Saturday, October 6, 2012

Resipi : Mee Sup 'Wak Yem Style'

Dear diary,

Sebenarnya, ini adalah salah satu makanan kegemaran aku bila tiap kali balik kampung rumah Wak (orang jawa katakan. hehe!). Sejak dari kecik lagi bila balik kampung kat Kuala Selangor, mesti teringat nak makan mee sup yang Wak buat. Tambah pulak mak saudara aku ni bukak kedai makan. Bila mintak Wak buatkan mee sup, haruslah mintak kombo set dengan air segelas. hehe! Wak tak pernah berkira soal makan. Sebab tu kami sayanggg sangat dengan dia. Sangatlah baik hatinye. heheh! Memandangkan aku ni suka makan mee sup yang wak buat, haruslah belajar buat sendiri kan. Nak nak pulak first time buat menjadi, memang best lah kan. Then bila dah kawin, aku kenalkan menu ni kat husband pulak. Wallahh! husband suka sangat mee sup yang aku buat. Menepati citarasa katanya even jawa style. ahaha! Jowo pun jowo la janji rock! gheeehhehe! Oklah meh sini aku share satu resipi yang super simple. Dalam masa 10-15 minit dah boleh makan.. As usual, kuantiti resipi ni korang boleh buat ikut kesesuaian masing-masing. Macam aku, makan berdua laki bini.. so kuantiti adalah seperti di bawah.

Bahan-bahan:

2 genggam Mee Kuning
Udang / Sotong / ayam 
2 biji telur
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Sayur sawi
Daun sup
Lada sulah
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan udang / sotong / ayam.
2. Bila kesemua hampir masak, masukkan air panas untuk dijadikan sup. Sukat ikut kesesuaian. 
3. Kemudian masukkan mee kuning yang dah dibasuh tadi, telur dan juga serbuk perasa. Kalau nak lebih pedas, boleh tambah cili padi. Kalau aku, cukup dengan lebihkan lada sulah saja.
4. Lastly bolehlah masukkan sayur dan terus padamkan api. Jangan bagi sayur layu sangat. Tak fresh. Siap! senang je kan.. SELAMAT MENCUBA :))

erm! soooo nyum nyum! suami isteri berlawan makan dalam wok. oh! sangat hebat!

No comments:

Post a Comment