Thursday, August 2, 2012

Ramadhan 2012 : Day 13

Dear diary,

Selamat pagi diary kesayangan. Pagi ni kena merajinkan diri update belog kejap sementara bos kecik dan bos besar masih lagi tidur. Alhamdulillah, aku masih lagi bernafas untuk 13 ramadhan ni. Pejam celik cepat benar masa berlalu kan. Dah nak masuk dua minggu pun kita berpuasa. Two weeks? mean husband pun dah nak kena naik job balik. Sob! Sob! Sepatutnya semalam dia dah kena pergi, tapi kali ni dia amik cuti. Extra lagi dua hari. Insyaallah, awal-awal pagi Sabtu nanti dia akan bertolak. Jadi dapatlah spend time lagi bersama husband terchinta. ehehe! Bila dia takde, mesti aku akan sentiasa merinduinya.. Pheew! Rindu lipat kain sesama, rindu masak sesama.. dan macam-macam lagi lah. ahaha!

Insyaallah, takde aral pagi ni kami nak balik kampung. Oh! tak berbuka puasa lagi dengan mak. So, husband cuti extra dua hari ni bolehlah spend time kat sana. Hopefully more to relax la bila balik kampung nanti. Semangat nak berkemas kain baju, perkakas nak buat biskut raya. huhu! Semangat! semangat! Tambah semangat lagi bila husband support 100%. Semalam, pergi tesco beli lagi bahan-bahan untuk buat biskut raya. Target bila balik kampung nanti dapatlah aku spend masa bertukang kat dapur buat seberapa banyak jenis kuih raya. ehehe!

Hm.. nak cerita jugak pasal bukak puasa semalam. Mulanya planning dengan husband taknak masak apa-apa bila pergi umah mak petang untuk berbuka. Pastu dapat idea nak masak pulak sebab nak habiskan stok makanan yang ada dalam peti. Malas la nak hangkut bawak balik kampung pulak kan. So, petang semalam aku cakap kat husband nak try buat baked rice ala-ala kat pizza hut tu. Since aku pernah makan, tapi husband belum cuba. Sebab tu nak show off kat husband sikit la. hehe! Husband terus on. Kami sama-sama gugel internet semalam sebab nak cari resipi. ahaha! Cari punya cari ada la resipinya, tapi kami buat versi kami sendiri. So petang semalam, after tidurkan Rayyan.. tong tang tong tang kami dua laki bini kat dapur. Husband tolong potong-potong, aku pulak terus bukak api start memasak. Syukur alhamdulillah, baked rice menjadi. Bawak umah mak mertua berbuka semalam pun, semua cakap sedap. huhu! alhamdulillah! Semua ipar-ipar dok booking suruh buat lagi . huhu! insyaallah! Bila-bila bolehlah buat lagi.

Kiri: Sebelum dibakar ; Kanan: After baked with triple cheese.

Mungkin disebabkan ini, lemak di perut husband semakin rancak menari-nari. huhu! Dia suka sangat la kalau  makanan-makanan camgini. Haritu pun aku ada buat hotpot potato lebih kurang macam ni jugak banyaknya cheese. huhhuu! Sakan sungguh aku membela perut suami. hihihi! Okeylah diary, tak buleh update lama-lama sebab time untuk berkemas pulak. Hari pun dah makin cerah. Mari kita berzikir sambil mengemas pulak, kemudian jangan lupa akan waktu dhuha. Insyaallah, hidup akan lebih diberkati. Berjumpa lagi dua minggu akan datang. Bye! :))

psst:  oo balik kampung, hati riang!

No comments:

Post a Comment