Sunday, July 29, 2012

Ramadhan 2012 : Day 7

Dear diary,

Fuh! dah lama tak menulis. Phuh! phuh! buang habuk jap. hehe! Aku ni simptom betul. Kalau tengah semangat berbloging, 2 3 entry aku post dalam sehari. Tapi kalau dah start malas nak menulis, terbengkalai la jawapnya belog ni tanpa entry. Takpe-takpe, diary sendiri. Takde sapa yang kisah. hoho!

Alhamdulillah, selesai sudah kita berpuasa di hari ke7. Yeah! sedar tak sedar dah seminggu kita puasa kan. Syukur, semoga segala amalan kita diterima oleh Allah insyaallah. Amin!

Harini macam biasa aku dan husband akan berbuka puasa kat rumah mak. Selalunya aku akan masak apa yang patut untuk makan sama-sama. Yelah, hari-hari nak berbuka free je kat rumah mak, segan la jugak kan. ahaha! So, bulan puasa ni la dapur mama Rayyan selalu berasap. Husband pulak bagi support 100%. Tu yang best. Harini jugak, gaji dah masuk. yeah! dapatlah hadiah dari husband iaitu sebuah mixer. ahaha! Disebabkan lately, aku tersangatlah gigih untuk memasak, jadi husband tak cakap banyak dah bila aku bodek nakkan bendalah tu. Thank you so much husbandd!! Tadi siap aku akur janji lagi yang lepas ni taknak hangat-hangat tahi ayam lagi dok kat dapur. ahaha! Sengal!

Dari semalam lagi, after tarawih aku dua laki bini akan bersembang sampai buntut kembang, mata kembang nak tido. Dalam dok bersembang tu, husband ada request nak makan triffle. hihi! lamanya tak buat triffle. Seingat aku first time buat masa kitorang mula-mula kawin dulu. Buat kat rumah Sri Gombak. Hm.. rindunya.. Kali ni, husband terasa nak makan lagi. So terpaksalah gugel-gugel lagi cari resipi sebab resepi lama dah lama arwah. pheew! and finally, here it is..

Triffle : Rich of fruits. Resipi will update next! :))

No comments:

Post a Comment