Saturday, September 22, 2012

Diari Jumaat bersamaan 21hb Sept 2012.

Dear diary,

Salam kesayangan diary kesayangan. hehe! Now dah ada kelapangan sikit nak update belog. Baru tadi husband mintak baby wipes sebab nak tukar pampers Rayyan Aiman. Eh! tak banyak kencing pulak dia malam ni. Then after susukan dia kejap tadi terus capai lappy balik. Time to blogging. Yeah!

Dimulakan aktiviti harini (Jumaat) dengan bangun pagi macam biasa untuk solat subuh. Dalam masa yang sama, lately bila abah ada Rayyan pun terlebih rajin nak bangun solat subuh sama. Jadi susah sikit la kalau kami suami isteri nak berjemaah sekali. Kadang-kadang kalau Rayyan betul-betul tidur lena.. baru lah solatku diimamkan oleh suami. echhee! best pulak taip SUAMI ni. Sejuk! :)) Bila dah bersubuh, terus siapkan breakfast. Tadi aku cuma panaskan keow teow hongkong yang MIL bagi petang semalam saja sebab husband tak dapat makan lagi malam tu disebabkan gastrik. Jadi pagi tadi barulah aku panaskan balik. Bukan main selera lagi dia makan. Dah start selera balik dah. Kalau tidak, nak makan apa pun tak sedap perut. Kerja nak muntah je dia mengalahkan orang perempuan ada isi. hehe! Betul la apa mak aku cakap. Lelaki ni kalau sakit sikit, manjanya berkodi-kodi. Nak dapat perhatian lebih la tu..T__T

Disebabkan Rayyan dah bangun awal, husband ada ajak pergi pasar borong. Ajak mak sekali. Saja nak jalan-jalan pasar borong tengok ikan-ikan. Belajar nak kenal ikan. ahaha! Aku ni susah sikit nak kenal ikan. Mak bagitau berapa kali pun aku susah nak ingat nama-nama ikan. Setakat ikan yang biasa aku makan tu ok la. Tapi kalau ikan-ikan special sikit ni fail sungguh aku nak ingatnye. Balik dari pasar borong terus nak tidurkan Rayyan. Tu la bangun awal sangat. Kan mama dan abah dah bawak Rayyan jalan-jalan tengok ikan. hehe.. Tapi sebelum dia tidur, husband pastikan dia siap mandi semua then minum susu. Barulah selesa sikit anak bujang dia nak beradu. Time Rayyan tidur, husband nak hint-hint ajak bercinta. hihi! Pantang tengok anak tidur, ada saja kejanya. Padahal time Rayyan tidur macam-macam aku boleh buat. Yeah! best sangat sebab dapat masak-masak dengan aman tadi after pujuk rayu husband cakap "kite bercinta malam-malam je la eh". T___T

Sambil Rayyan Aiman tidur, sambil husband main internet dan tonton tv.. aku tong tang sendiri main masak-masak. Harini masak nasi butter kismis, daging panggang dan juga coleslaw. Nyum-nyum! Resipi daging panggang aku amik dari buku resipi yang aku dan husband beli bulan lepas. Harini baru belek-belek balik then terus main masak-masak. Tadi jugak aku berjaya jugak siapkan cupcakes. Oyeah! dah banyak hari aku planning nak ulang semula bake cupcake. Disebabkan aktiviti yang ada saja bila husband ada ni, jadi aktiviti nak buat bendalah yang remeh temeh tu susah la sikit nak dihasilkan. Tapi tadi, berjaya jugak aku siapkan chocs cupcake dan toping buttercream. Enjoy la bila buat cupcake ni. Seriesly! Patutlah dulu-dulu semua orang sibuk dengan cupcake. Rupanya fun buat cupcake ni sebab bila nak buat hiasan tu.. 100% ikut kretiviti kita. So suka hatilah kau nak deko cake kau macam mana kan..

Inilah cupcakes yang berjaya dihasilkan tadi. Masih lagi amatur dan patut asah skill lagi ni.

Yang bestnye bila main masak-masak ni aku dapat support sepenuhnya dari husband. Kalau nak isteri dia rajin duduk dapur, suami kena la sediakan segala mak nenek kelengkapan untuk memasak. huhu! Contohnya  bila kami jenjalan shopping, then nak beli itu ini untuk masak.. dia on saja. then kalau cik husband hegeh-hegeh dok perli gediks sangat itu ini aku akan keluarkan veto "ok la ni. abang nak yang rajin macam ni ke nak tengok yang asyik tidur je.." hehe.. Terus dia cakap OK sambil senyum sumbing.. blurrppp! :))

Sudahnya bila dah buat banyak-banyak cupcakes ni haruslah bersedekah bawak pergi umah mak jer. Kat rumah mak ramai penghuni. Mak abah adik abang semua ada boleh hantam sama itu kek. Aku ni nak buat best, tapi bila selalu makan chocs cupcake.. muak jugak. Sebab tu kalau nak buat pun kena time ada event or sumtins. Baru berbaloi sikit nak buat kan.. After asar pegi umah mak lepak sampai isya. Rayyan dah ngantuk sangat nak tidur. Dia pun tak berapa nak sehat sangat. Flu again untuk kali kedua dalam hidup beliau. Pheeww! Semoga Rayyan cepat sembuh!


psst: Dua beranak dah tidur berdengkur neh.. tido! tido!

No comments:

Post a Comment