Thursday, August 30, 2012

Resipi : Triffle fruit coktel

Dear diary,


Ini adalah resipi triffle yang aku pernah buat masa bulan Ramadhan tempoh hari. As per husband requested, jadi pagi-pagi lagi aku tersangatlah gigih menyediakan triffle ni untuk berbuka puasa. Simpan awal-awal dalam peti sejuk, then bila dah nak berbuka bolehlah dihidangkan sejuk-sejuk. Terbaik!

Bahan-bahan:
Lapisan pertama (Sponge kek)

- Kek sponge coklet / swiss roll
- Sirap: Larutkan 3-4 sudu makan mixed fruit cordial dengan 1/2 cawan air.

Lapisan kedua (Kastad)

- 1/2 tin susu cair *
- 200ml susu segar *
- 2 tin air (gunakan tin susu) *
- 6 sudu makan gula kastor *
- 3 sudu makan penuh susu pekat manis *
- Secubit garam
- 9 sudu makan tepung kastad **
- 1 cawan air **
- 1 biji telur (B) **
- 1/8 sudu kecil esen vanilla **

Cara-cara:

- Satukan bahan bertanda *. Masak hingga mendidih.
- Sebatikan bahan-bahan bertanda ** dan kacau rata. Kemudian masukkan adunan ke dalam adunan yang mendidih tadi. Teruskan memasak dengan api sederhana sehingga adunan nampak berkilat dan pekat. Adunan kastad hendaklah selalu dikacau untuk mengelakkan berketul dan hangus di dasar periuk.


- Sementara itu, basahkan lapisan kek yang telah disusun dengan sirap.
- Selepas itu, tuangkan kastad di atasnya.

Lapisan ketiga (Fruit coktel)

- Taburkan fruit coktel di atas permukaan kastad tadi.
- Kalau nak buah lebih, boleh tambah sendiri buah-buah lain cth kiwi, laici, anggur, strawberry etc. (Macam yang aku buat, macam-macam fruits aku letak. Permintaan dari husband, kena tunaikan. hehe!)

Lapisan keempat (Jelly Instant)

- Masak sebungkus instant jelly mengikut arahan di belakang kotak. Kalau nak lebih lembut, tambah sedikit lagi air semasa memasak jelly.
- Bila jelly dah masak, tuangkan ke atas triffle tadi kemudian sejukkan.


SELAMAT MENCUBA :))

No comments:

Post a Comment