Thursday, September 27, 2012

Resipi : Cheese Meatballs Carbonara (Inspired by Pizza Hut)

Dear diary,

Harini rice cooker kat rumah masih lagi tak berasap. Huhu! Dah lama rasanya tak masak nasik. Tambah pulak sejak husband ada kat rumah, perut mengada-ngadalah mintak itu ini makan kat luar. Even perut aku ni satu hari kalau tak jumpa nasik memang tak sah. Selalunya aku kalau masak memang suka buat yang simple-simple jer tapi yang penting ia haruslah menjadi kesukaan si husband tercinta. Alhamdulillah, apa yang aku masak semuanya dia bedal. Bertambah kembang kuncup bila setiap kali hidangkan untuk dia, mesti akan dapat pujian dari beliau. heheh! itu yang makin semangat nak memasak tu.. and hari ni bila masuk je waktu tengah hari mesti soalan yang sama keluar. "abang nak makan apa tengahhari ni?" "yang buat meatballs carbonara ok?" Terus senyum lebar tanda sokong. Pheeww! husband aku ni, kalau makanan yang berkait dengan cheese bagai ni memang la tak pernah tolak. Tu pasal makin hari perut dok maju ke depan je tu. huuhuhu! Yang aku pulak memang peminat tegar meatball carbonara bila makan kat Pizza Hut. Kalau dah order pizza mesti nak meatball juga. hehee! Jom kita terjah meatballs carbonara yang aku buat siang tadi. Simple sangat and for sure, orang malas pun mesti akan rajin nak cuba punya. Resipi senang, makan pun best. Sape yang taknak buat kan? Hanya dengan beberapa step saje, hidangan siap. hehe!

Bahan-bahan:
-12 biji Meatballs (Aku suka brand Ramly. Sedap. Kuantiti ikut citarasa masing-masing yer. Yang aku buat ni makan untuk 2 orang)
-1/2 tin Prego Carbonara Mushroom
-Bawang holland
-Capsicum hijau
-Mozarella cheese
-Blackpepper dan serbuk perasa

Cara-cara:

Step 1:  Panaskan minyak. Kemudian goreng meatballs hingga masak. Bila meatballs dah masak, masukkan sekali bawang holland dan jugak capsicum. Goreng sekejap je biar bawang layu sikit. Dah siap boleh tolak tepi.

Step 2: Dalam bekas lain, panaskan prego carbonara sos. Kalau pekat boleh tambah susu sikit. Sebagai perasa tambahan aku masukkan blackpepper, secubit garam dan juga rosemary. Kalau takde rosemary kat rumah, tak payah letak pun takpe. Menu ni masih lagi dapat nama cheese meatballs carbonara. hehe!

Step 3: Dah siap bolehlah susun meatballs kat bawah, lepastu tuang prego carbonara sos then susun bawang dan capsicum tadi cantik-cantik dalam bekas. Kat rumah takde mangkuk cantik macam kat Pizza tu, jadi aku belasah je pakai loyang kek untuk bake nanti.

Step 4: Sebelum bakar dalam oven, sila taburkan cheese mengikut citarasa masing-masing. Kalau yang hantu cheese tu, bolehlah taruk lebih. Bakar sekejap je sampai cheese melted. Kemudian bolehlah dihidangkan panas-panas bersama secawan neskefe panas di waktu tengahhari yang sejuk kehujanan. Nikmat! Kalau nak lagi kenyang, sila makan bersama dengan roti gardenia. Terbaaaikkk!



SELAMAT MENCUBA :))

1 comment: