je kalau ada peraduan or tebus nilai segala bagai ni. Sampailah satu haritu, husband sendiri yang dah banyak kali suruh aku hantar redeem anmum tapi tak hantar-hantar sebab malas nak isi form. ahaha! Bila dia isi and hantar semua.. tup-tup parcel dari anmum sampai. Mulanya husband redeem untuk dapatkan termometer digital, tapi time tu kitorang hantar pun dah dekat nak tarikh tutup so barang pun agaknya dah out of stok. So masa tu kitorang dapat selimut bayi bersama patung rabbit yang super cute. hehe! lepas-lepas dari tu je terus bersemangat nak isi form bagai ni. hahaaa..

Tak cukup dengan kod plastik drypers terpakai, kodbar kat stok drypers pun aku sebat gunting. huhu!

Malam, macam biasa masih lagi berbuka puasa kat rumah mak. Harini husband bagi cuti pelepasan tak payah masak apa-apa. Dia cakap nak pergi bazar ramadhan saja. Nak beli ayam percik kelantan. Sedap tak terkata katanya. ahaha! Ternyata bila makan masa berbuka tadi memang sodap.. Lepas maghrib, terus kitoran gerak balik rumah. Yang special nya malam ni is husband nak bertarawih kat rumah saja. Oyeaaah! dapatlah aku solat bersama beliau tadi. Best sangat.. Tapi sebelum tu haruslah make sure yang bos kecik dah nyenyak tidur. Barulah boleh fokus nak beribadat.. kan..

and now jam dah pukul 12.30malam. Husband masih kat luar tengah cat rumah. Dah janji dengan dia yang aku akan temankan dia mengecat rumah dari dalam. Dia cat luar rumah. Aku tunggu dia siap cat sambil berinternet kat dalam rumah. hohoooo.. Semangat lah abah Rayyan ni.. i like... Tak sabar nak tunggu hasilnya esok pagi.. Yawn! -o-

No comments:

Post a Comment