Wednesday, September 12, 2012

Rayyan dah pandai sebut Allah!

Dear diary,

Bila dah start bercerita pasal Rayyan, nak sambung entry lagi tentang Rayyan Aiman. Rasa macam banyak benar perkembangan dia yang aku terlupa nak update. Yela. Kalau cerita dalam belog ni, ada la kenangan sikit untuk diingatkan eh. Bertuah Rayyan. Apa saja pasal Rayyan akan aku luahkan kat sini. Untuk adik-adik Rayyan nanti tak tahu la sempat ke tidak nak macam ni lagi. hehe! Jom check list!

Sebut Allah
Selain perkataan pertama yang Rayyan dah boleh sebut mamaa dan abaaahh, Syukur alhamdulillah, berkat selalu tengok mama dan abah bersolat.. Rayyan dah makin bijak dan paham kalau kami bagitahu nak bersolat sambil angkat tangan dan sebut Allahhuakbar.. Bila aku solat dan letakkan Rayyan dalam playpen pun, dia dah makin steady. Tak banyak meragam.. Bagus anak mama abah.. Bila kita suruh dia sebut Allahh! dia pun cakap.. Alaaah. Alhamdulillah!

Kenal binatang
Makin banyak perkataan dalam kamus otak anak aku sekarang ni. Rayyan dah kenal ayam, kambing, lembu, cicak, semut. Itu je yang selalu dia nampak kot depan mata kot. hehe! Kalau tanya dia "Rayyan, mana cicak?" mesti dia tunjuk tengok siling. Bila tanya mana ayam or kambing, mesti dia nak jenguk kat tingkap or pintu. Kalau tanya mana semut.. tengok lantai.. huhu! best betul ajar anak ni.. Tak penah rasa jemu..

Makanan kegemaran
Sejak kebelakangan ni, Rayyan suka sangat makan.. makan.. makan.. especially anggur. Hari-hari makan anggur. Aku pulak dapat kulit dengan bijik nye jer. huhu.. Stok sentiasa kena ada sebab tengok dia suka sangat makan. Dia pun dah kenal sangat rupa anggur tu macam mana. Kalau nampak mesti cakap "maaammm" mean nak makan la tu. huhu! Ada satu hari tu, aku pergi MR.D.I.Y nampak la buah-buah plastik hiasan.. ada pulak buah anggur.. terus dia tunjuk sebut maaamm. Ada makcik lalu sebelah pun senyum je tengok telatah Rayyan. Atooi! Terpaksalah explain itu ini.. Budak semakin nak paham. Apa-apa, kita kena selalu sembang and bagitahu dia itu ini.. Barulah otak berkembang.

Sangat manja
Rayyan ni kan, bila abah takde bukan main manja lagi dengan aku. Bila baring, cepat-cepat dia nak naik atas badan pastu bila aku cakap, "Rayyan.. nak kiss" sambil tunjuk pipi.. Cepat-cepat dia bagi mulut cium pipi. Alahai.. sayangggggnyer dia. Bila tengok mama dengan abah start nak bercinta pun, Rayyan sibuk-sibuk jugak nak join. ahahah!

Rayyan & alarm
Ada satu lagi yang aku agak-agak herans jugak la bila tiap kali Rayyan tidur siang, jarang dia nak tidur lama. Paling lama 2 jam lebih gitu. Selalunya, bila tidur siang Rayyan akan amik masa 1 jam je. Kalau pukul 12 tido, pukul 1 bangun. Kalau 3.30 tido, pukul 4.30 dia bangun. Mesti dalam lingkungan satu jam saje. Alahai, Rayyan kunci jam eh. Mana sorok jam tu....? huhu.. sayang..sayang..

Rayyan day out

Macam biasalah, setakat ni yang tu aje yang aku ingat. Kalau ada lagi perkembangan Rayyan, akan sentiasa diupdate dari masa ke semasa. hehe! Oh yea! Esok husband balik. Oyeah! Tak sabar rasa nak tunggu hari esok. Harap perjalanan beliau selamat dan baik-baik saja hendaknya. Dari hari isnin lagi husband call cakap tak sabar nak balik. Siap highlight lagi suruh pakai baju yang dia beli untuk malam jumaat nanti. eceeee! 

T___________T

No comments:

Post a Comment