Thursday, August 30, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Dear diary,

Phew, lama benar dah tak menaip belog since last Ramadhan. Even hari-hari on lappy, tapi bila nak menaip selalu saje mood or idea hilang. ahah! Macam-macam la aku neh. Tengah malam ni tiba-tiba pulak tergerak hati nak update. Harap-harap banyaklah idea datang mencurah-curah. Baru laju je aku boleh menaip nanti. Now husband and Rayyan Aiman pun nyenyak tidur sudah. Kesian betul Rayyan. Penat sangat main-main siang tadi, bila dah malam-malam cemgini, bukan main tak hingat la dia tidur. huhu! Abahnye pun sama jugak. Now dah berdengkur bunyi macam-macam dah pun. hihi! Sayang sangat kat boyfriends aku tu..

Bila bukak facebook or blog, sana sini masih lagi dengan mood raya. Aku pun tak terkecuali jugak la kan. Mesti nak update jugak serba sedikit kenangan masa berhari raya tempoh hari. Tapi sebelum tu, sukacita dimaklumkan bahawa anak bujang aku dah berumur satu tahun pada raya ke5 tempoh hari (23hb Ogos 2012). Syukur alhamdulillah, sampai sekarang Allah berikan kesihatan yang baik untuk beliau. Syukur sangat-sangat. Rayyan tak banyak meragam. Nakal sikit-sikit tu biasa la kan. Budak tengah nak membesar katakan. Sebagai ibu, aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk beliau. Semoga Rayyan menjadi insan berguna suatu hari nanti. Semoga bila mama dan abah takde lagi nanti, dialah yang akan mandikan jenazah kami dan sentiasa berdoa kepada kedua orang tuanya. Insyaallah!

Dimulakan hari raya tahun ni kat rumah keluarga mertua. Kalau tahun lepas masa tengah berpantang, dapatlah beraya kat rumah mak aku first. Tapi tahun ni giliran beraya kat sini dulu pulak then petang baru balik Selama. Nasib baik la dapat jodoh dengan orang dekat-dekat jer. Bila tiba bab nak balik beraya ni takdelah ralat sangat sampai gaduh-gaduh nak balik umah sapa dulu masing-masing. hehe! Masa malam raya aku dan husband dapat berkumpul jap kat rumah maksu. Makan ketupat rendang bagai dah malam tu.  Kat rumah mak pun menu utama bila raya is wajib ada ketupat palas. huhu! Best! My favourite tu sebab kat Selama jarang dapat makan ketupat palas. Bila sampai je kat rumah maksu, ramai mak-pak saudara dah start berhimpun kat rumah. Kebetulan pulak time tu, mak dan abah mertua kena balik Terap sebab nak uruskan hal masak-masak, jadi malam tu lepak kat rumah maksu je la kejap. huhu!

Family potret di pagi raya. Tema kali ni adalah tone hijau kuning. Rayyan nampak cool berbaju melayu. hehe!

Dah hensem-hensem pakai baju melayu, tapi tak cool pulak nak bergambar. Susah betul nak tangkap gambar sama dengan mat Ayen nih. Asyik nak buat hal dia saje. haha!

See telatah anak bujang senang hamba sorang ni. Mama sibuk nak tangkap gambar, dia sibuk buat hal sendiri. Tak sporting la Rayyan ni. hehe!

After sembahyang raya dan mermaafan dengan mak abah semua, kami sekeluarga on the way balik kampung Terap. Tok ada buat kenduri sikit. Bila agak rushing nak balik tu, so takdelah sangat official photo family that day. Nasib baik jugak sebelum beraya dengan mak abah, ada jugak snap pic sekeping dua. Kalau tak, tak sembat langsung la nak bergambar. huhu! Bila sampai Terap pun dah nak tengah hari. Semua adik beradik sebelah abah berkumpul kat rumah tok. Tok after buat operation potong kaki sebab kencing manis tempoh hari nampak sehat-sehat saja. Alhamdulillah. Semoga tok sehat selalu hendaknya.

Then after zohor, dalam pukul 3 cemgitu kitorang terus gerak balik Selama. Beraya kat rumah mak aku pulak. Pada hari tu, sempat lah beraya rumah mak saudara keliling rumah. Makan memang tak hingat lah. Bila mula-mula sampai rumah terus cari nasi impit dengan sambal goreng tempe mak buat. huhuhu! Lepas gian lamanya tak makan sambal goreng tempe yang mak buat. Jadi hari tu segala ketupat rendang mak nenek semua dah masuk dalam perut. Pheeww! perut kenyang sentiasa. Tapi dah beraya punya pasal.. makan!! makan!! makan!! hehee!

Okeylah diary, lewat malam sudah. Mata pon dah mengantuk sangat ni. Aku nak masuk tidur dulu. Insyaallah, ada masa kalau rajin akan ku update lagi kisah raya tahun ni. Time to hug and kiss my little boy now. Bye diary! muuah!

1 comment: