Friday, October 26, 2012

Salam AidilAdha

Dear diary,

Tak terlewat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam. Tahun ni, alhamdulillah dapatlah jugak aku beraya dengan famili even hari raya haji ni kat sini taklah semeriah hari raya aidilfitri. Macam tahu lepas, aku beraya kat KL je without husband and family. Sob-sob. Sedih eh! Tapi bestnye raya tahun ni dapat makan ketupat, nasik impit, rendang dan macam-macam lagi with my love. Oh yeah! Best part when hari raya right ? Y__Y

Actually, pagi raya aku masih lagi kat rumah mak mertua sekarang ni. Kejap lagi nak pegi umah Tok, beraya kat sana and then insyaallah after solat jumaat nanti barulah kami 3 beranak balik Selama. Husband pulak sepatutnya dia dah kena naik job Khamis ni, tapi sebab nak sambut raya punya pasal.. dapatlah dia ambik cuti lagi 2 hari. So, hari Sabtu ni baru balik Kerteh. After pening kepala 2 3 hari dok pikir.. akhirnya husband buat keputusan mengizinkan aku follow my mom balik Klang. Yeeah! Dah lama gila tak balik sana seingat aku last balik sana masa wedding my cousin. Masa tu, Rayyan Aiman baru 3 bulan dalam perut. Now. dah setahun lebih dah pun bujang senang tu. ehehe! Mesti Wak (Mak saudara) rindu benar nak tengok anak aku. ehehe! (Mak aku la slalu dok cerita)

Insyaallah, husband plan nak gerak balik kampung Klang nanti lepas Isyak sekali. Then, awal pagi Sabtu baru husband on the way balik Kerteh. Nasib baik jugak husband check-in tengahhari. So sempatlah kot. Sekali lagi perjalanan jauh harus ditempuh oleh Rayyan Aiman dan kami berdua. ehehe! Hope tak banyak sangat la meragamnye malam ni. Oklah semua orang dok kalut bersiap nak pegi umah tok dah ni. Apa-apapun, my blog akan sunyi selama 2 minggu sebab tuan tanah nak balik kampung. Kat kampung takde wifi. ehehe.. Doakan perjalanan pergi balik kami selamat sampai. Insyaallah, amin!




1 comment: