Thursday, September 27, 2012

Aktiviti berlepak bersama anak!

Dear diary,

Aku tahu harini anak bujang tu boring sangat sebab abah dah pergi kerja. Jadi, harini Rayyan dan mama just lepak-lepak kat rumah je sambil golek-golek, main-main, tengok tv, minum susu banyak-banyak dan lain lain. Huhu! Bila abah dah takde, Rayyan betul-betul bosan sebab terperap je kat rumah.. then mulalah kuat dia mintak susu. Kejap-kejap tarik baju, kejap-kejap nak selak baju aku. Tahulah tengah boring. Kerap sungguh dia minum harini sampai tak sempat-sempat susu nak produce. Ish! ish! Kalau abah ada, asyik nak membengkak je sebab Rayyan kurang sikit nak minum. Bila kite tanya baru la sengih-sengih rengek nak susu. sayang.. sayang.. Teruk mama Rayyan kerjakan harini eh.. T__T . Malas nak taip banyak-banyak. Biar gambar menceritakan segalanya untuk harini..

Menu makan tengahhari sampai ke petang. Mee goreng udang. Dah lama nak goreng mee stail macam ni and finally harini dapat buat jugak. Kalau husband ada, dia suka letak telur. Macam mee goreng mamak tu.. i tak berapa like la yang tu. pheew!

Dari pagi sampai petang keja mama dengan Rayyan lepak depan tv jer. Bila husband takde, masa banyak terluang tengok tv sambil jaga anak. Bagi dia main puas-puas. Penat. Terus mintak susu tido. hehe!

Bila abah Rayyan ada kat rumah, raga kain baju belum lipat akan selalu jadi macam ni. haish! suri rumah yang tak berapa nak suri. hehe! Bukan malas, cuma tak sempat je. Hari-hari layan suami.. layan anak-anak. and now baru ada kesempatan nak lipat semua.

Bila dah petang, aku buatkan Rayyan roti bakar. Letak butter, peanut dan juga cheese. Yang anggur tu pulak sebagai umpan nak bagi dia enjoy makan. Rayyan ni kan, lately susah sikit nak makan makanan pejal yang berkhasiat. Kalau kerepek ker laju pulak dia nak kunyah. Nak test gigi baru la tu.

"mama.. ayen nak tebang pokok ni. nak ikut?" hehe!

Kegemaran Rayyan sekarang ni suka sangat tengok TuTiTu. Yeah! suka la tu tengok reka cipta itu ini. Selalunya kalau bukak lappy time dia tak tidur, mesti dia yang konker punya. Takde chance mama nak berblogging siang-siang hari. haish! :))

So enjoy dapat main dengan Rayyan puas-puas. Tadi macam biasa, bila aku nak solat.. dia pun sibuk nak bersolat sama sambil sebut 'alaah' So sweet anakku. Bila kita solat dia pun mulalah nak letak buntut kat sejadah sambil dongak tengok apa yang kita buat. hehe! sayang.. sayang. Mama sayang Rayyan sangat-sangat. Jadi anak yang soleh ye nak.. mUUah!

3 comments:

  1. bahagianya tgk hidup akak..ada ank comel...hehe geram tengok..:)

    ReplyDelete
  2. bahagianya tgk hidup akak..ada ank comel...hehe geram tengok..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..cepat2 habis belajar.pastu jgn lupa jemput akak makan nasik minyak yer :))

      Delete