Tuesday, September 11, 2012

Rayyan and his first step.

Dear diary,

Pheew, dah lama jugak rasanya tak update perkembangan anak bujang kesayangan tu. Sejak umur dah meningkat setahun dan berstatus si bujang senang ni, tak berapa senang sangatlah aku nak membelanya. hehe! Bukan susah apanye, cuma sejak kebelakangan ni Rayyan makin aktif. Even kadang-kadang tu penat jugak nak mengejarnye.. tapi syukur alhamdulillah, Allah memberikan kesihatan yang baik untuk dia. Syukur!

Kenangan paling manis bila pertama kali dapat melihat Rayyan dah boleh berjalan dengan sendirinya di depan mata. Even husband takde masa tu, tapi hati rasa happy sangat-sangat. Oklah, genap Rayyan setahun 2 minggu, dia dah boleh berjalan. Tak kisahlah dia lambat or cepat berjalan.. yang penting, Rayyan membesar dengan sehat dan cergas. 

Antara detik terindah Rayyan mula-mula belajar nak berjalan is dia dah pandai bangun duduk dengan sendiri kemudian dah pandai bertaktih berjalan dekat sofa, kemudian dah boleh panjat sofa (sofa depan tv rendah je, santai) then dah boleh berjalan sendiri bila dia tolak kerusi, raga etc and finally one day kat rumah mak Selama, masa aku tengah ajar dia main tolak-tolak kerusi.. Rayyan dah boleh lepas tangan sendiri then terus selangkah dua berjalan sendirinya. Hm.. kenangan manis.. Bila kita appreciated dia dengan tepuk tangan dan cakap "wowo.. gud boy" sambil tepuk tangan sambil kiss pipi, bukan main kembang kuncup la Rayyan  berusaha cuba nak berjalan lagi. Lagi dan lagi, dia terus practise berjalan. Tak patah semangat anak aku nih. huhu! Bersyukuuuurrrr! T_____T

Dan sekarang, Rayyan makin yakin untuk berjalan dengan sendiri. Bila nak bergerak, dia dah makin kurang nak merangkak lagi, even nak gerak dekat-dekat pun.. semangat dia angkat buntut bangun nak berjalan. ehehe! Good boy! Hmm.. dah makin besar anak aku rupanya. Cepat betul masa berlalu..

Miss that moment

 "Jatuh dan bangun mematangkan fikiran, mengajar kita erti kehidupan. Jadilah anak yang sempurna pada Allah, mama & abah sayang"

1 comment:

  1. yey..rayyan dh leh bjln..pasni leh la jjln kemana sj temankan mamanya hehehe..sonokkan tgk ank chat dan cergas..alhamdulillah:-)

    ReplyDelete