Monday, September 10, 2012

Diary weekend 9/9/2012

Dear diary,

Harini hari ahad, yeah. Pagi-pagi lagi dapat call dari my mum yang mak jadi nak datang rumah. Malam sebelum tu, mak ada cakap jugak nak datang tapi belum lagi confirm dengan kak ina. So, bab masak jangan kalut-kalut. hehee! Mak paham la tu kot anak dia susah-susah je nak masak. Macam biasa, kalau nak masak aku biasanya akan tidurkan Rayyan dulu. Baru senang nak buat kerja. Kalau tak asyik nak sibuk je dia nak tolong sama aku kat dapur. ghee! Alhamdulillah, siang tadi senang aje tidurkan beliau. Mengantuk sangat la tu sebab pagi tadi dia bangun awal la jugak. Then bila Rayyan dah tidur, maka aku bolehlah bertong tang kat dapur sorang-sorang. Mulanya planning nak masak nasi butter kismis dengan ayam masak ros dengan sayur campur dengan butter prawn.. tapi, tengah hari tadi aku sempat siapkan nasi, ayam dan sayur saje. Udang tak sempat nak buat sebab Rayyan pun dah mula bangun then mak, kak ina and the geng pun dah sampai. Mak sampai pulak siap bawak lauk gulai ayam lagi. huhu! So, cancel la nak cuba buat butter prawn hari ni. Takpe, tunggu husband balik sekali la nanti boleh cuba. Oh yea, masa mak baru sampai tadi pulak, kebetulan mak dan abah mertua pun datang rumah. Soo kebetulan sebab mak dengan abah baru balik dari tesco, so nak jenguk menantu cucu dia la. heheh! After borak-borak, mak dengan abah pun balik. Tak makan nasi sini pun. Sebab mak tak masak nasi lagi kat rumah untuk adik-adik. Lepas lunch, aku dan abie kuar jap beli cendol. Yeah! mak dah kena sekali, nak lagi lagi lagi cendol depan rumah aku tu. Manis, cukup bahan and so marvelous. Bila sampai kedai tadi pun, mak ai! punya ramai dok beratur. Jenuh jugak abie tunggu..

Encik Aniq baru je sampai terus tunjuk hero nak pomen backhoe Rayyan. hihi! Habis dah jadi arwah mambang kuning tu dikerjakannye.

After solat everything, sebelum mak balik.. kami sefamili jenjalan kat kedai plastik area sini jap. Dah lama aku mengidam nak masuk kedai tu sebab nampak sempoi je. Banyak barang-barang perkakas rumah. Best. Tadi, aku cuma beli raga sampah, jug air minuman and balang plastik saje. haha! itu pun nak citer dalam belog kah? Oklah, apa-apa pun.. that's all for today. Rindu nak peluk cium Rayyan pulak ni. Seronoknya tengok dia tidur dengan selesa. Soo cute my son! Bye for now.

1 comment: