Friday, July 6, 2012

Training Vacation - Kemaman, Kerteh, Kijal

Dear diary,

Seumur hidup, tahun ni baru dapat jejak kaki ke negeri Terengganu. haha! Orang lain dah habis pusing satu Malaysia, yang aku ni masih terkebil-kebil kat negara sendiri. First time dapat berita dari husband cakap nak pergi Terengganu, macam-macam ada dalam kepala otak. Ada penyu berenang, nak canting batik yang awesome, makan satar, main-main kat pasir putih tepi pantai dan macam-macam lagi. Sebenarnya, sejak jadi housewife ni la ada peluang sikit nak jalan-jalan ikut buntut husband. Mana dia pergi, kalau boleh semua aku nak ikut. hehe! Tambah pulak, bila husband ada training dapat free penginapan. Nak tunggu apa lagi. hihi!

Tapi sayangnya, tempat kerja husband bukanlah apa yang aku gambarkan dalam fikiran. Jauh jugak nak cari penyu bertelur, nak cari tempat canting batik bla bla bla. Sebab tempat yang husband selalu training tu kat Kerteh. Mana ada tempat best sangat kat Kerteh tu nak jalan-jalan. Orang minyak banyak la. hihi! Kali pertama pergi Kerteh masa umur Rayyan 5 bulan. Masa tu kami menginap kat Paka Residence. Second  masa Rayyan umur 7 bulan dan masih lagi bergolek-golek kat Paka. Third, baru-baru ni husband ada training lagi. Tak cakap banyak. Terus angkat tangan nak ikut. hehe! Kali ni dapat la merasa golek-golek atas katil Awana Kijal pulak.

Yang bestnye bila jejak kaki kat Terengganu ni, aku dapat makan satar dan nasik kukus dengan sepuasnya memandangkan kat sini susah sangat nak dapat bendalah tu. Dari awal lagi dah bagitau husband awal-awal. Bila sampai je Kemaman, nak makan nasik kukus. Nak makan satar. Dalam sejarah, bila dah makan satar tu memang sure tangkap gian punya. hehe! Nak lagi! Nak lagi!. Ni semua angkara husband la yang banyak ajar aku makan makanan sana. Kalau tak, takdenye aku nak try cuba. Buatnya aku mengidam nak makan nasik kukus, kena pergi Terengganu jugak ker..? atooi! Dok citer bungbang bungbang pasal makan nasik kukus, makan satar tapi takde satu pun gambar nak tempek. Nampak benar bila dah ada depan mata tu, terus tangkap feel sampai tak sempat nak snap pics. Wink! Jadi layankanlah aje gambar chendol kat bawah ni yer.

Minum petang di Kemaman Chendol Kopitiam


Petang jalan-jalan kat Kemaman kemudian lepak makan chendol yang super best. Nak-nak pulak time tu musim panas. Memang feel habis la. Tapi masa order terpaksa order 1 mangkuk saje sebab flu aku dan Rayyan punya pasal. Terpaksalah control sikit.

Now, nak review la serba sedikit tentang hotel yang kami menginap tempoh hari. Sebenarnya banyak jugak yang kitorang laki bini ni dok chit chat pasal ketakBESTnye menginap kat situ. First sekali yang husband tak puas hati tahap maksima adalah semua Wifi kat sana kena sewa. Rm25 untuk 1 hari. Apakah itu? Dah la kena bayar mahal-mahal, nak pakai internet pun kena bayar ker. Eh! hello! kedai mamak depan umah aku pun free wifi ok. Ada lagi, dah la tu siap internet kena barred lagi kalau sapa-sapa yang bawak broadband. Yang tu pulak, memang member husband angin jugak la. Sangat-sangat unsatisfied kat situ. Kedua nya adalah layanan waiteress kat Kampung Restaurant memang tak mesra alam langsung. Kite suruh tolong ambilkan baby chair pun boleh buat muka ketat. Hello miss! period ker? Dah la tu, nak kutip pinggan pun muka takdak cenyummm. Oh! tak patut.. tak patut. Inikah layanan mesra depa bagi kat orang jauh-jauh datang menginap kat situ. Pheew! Dengan minah-minah mat-mat salleh buleh pulak dok tersengeh-sengeh. Sungguh ku tak paham.. Tapi, walau apa-apa pun, masih banyak item yang boleh kredit when you stay there. Enjoy! Lepak je!

Awana Kijal, Terengganu 

Bila tengok abah & mama tak puas hati, Rayyan pun tunjuk protes sama. Ambik pastu campak ke bawah. Bijak-bijak!

About the room, bagi aku satisfy la dengan bintang yang ada. Housekeeping pun pantas. Totally masa kat sana banyak aku habiskan golek-golek atas katil bersama Rayyan Aiman bila husband keluar pergi training. Bos kecik tu pun alhamdulillah, trip kali ni dia behave baik-baik saje. Tak macam second time. Malam menangis. Pheew!

Peaceful. Bestnya kalau hari-hari dapat berehat macam ni. Bangun tidur ada orang tolong kemaskan. Wow! so the queen!!

Family Potret. Inilah lelaki-lelaki kesayangan saya! Husband before go out for training.

Bila kat atas tadi dah komplen awal-awal yang waitress tak mesra alam, jadi automatiknya bila nak review makanan pun so so saje. Tak terlalu banyak pilihan. Ada makanan yang best. Ada jugak makanan yang biasa-biasa saje. Kepada chef kat hotel tu please la potong buah-buah and susun cantik-cantik sikit. Baru ada selera nak makan. hehe! Amboi! minah ni, dah la makan free.. komen bukan main pulak dia..huhu!

Antara dish yang aku sempat amik and snap tempoh hari.  Paling superb roti jalan dan lontong. Sluurp! Tengok ni. Baik tak aku. Dalam pada dok kondem, puji lebih jugak yang diberi.. ahaha!

Ololo mashaaam boy mama ni!


Walau apa pun, percutian kali ni diakhiri dengan senyuman dan kegembiraan yang cukup bermakna buat kami sekeluarga. Will meet again!


psst: Rayyan gembira, Mama bahagia, Abah sentosa

No comments:

Post a Comment