Wednesday, October 24, 2012

Resipi : Puding Jagung Untuk Si Manja

Dear diary,

Bila dikira-kira aku ni boleh diklasifikasikan sebagai orang yang suka makan puding rupanya even aku ni sebenarnya jenis tak suka makan benda-benda lembik contoh ayam masak stim ker.. kuih-kuih lembut ker etc. Tapi bila bab puding, tak rasa jemu pulak. ehehe! So satu haritu, masa shopping barang dapur kat Tesco bertekad nak cari bahan-bahan untuk buat puding. Actually, semua bahan dah ada kat rumah cuma nak cari jagung je. ehehe! Beriya benar cari sampai ke tesco. So sambil-sambil buat untuk makan sendiri, aku buatkan untuk Rayyan jugak. Untuk Rayyan macam biasa la special edition sikit. Kena touch-up comel-comel punya nak bagi dia makan.. Jom tengok resipi mudah ni. Simple sangat dan yang penting sungguh sedap. huhu!

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu cair
Secubit garam

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan di atas ke dalam periuk.
2. Kacau bahan tadi sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana sehingga sebati.
3. Angkat dan sejukkan di atas loyang.

Cute puding bear for my little boy Y__Y



SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment