Wednesday, July 18, 2012

Resipi: Linguine Aglio Olio with Prawn

Dear diary,

Tengah hari tadi tekak terasa nak makan spegeti tapi bila selongkar dapur, stok spegeti dah habis. Yang ada tinggal linguine sajo. So, hantam saje la.  Rasa sama, bentuk je lain sikit. hehe! Bila dah pukul 2 lebih tu after Rayyan tidur terus aku gegas main masak-masak. Tak sampai 20 minit, makanan dah siap. Wallaa.. Kali ni aku nak share resipi mudah nak buat linguine aglio ni versi mama Rayyan. Basic penyediaan adalah sama, cuma bahan-bahan ikut kesesuaian masing-masing. Apa yang aku buat ni bahan-bahan memang dah ada stok dalam peti. huhu! Kuantiti ikut citarasa masing-masing ok. Kalau yang nak makan tu ramai, bahan-bahan kena lebih la kan. So simple!

Bahan-bahan:

1) Linguine
2) Bawang putih + Bawang holland
3) Carrot
4) Udang
5) Blackpepper
6) Oregano
7) Parsley
8) Chili flakes
9) Butter / Olive oil

Cara-cara:

1) Rebus linguine bersama minyak. Kemudian toskan.
2) Dalam bekas lain, tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan carrot, udang (dibuang kulit).
3) Bila udang dah masak, masukkan linguine yang ditoskan tadi. Gaul bersama blackpepper, garam, oregano, parsley dan chili flake. Kalau takde chili flake, gunting halus-halus cili kering pon boleh. Sama saje. Siap!

Nyum nyum! Selamat mencuba!

1 comment:

  1. sempoi je resepi. sy dalam misi cari resepi simple2 nak habiskan linguine kat umah.

    ReplyDelete