Tuesday, July 17, 2012

Resipi Kek Chocolate Moist yang super Mooisst! (Wajib cuba)

Dear diary,

Kali ni aku nak share satu resipi kek yang selalu menjadi kegemaran setiap orang. Chocs moist ni mula diperkenalkan seingat aku masa aku di tingkatan dua lagi. Hahaha! Time tu memang fames la kek ni. Selalunya time waktu rehat tak sah kalau tak pergi koperasi sebab nak beli kek ni. Kalau dulu-dulu sepotong  RM0.40 sajo. Sekarang ni aku tak tahu la berapa. Selalunya kalau singgah kedai kek kawan aku kat kampung tu pun harga RM10 saiz biasa-biasa je. Jadi kalau beli haruslah kena borong 3 4 bijik kek sekali gus. Nak buat macam mana, semua anak-anak buah aku hantu kek ni. Mak siap tempah lagi bila birthday cucu-cucu nanti masa raya nak belikan kek ni kat kedai. So bila dah pandai buat sendiri kek ni, cancel la awal-awal lagi. ahah! 

Sebenarnya sebelum balik kampung lagi haritu aku dah beriya-iya google resipi kat internet. Nak tunggu jiran mak mertua bagi resipi lambat sangat. Internet kan ada. Semuanya hanya di jari. Banyak sangat resipi yang nak dipilih. Cari punya cari dapat la aku resipi kek ni. Mudah aje. Modal pun tak banyak sangat. Hasil google, aku dapat dua kaedah penyediaan kek ni. Kukus and bakar. Tapi aku lagi prefer kukus sebab lebih mudah. Tak payah nak risau timing or kek hangus etc bila dibakar nanti. Masa kat kampung jugak dua cubaan telah dibuat. 2 resipi berbeza, 2 kaedah berbeza dan hasilnya jugak berbeza. 1st trial pakai resipi pertama kurang moist then 2nd trial cuba resipi kat bawah ni menjadi. Jadi kali ni aku nak share resipi yang cukup menepati citarasa kami seisi keluarga. Cukup moisstt..

RESIPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Resipi Asal : Chef Zubaidah
Sumber : Klik Sini

Bahan-bahan:

* 100g serbuk koko
* 1 tin susu cair
* 200g minyak masak / minyak sayuran / butter cair
* 250g susu pekat

250g gula kastor
4 biji telur
150g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1) Campurkan semua bahan bertanda * dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak perlu sampai mendidih.
2) Dalam bekas lain, pukul telur dan gula dengan mixer hingga kembang. Kemudian masukkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan bahan bertanda * yang telah dimasak tadi dalam satu adunan. (Gaul dengan spatula sahaja. Elak over mix)
3) Masukkan ke dalam bekas yang dilapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum dikukus dan ditutup dengan aluminum foil bagi mengelak air menitik jatuh.
4) Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing @ ganache.



Bahan-bahan chocolate ganache:

1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sudu besar butter / margerin / minyak masak

Cara-cara:

1) Satukan bahan-bahan dalam satu bekas. Gunakan kaedah double boil. Bila coklet dah larut, boleh dihiaskan di atas permukaan kek.
2) Hias atas kek dengan chocs chip, badam etc.

Tadaaa.. dan inilah hasilnya kek moist. Even presentation tak berapa menarik, tapi percayalah ianya sangat umpph!

SELAMAT MENCUBA! :))

No comments:

Post a Comment