Monday, September 24, 2012

Mode: Unwell

Dear diary,

Salam diary kesayangan. Malam ni rasa ada hati nak update belog. Hopefully bila aku taip ni banyak la idea keluar. Kalau tak alamatnye akan masuk dalam draft la. Dimulakan pagi ni aku start cirit birit dan muntah-muntah. Apakah itu? jeng-jeng! Rayyan nak dapat adik lagi ker? Ish tak mungkin kot sebab kami masih lagi 'bercinta' dengan cara berhemat. Al-maklum la, Bersalinkan Rayyan haritu dengan cara operation.. kena la jaga kesihatan jugak kan.. Rayyan dengan abah sabar sikit eh :))

Oklah sambung cerita balik. Sebenarnya sebelum aku kena cirit birit dan muntah-muntah ni.. awal-awal lagi husband dah kena dulu. Lepastu berjangkit kat Rayyan pulak and now harini aku pulak yang kena. Bila pergi jumpa doktor, tiga-tiga reason berlainan. Husband kena gastrik, Rayyan pulak suspek terkena jangkitan rotavirus dan aku pulak food poisoning. Dah lama kami tak sakit, sebab tu Allah uji dengan ujian kecil ni.

Sebenarnya sebelum ni pun husband memang dah pernah kena gastrik. Nak jadi cerita haritu dia makan lewat sikit tengahhari sebab dok tunggu apek pasang lampu dengan kipas baru kat rumah. Padahal pagi-pagi tu husband dah breakfast roti canai bukan main lagi kat rumah mak. Lambat makan sikit jer.. terus perut problem. Kesian husband. Kejap-kejap dia muntah-muntah. Mengalahkan morning sickness pulak. Bila muntah bukan main kuat lagi bunyi uweek nye. Over la. huhu! Then bila dah jumpa doktor and makan ubat, esoknya he's back to normal. Pagi tu siap action angkat berat lagi. hehe! sayang..sayang.. Kalau sakit, monyok je muka. Tapi bila dah sehat macam-macam la akal nye. 

Kisah Rayyan pulak bila awal pagi Sabtu, dia muntah-muntah. Banyak sangat dia muntah sampai basah habis baju tidur dengan cadar katil sekali basah bau muntah dia. Tak sedap perut rasanya tu. Patutlah sepanjang malam, dia tidur aku tengok tak berapa nak best je even still kerap minum susu. After subuh aku tidurkan dia balik sampailah ke pukul 10 dia bangun masih lagi muntah-muntah. Tak boleh jadi ni, tiba-tiba saje Rayyan muntah-muntah. Mesti kena checkup doktor. So dalam pukul 11 lebih gitu terus kami bawak dia pergi Klinik Pakar Kanak-Kanak Kulim (KPKKK). Bila doktor check, cakap Rayyan suspek terkena jangkitan rotavirus. Just suspek sebab banyak lagi tanda-tanda jangkitan takde pada Rayyan. Masa tu memang risau sangat sebab masih tak dapat nak jaga Rayyan dengan baik dan cukup perhatian. Bila ambik ubat, terus bagi Rayyan makan. Doktor siap buatkan surat lagi if Rayyan nampak still tak ok after makan ubat, kami kena refer hospital. Kalau boleh taknak sampai kena admitted to hospital. Kesian Rayyan. Tak sanggup nak tengok dia kena cucuk sana sini masuk air dan sebagainya. So kami lebih concern jaga makan ubat dia kat rumah saje. Cukup time je Rayyan kami bagi makan ubat. Husband lah yang paling caring sekali bila bagi Rayyan makan ubat. Fuh! tegas betul. 24hours kami monitor dia tanpa jemu sampailah dia tertidur dan esoknya nampak Rayyan makin ceria. Dia dah makin kurang muntah-muntah. Tinggal sekarang ni masih lagi cirit-birit. Sebenarnya selain makan ubat, aku kerapkan menyusu Rayyan. Even dia muntah, tapi aku akan sentiasa bagi jugak dia minum. Susu ibu ni kan yang terbaik. Tak payah nak pertikaikan lagi. Selain tu jugak sebagai tambahan kami bagi Rayyan minum Yakult. As recommended by doktor yakult ni baik sebab adanya bakteria baik untuk usus. Kira kasik cuci perut sikit la... dan syukur alhamdulillah, Rayyan kembali normal and kami still bagi Rayyan makan ubat sampailah nampak dia betul-betul sehat. Telatah anak bujang masa kat KPKKK.

Bateri belum cas. Masa ni main usha-usha je budak-budak lain. Konon-konon nak anti sosial. hehe!

Ok dah start bukak kepak. Bateri dah penuh. Ingatkan tak sehat tak leh nak main. But he's still active. Alhamdulillah!

Demam-demam pun sempat lagi nak mengorat amoi sebelah tu. hehe! sayang.. sayang..

Mama Rayyan punya sakit pulak, pagi-pagi tadi lagi aku sakit perut cirit birit muntah-muntah. Fuh! Teringat pulak zaman-zaman morning sickness dulu. Cirit birit pulak tak berenti-renti. Bila kira-kira dari pagi sampai sebelum aku pergi klinik tadi ada la dalam 10 kali aku memulas kat dalam toilet tu. huwaa! Pastu dengan muntahnye lagi. Oh! so unwell! Even after breakfast aku ada makan ubat lebih husband sakit haritu, tapi still tak recover sampai tengahhari. Tak tahan sangat terus husband bawak pergi klinik. Bila bagitau doktor cakap aku muntah-muntah semua siap dia tanya lagi ''are you pregnant?" dengan yakin nye je aku cakap No. Bila dah check doc said aku ni terkena keracunan makanan. Effect dari makan burger brother yang aku pesan dari husband malam semalam la kot. Pheew! Bila dah makan ubat baru lah rasa ok sikit. And now, rasa makin ok lah.. syukur alhamdulillah! Hopefully bangun pagi esok takde sapa lagi rasa sakit-sakit. Malam ni jugak first time kami anak beranak tidur depan tv sebab lepas maghrib tadi kami cuma berlepak golek-golek depan tv je then susukan Rayyan then terus dia terlena. Malas nak angkat dia masuk bilik takut terjaga punya pasal husband cakap tidur sini je lah. huhu! Best jugak. Sejuk je. Tambah pulak cuaca mendung-mendung nak ujan je malam ni. Best! Tarik selimuttt!

Oklah diary, husband ni tadi bukan main lagi excited nak tengok IP Man kat tv. Tak sempat nak habis, dah berdengkur pun. huhu! Ada kelapangan nanti akan diupdate lagi. Bye diary! Good night peeps! Semoga mendapat mimpi indah..




psst: Husband pesan suruh baik cepat-cepat sebab ada orang nak belanja dinner esok. pheew!

No comments:

Post a Comment