Tuesday, October 9, 2012

13 Bulan Permata hatiku!

Dear diary,

Seronoknya malam ni sebab husband call dan dapat sembang dengan sepuas sepuasnya. Sampai dah takde modal nak report untuk hari ni. ehehe! Kalau tidak selalunya bila husband call and Rayyan masih tak tido lagi.. haruslah bos kecik tu yang paling sibuk sekali nak pegang phone. Pegang saja. Bila suruh cakap, muncung je lebih. huhu! sayang.. sayang.. Tadi, end up call dengan husband pesan jangan lupa makan ubat. Yes bos! and now, aku dah siap makan ubat pun. Dah dua tiga hari batuk tak lega-lega lagi. Hopefully after makan ubat ni akan baik soon. Insyaallah! 

Rayyan Aiman pun dah tidur nyenyak. So sekarang baru ada kesempatan nak blogwalking, facebooking etc. Kalau semalam terpaksa tidur awal sebab tiba-tiba dari petang rasa sakit kepala. Apalah yang aku pikir banyak sangat semalam. Pheew! Nasib baik jugak Rayyan pun sama. Baik je dia ikut mama tidur sekali. Thanks sayang sebab tak banyak kerenah.

Oklah mulanya niat awal entry tadi nak update pasal Rayyan Aiman tapi terpanjang pulak introduction nye. hehe!. Dah lama tak update banyak-banyak pasal dia kan. Apa yang aku luahkan kat sini adalah lahir dari hati yang ikhlas sebagai seorang ibu. Syukur alhamdulillah, mempunyai anak bernama Rayyan Aiman adalah suatu yang amat bermakna. Lebih-lebih lagi, aku sangat bersyukur sebab dapat jaga dia 24/7 tanpa jemu. Setiap masa aku akan sentiasa bersamanya. 

Setiap detik membesarkan anak di depan mata adalah suatu pengalaman yang cukup indah. Daripada Rayyan dah pandai melangkah setapak demi setapak, sekarang ni dia dalam proses untuk bercakap pulak. Apa yang kita cakap, apa yang kita buat.. memang mudah sangat dia nak ikut. Alhamdulillah, berkat dari doa dan amalan-amalan baik yang selalu kami tunjukkan pada dia. Sapa cakap jaga anak ni membebankan? Janganlah kita sesekali merungut bila menjaga anak sebab anak ni kan anugerah dari Allah. Jagalah dia, peliharalah dia, didiklah dia dengan betul dan sebaik-baiknya. Insyaallah Allah akan permudahkan segala urusan kita. Amin!

Tadi, Rayyan buat hati mama betul-betul tersentuh. Waktu maghrib, as usual aku akan tukar channel oasis sebab slot indahnya iman ada banyak zikir-zikir yang baik untuk diamalkan. Bila time azan jer kat tv, Rayyan terus sebut 'Alahhh' sambil dua-dua tangan letak kat telinga. Subhanallah. Sangat terharu. Kalau sebelum ni dia just pandai sebut Allah and now dia dah tahu macam mana nak bersolat. Minda anak kecil ni tersangatlah suci lagi murni.. sebab tu apa yang dia tengok, apa yang dia dengar, apa yang dia rasa mudah sangat masuk kat akal fikiran. Jadi, please ida.. jangan ajar or cakap yang bukan-bukan depan anak ok! (Peringatan untuk diri sendiri)

Rayyan & ubat batuk cap ibu dan anak.

Makin hari makin banyak perkembangan dia yang aku boleh tengok. Dia pun dah mula nak kenal binatang, kenal kartun yang dia suka, suka main bola, suka tengok buku-buku pastu cakap A.... dan macammmm macam lagiiii.. ehehe! Excited sebab anak dah nak mula bercakap. Apa yang kita sebut sedaya upaya dia akan cuba ikut jugak even bunyi agak over sikit. huhu! Macam tadi, Rayyan dapat satu lagi perkataan iaitu 'duck'. Yeah! harini Rayyan dah boleh says duck. Itu pun sebab dia dok belek-belek gambar itik kat towel mandi dia then terus aku sebut duck and automatically dia pun sebut duuuck! dengan overnya sambil tersengih-sengeh. huhu!! Good job sayang! Sekarang ni aku banyak ajar dia perkataan yang senang dia nak ingat contoh Rayyan dah boleh sebut Nak, Mamamm, Ayaq (air), mamaaa, abahhh, owaa (bola), duck, awaa (lawa) dan ada lagi satu dua perkataan yang aku lupa. huhu. Apa-apapun, memang best jadi cikgu besar pada anak ni.. Macam-macam subject boleh kita ajar.. Bela anak, setahun dah boleh bercakap. Kalau bela anak kucing.. setahun boleh buat apa eh..

T___T


psst: Tak sabar tunggu husband balik Khamis ni. Banyak aktiviti dah plan..

No comments:

Post a Comment