Friday, July 20, 2012

Resipi: Puding Marble Coklat

Dear diary,

Bila sebut tentang puding, dalam fikiran terus teringat nak makan puding jagung. Ingat lagi masa aku kecik lagi, tak salah dalam darjah 5 macam tu la. Kat sekolah ada buat pertandingan memasak. Anjuran Puteri Islam. Menu yang kena masak is kena buat puding jagung. Semangat la team aku belajar macam mana cara-cara nak buat puding. Masa tu dah la baru darjah lima. Kalau pegang periuk waktu tu, memang dikira champion la. hehe! Nak dijadikan cerita, puding yang geng aku buat ni memang menjadi atas pertolongan cikgu-cikgu yang terlibat masa tu. Puding yang kami buat tu pulak mestilah kena nampak cantik dan wajib digubah. Waktu tu memang pulun la dok hias bagai atas puding jagung kami. Nak tahu apa yang kami hias kat puding tu? ahaha! Puding kan kaler kuning-kuning cantik gitu. Yang kami ni pulak bukan main hias lagi segala cili merah, timun, daun salad, tomato kat atas puding tu. Kononnya paling lawa la. Warna warni gitu. Tapi APA KES? Ko ingat nak gubah makanan pengantin?? Hahah! Padahal group lain pandai pulak hias coklat la.. jelly la segala kat puding depa. Haaa! Yang tu baru betul cikgu cakap. Masa tu, geng aku punya malu tak hingat la. Terover dos la pulak kan. Ingatkan nak menang la masa tu. Tapi hampeh! Lepas kalah tu, masing-masing dah taknak mengaku idea sapa yang suruh letak cili timun bagai tu. ahaha! Kelakar betul bila ingat-ingat balik zaman budak-budak dulu. Now, dah matang SIKIT la kot. hehe! 


Yang ke duanya bila cerita bab puding, teringat aku akan cerita MY BOS MY HERO. Suka sangat tengok sakaki makio yang very the hot tu yang konon-konon taiko gila lah.. alih-alih jiwa lembut suka makan puding. hehe! best! Terasa nak ulang tengok lagi pulak cerita tu.


Dan yang ketiganya, puding jagung dan juga Kak Noor. Oh! i miss kak noor. Ingat lagi masa aku mengandung dulu, teringin nak makan puding jagung. Malas nak cari kat kedai, malas nak rengek kat husband suruh carikan. Pastu just bagitau kat kak noor je yang aku teringin nak makan. Tup tup dua tiga hari after, kak noor bawakkan aku satu tupperware puding jagung kat opis. kak noor cakap tak jadi sangat puding yang dia buat haritu. Tapi! dalam kepala. Oh! sangatlah terharu. hihi! Masa tu memang aku makan tak hingat orang kat kiri kanan la.. sayanggggg kak noor. (Kalau Kak Noor baca belog ida ni, just let me know. I miss U!) 

Haha. Tiba-tiba rasa nak sebak jap sebab rindu. Dah la. Sebenarnya create entry ni sebab nak share resipi, tiba-tiba panjang menjela pulak jadinya. So, haritu aku ada try buat puding lagi. Sedap! Sungguh sedap! hehe! Macam biasa main gugel gugel jumpa lah resipi menarik ni. Tapi dah tak ingat siapa empunya asal resipi ni.  Main cilok saje. Tu la, bila dah gugel bertab tab ko bukak kan.. pheew! Aku ni pulak kalau nak masak or cari resipi, kalau boleh nak yang sehabis senang, jimat wang, jimat masa. Tapi rasa harus kena holiyau! hihi!

Bahan-bahan:


1 bungkus agar-agar
1400ml air
1 tin susu cair
2 cawan gula
8 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar butter
Sedikit esen vanila
2 biji telur ayam
Sedikit garam

Cara-cara:

1) Basuh agar-agar dan masaknya bersama-sama 1400ml air dalam periuk di atas api sehingga hancur.
2) Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga larut.
3) Dalam bekas lain, pukul telur, masukkan susu, tepung jagung, tepung kastad dan masukkan garam. Kacau hingga sebati.
4) Kemudian tuangkan ke dalam agar-agar yang telah dimasak di atas api tadi dan kacau pada api sederhana hingga likat.
5) Bila adunan dah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu besar butter dan asen vanila. Kemudian bahagikan kepada 2 adunan. Satu adunan diletakkan serbuk koko dan satu adunan lagi dibiarkan warna asli (Kuning)

Tips: Masa bahagikan adunan aku still bukak api sederhana. Kalau tutup api adunan cepat nak membeku.

6) Lapiskan adunan yang bercoklat dan adunan kuning berselang seli. Sejukkan dalam peti ais dan sedia untuk dinikmati.

Alhamdulillah cubaan pertama dengan jayanya even adunan comot kusut masai sikit kan. Tapi surely puding ni memang sedap. Semua menu yang aku try buat ni memang  ada cop recommended punye. hihi!

Selamat Mencuba! :))

3 comments:

  1. eh..silap..tepung kastard tk tulis berapa banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.terlupa nak tulis. sy pakai 4 sudu besar tepung kastad

      Delete