Thursday, July 5, 2012

Rindu datang lagi - 4/6/12

Dear diary,

Pejam celik cepat sungguh masa berputar. Terasa baru semalam bagitau Rayyan yang abah akan balik malam ni and now, 2 weeks dah pun berlalu. Petang tadi husband dah kena bersiap-siap untuk outstation. Sebak, sayu.. as usual. Perasaan yang sama setiap kali ditinggalkan. Tambahan lagi, bila Rayyan dah ada dalam hidup kami.. lagi lah sayu je husband nak lepas pergi. Rayyan pulak sekarang ni dah makin bijak. Sikit-sikit abah, sikit-sikit abah. Sampaikan mana abah pergi, mesti dia nak ikut. Bila hantar husband pergi kat depan pintu pagar, Rayyan tengok je abah. Aku dapat rasakan perasaan dia masa tu. Nak ikut abah. Sambil angkat tangan tunjuk pada abah. Hm... Sabar ye sayang. Lagi 2 minggu abah balik. Now, husband masih lagi on the way ke tempat kerja. 

"Ya Allah ya Tuhanku, Kau permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah. Kau lindungilah dia dari sebarang malapetaka. Amin!"

Malam ni aku dan Rayyan tidur rumah MIL sebab husband gerak pergi tadi pun dari sini. After maghrib, aku dan ipar duai semua tolong mak bungkus-bungkus bihun catering kat depan tv. Best! Rayyan pun sibuk sama nak isi air kotak dalam plastik. hehe! Insyaalllah, esok balik kampung nak jumpa mak. Hope perasaan rindukan husband tu berkuranglah sikit bila balik Selama nanti. Insyaallah!

Miss the moment so much! @ Awana Kijal, Terengganu



psst: Salam nisfu syaban untuk semua!