Friday, September 7, 2012

Happy Birthday kesayangan : Rayyan Aiman, Izzati Alia & Nabila Aina

Dear diary,

Rayyan Aiman sudah tidur, Jadi bolehlah aku berblogging sekarang sambil menonton tv. Terbaik! Ok kali ni nak sambung cerita lagi masa raya tempoh hari. Raya kedua, aku dan suami dapatlah beraya di kampung. Kebetulan dah lama sangat mak planning nak buat majlis makan-makan anak beranak sempena birthday cucu-cucu beliau (Rayyan, Alia & Nabila). Even masing-masing punya birthday tak sama hari, tapi kalau ikutkan bulan islam tu semuanya lahir dalam bulan Ramadhan dan Syawal. So, kira 3 in 1 la buat sekali tambah pulak time tu semua adik beradik berkumpul. Best sangat. Lama jugak dah kami tak berkumpul ramai-ramai sama-sama. 

Sebelum tu, pada malam raya pertama dapatlah kami adik beradik buat bakar-bakar sikit. BBQ la! ahaha! Sebenarnya tak planning betul-betul pun nak berBBQ malam tu plus hujan pulak. Tapi bahan-bahan dah ada, lagipun semua orang ada. Dapatlah makan sama-sama even cuma sederhana. Syukur alhamdulillah!

Layan sikit beberapa keping pics masa majlis birthday boy tempoh hari.

Birthday boy that day. Pity Rayyan. Pakai singlet je raya-raya ni kan.

Rayyan 1 year, Alia 2 years & Nabila 3 years old. Happy birthday sweethearts! Semoga panjang umur, sehat tubuh badan dan sentiasa dilindungiNya selalu. Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah pada kedua orang tua. Insyaallah! Amin!

Sebenarnya akak aku dah planning nak buat kek untuk anak dara beliau dan ada la buat makan-makan laksa sikit. Yang aku ni pulak, tak planning nak buat apa-apa pun untuk Rayyan. Alahai, kesiannya anak bujang tu. Nanti cousins dia dok tiup lilin, dia blur-blur je. (Padahal Rayyan kecik lagi. Memang tak tahu apa pun. hehe) Jadi, pagi tu tergerak hati nak buat kek. Chocs Moist express. ahaha! Buat pun cepat-cepat sementara Rayyan masa tu masih lagi tidur dengan abahnya. Alhamdulillah, selesai adun bakar semua.. Rayyan pun celik mata. Fuh! nasib baik sempat jugak siapkan. Kakak pulak buat cheese cake. Sedap kedua-duanya. huhuuu!

Alahai! pisau potong kek takde. Pakai pisau dapur aje la. hehe! Dari kiri Rayyan, Alia & Nabila. Yang kanan sekali tu Balqis. Anak abang tumpang sekaki nak tiup lilin. Wink!

Mama & Abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Rayyan.

Anak, menantu & cucu-cucu Tok Mah :))

''Alhamdulillah! Allah telah melengkapkan hidupku dengan cukup sempurna dan bahagia"

Walaupun majis adalah sangat simple dan hanya dihadiri oleh anak beranak mak saje, tapi ianya cukup meriah. Meriah sebab dapat berkumpul bersama-sama.. riuh rendah anak buahnya.. dll. Susah betul nak kumpul sama sebab masing-masing duduk jauh. Bila raya sesekali macam ni lah dapat kumpul semua adik beradik. Best! Semoga Allah panjangkan umur supaya kami dapat lagi berkumpul di tahun hadapan. Insyaallah!

No comments:

Post a Comment