Sunday, October 21, 2012

Hari yang meriangkan! Kulim-Genting-Kemaman

Dear diary,

Salam diary kesayangan. Rasa macam dah lama sangat waktu pagi ni. Ingatkan dah nak pukul 10, then bila tengok jam baru pukul 9. huhu! Tu yang best kalau bangun awal. Rasa banyak sangat masa yang boleh dimanfaatkan. Rasa dah banyak benda kita buat, tapi bila tengok jam.. waktu masih lagi awal. Best! Harini bangun pagi kami dah ada kat Kemaman and now husband pun dah keluar untuk training kat tempat kerja dia. Kali ni dua hari beliau berkursus kat Kemaman ni. Apa lagi... dah takde keja. Nak sangatlah aku ikut buntut husband mana saja dia pegi. hehe.. Hm, Penat seharian on the way dari Kulim ke sini semalam. Pheew, penat buntut. Kalau dulu, bila balik kampung then nak balik KL rasa jauh sangat. Tapi sekarang ni tak lagi. Dari hometown nak ke KL kejap je perjalanan sebab kami dah biasa dengan long distance ulang alik dari Kulim ke Terengganu. Rayyan pun best sangat sebab dia adalah seorang anak bujang yang paling cool di abad ini. ehehe! puji sendiri. Dalam kereta tak banyak meragam. Time main, dia main puas-puas dalam keta. Time nak susu, pandai je dia menyelak sendiri baju mama dia then kalau nak tido pun.. aku sumbat susu.. tepuk-tepuk sikit terus terlena. Dah besar anak bujang aku tu. Penuh satu riba bila aku ribakan dia. Sayang Rayyan ketat-ketat :))

Oklah, bila ada waktu terluang ni bolehlah nak update belog. Kali ni berjaya jugak sampai Terengganu sebelum hari gelap kalau tak sebelum ni asyik-asyik sampai dah maghrib. Lecehnye. Lagipun sebelum ni kalau ada training, husband kena stay kat Paka, Kerteh.. perjalanan bertambah lagi la beberapa kilo. Tapi kali ni just kat Kemaman, so dekat la sikit. Memang dari awal lagi kami plaining nak gerak awal dari rumah. Selalunya kalau kami plaining nak gerak awal lepas subuh.. pukul 8 or dekat pukul 9 jugak la baru kami terhegeh-hegeh keluar dari rumah. huhu! Planning selalu lari. Itu yang asyik sampai lewat tu. Tapi kali ni memang tekad nak gerak awal. Awal sangat tu takde la. At least pukul 7 tu kami dah on the way. Itu dah kira orait la tu dengan status beranak kecik cemgini kan. hehe.. Banyak benda & preparation nak kena buat.

So, baju-baju semua aku siap masuk dalam beg malam tu lagi. Charge laptop, henset, tab, camera siap-siap. Then pagi tu tinggal minor preparation saje. Rayyan pun bangun awal selalu. Even selalunya time kami subuh, dia pun nak bersubuh sama. Tapi pagi tu.. Rayyan macam nak lewat jugak bangun. So terpaksalah aku kejutkan jugak dia. Bila gosok-gosok mata, cuci muka dia sikit.. terus kami gerak. Husband cakap nak bagi mandi Rayyan kat R&R je. Pepagi air sejuk oo. Kesian pulak kat dia nak mandi awal.

Dalam kereta, aku bagi dia study ABC. Dah penat hapal A A A, terus menguap bos kecik ni. eheh! Bagi susu, tepuk amai-amai sikit then terus terlena balik budak ucuk acam ni. ehehe!

Bila dah kat highway tu, husband rasa mengantuk pulak. aiseh! Dah mengantuk tapi buat alasan sebab makan roti. pheeww! Takpelah, aku tidurkan Rayyan dulu. Then berenti kat R&R aku tidurkan husband pulak. ehehe! Tak la. Aku bagi husband tidur. Aku je yang drive. Gian sama sebab dah lama tak speed kat highway. ehehe! So dapatlah cik laki berdengkur beberapa minit kat sebelah.. Bila berenti kat R&R sebab nak tukar shif, buang apa yang patut, etc.. Rayyan pun jaga. Terus husband mandikan beliau. Okey! time tu barulah boleh kiss Rayyan puas-puas sebab dah wangi. eheheh! Budak kecik ni, lagi bau masam.. yang tu la kita nak gomoi sangat kan.. :)) Everything dah setel. Perjalanan diteruskan. Oh! kali ni kami dah tak masuk KL. Dari plus highway kami exit Tanjung Malim then menuju ke Batang Kali then naik Genting jap then terus masuk Karak highway. Memang jimat sebab short cut banyak kilo dah kat situ.

Before naik Genting, harus perut diisi dengan sesuatu. ehehe! Aku ni macam biasalah. Tengahhari wajib mintak nasik. Sambil drive sambil survey mana tempat makan sempoi. Alih-alih jumpa satu kedai makan tu tepi jalan. Ingatkan orait je, tapi bila aku mintak nasik goreng ayam. Dia bagi nasik lemak yang digorengnye.  Mintak ayam goreng bahagian dada, dibaginya bahagian kepak sebab dah habis. hampeh betul! Dalam pada tak sedap tu tapi habis licin jugak la sebab lapar. hihi T__T. Husband pulak time tu makan mee rebus je sebab nak simpan perut nak makan nasik kukus bila sampai Kemaman nanti. Rasa.. Not bad.. Then bila dah kenyang, baru senang hati nak panjat bukit. Dalam pukul 1 tengahhari kami pun sampai ke Genting Highland.  Jalan-jalan, cuci mata, tangkap gambar (as usual la mama Rayyan ni. heheh) etc. Dalam pukul 3++ gitu baru kami turun teruskan perjalanan. Sebelum tu, kami buat jamak siap-siap kat R&R. Senang sikit takde la rushing sangat kalau sampai dah lewat petang kan.

Dah sampai atas, Rayyan terlena untuk kali ke2. Penat sangat la tu dalam keta sampaikan abah angkat letak dalam stroller pun dia tak sedar.

Bila Rayyan tidur.. mama pun apa lagi. start posing la. hehe!

Boyfriends.

Aik.. tido lagi bos kecik ni :)) Even bising bagai kat sana, tapi letih plus mengantuk punya pasal.. "Aiman tak kisah"

Bila kami turun kat bawah pun Rayyan Aiman masih lagi dengan dunia dia. Ala sayang.. tak best la camni. Mama nak tangkap gambar ayen banyak-banyak. huhu!

and finally berjaya jugak bangun anak bujang ni setelah beberapa minit kami usik-usik sikit beliau. ehehe! Nasib baik tak mengamuk tak cukup tido. Eh! tak cukup tido apenye kan.. Ok lah tu. hehe! Muuuahhh! sayang Rayyan sangat-sangat!

Olololo.. muka blur je kan. Mesti dok pikir kat mana pulak mama dengan abah bawak aku neh. huhu! Sekali bukak mata, ramai betul orang keliling. Pheew! Naik Genting time weekend memangla... Actually, kami takde beli tiket main apa-apa pun memandangkan kami just transit kejap je kat situ sambil-sambil bawak Rayyan jalan-jalan.

Genting Highlands

Syoknye dia tengok lampu-lampu atas bawah kiri kanan. Mulut tak habis dok muncung sambil tunjuk itu ini. ahaha! Kelakar la ayen ni. Rayyan happy.. mama dengan abah senang hati :)) Puas sangat sebab dapat tangkap gambar Rayyan Aiman banyak-banyak. Menggeleng kepala abah Rayyan. hu!

Susah betul nak dapat pose Rayyan macam ni. Dalam banyak-banyak gambar yang ni je kot dia tersenyum lebar. Itupun sebab abah dok acah-acah sambil tangkap gambar.

Sampai Kemaman dalam jam 5petang. Terus meronda nak cari satar. huhu! Semenjak dua menjak ni bila sampai Terengganu memang tak tinggal lagi cari satar, nasik kukus etc. Addicted sungguh dah ni. hihi! Lepas makan satar terus cari nasik kukus pulak. Bila nasik dah masuk mulut, pheew! lega.... :)) Dah siap makan semua, terus gerak ke hotel terus. Badan pun dah penat sangat. Kali ni, tempat training husband betul-betul kat Kemaman. So company beliau provided hotel pun dekat-dekat area situ jugak. Kali ni check in di Pok Eng Ting (Macam kelakar je nama hotel ni kan. First time dengar memang gelak tak hingat.huhu!) Apa-apapun, not bad la hotel ni even comel-comel je bilik dia. Kata husband it's ok yang penting, hotel baru, bersih, ada LCD and wifi. heheh! After mandi, solat, siapkan Rayyan everything.. time tu beristirehat sambil menonton bola final semalam.. then, lepas tengok bola.. husband ajak main bola pulak. ahahah! Biasalah.. bila kat hotel ni, mood lain sikit eh.. blurp! T__T. Bye for now diary!


psst: Post tersangkut gara-gara kebizian. Dari pagi taip, malam sambung update lain. ehehe!

3 comments:

  1. wah sonoknya ke genting & terengganu lagik...rayyan tdo lena sguh..letih bjalan ehh hehe,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah la ana. penat seharian dalam kereta. time tido dia tido betul.. tapi kalau dia berjaga.. huwaa! takleh duk diam seminit. ada je nak dicapainye. hehe!

      Delete
  2. yer la kn..seharian lam keta,penat sguh la hehehe...ida dok kat kulim ke?gitula bdk2 kan..sama lah ngn ank2 ana pon bkn reti duk dediam lama2 ckit hehehhe...ade jek keje nyer....

    ReplyDelete