Saturday, September 8, 2012

Resipi : Baked Rice Triple Cheese

Dear diary,

Seperti entry sebelum ni aku ada buat satu resipi yang cukup best untuk my lovely husband. Sekarang ni baru ada masa nak update resipi kat sini. Senang sikit bila dah update dalam belog. Resipi tak hilang. Biasalah aku ni kalau google-google resipi or salin resipi selalu sangat hilang. Dengan adanya belog ni, dapatlah aku simpan kat sini selain dapat kongsi resipi dengan blogger yang lain jugak. Actually, resipi ni aku dan husband adjust-adjust sendiri ikut citarasa anak tekak kami. Alhamdulillah, cubaan pertama buat baked rice ni menjadi. Husband suka sangat-sangat. Next time bolehlah buat lagi. Kuantiti bahan-bahan mengikut kesesuaian berapa orang yang nak makan ok..

Bahan-bahan:

1 pot beras (Makan untuk 2-3 orang)
Butter / Mentega 
1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih untuk menumis (Potong dadu)
1 keping Fillet chicken (Potong nipis)
3 Jenis cheese (Cheddar cheese, Mozarella cheese dan Chesdale chesse)
1/2 biji Capsicum hijau
1 biji bawang hollad
Garam, pepper dan secukup rasa.
Instant sup cendawan meggie.
Hotdog
Parsley sebagai hiasan.

Cara-cara:

1) Basuh beras dan masak seperti biasa di dalam rice cooker.
2) Tunggu hingga air nasi kering, kemudian masukkan sedikit mozarella cheese dan gaul bersama. Ketepikan.
3) Dalam bekas lain, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Pastikan tumis dengan butter or mentega sebab rasanya lebih sedap. Kemudian masukkan fillet chicken (isi ayam) dan bahan perasa. Masak hingga isi ayam tu betul-betul masak.
4) Bolehlah masukkan nasi yang dah dimasak bersama cheese tadi. (Masak macam kauorang buat nasik goreng tu)
5) Bila nasi yang digoreng tadi masak bolehlah dimasukkan dalam mangkuk.


6) Kemudian masak instant sup cendawan. Boleh rujuk belakang plastik cara untuk memasak. Bila sup dah masak, tuangkan di atas nasi tadi. Kemudian bolehlah di hias dengan bawang hollad, capsicum dan hotdog yang siap digoreng seperti gambar di atas.
7) Akhir sekali taburkan 3 jenis cheese. Kalau korang nak pakai salah satu cheese pun boleh. Tapi resipi kali ni aku buat triple cheese sekali sebab nak habiskan stok cheese dalam freezer.
8) Bakar seketika di dalam oven hingga cheese melt dan bolehlah dihidangkan.

Dan inilah hasilnya. Nyum-nyumm....

SELAMAT MENCUBA! :))

No comments:

Post a Comment