Tuesday, October 9, 2012

Seharian di Jusco!

Dear diary,

Sejak-sejak Rayyan dah boleh berjalan ni kan, seronok betul bila bawak dia keluar jalan-jalan. Oh! action la dia. Dah taknak didukung lagi dah. Tak macho eh? eheh! Bila kami lepas bagi dia jalan sendiri, bukan main seronok lagi bos kecik tu. Bahagia sesangattt la tu dah dapat kaki boleh berjalan. Haritu, aku dan husband ada bawak Rayyan jenjalan tawaf Jusco. Dah lama jugak Rayyan tak main-main kat situ. Sebenarnya aku yang dah ketagih benar nak ke situ, boleh usha-usha tizard kot ada stok baru tapi bagi alasan kat husband cakap nak bawak Rayyan jalan-jalan. Ok! baik! Rayyan dapat nama. Time kasih ayen! Muaah! heheh.. Oklay layan gambar je la..

Husband ni pantang sungguh tengok kedai kek. Tak dapat 1kg, sepotong pun jadi lah buat lepas gian. hehe! Rayyan dengan bangganya pusing satu meja sambil mintak mamammm.

Ok Rayyan! Time to play! huhu! budak-budak sekarang ni nak main pun kaki dah tak pijak tanah kan..

Pandai propa la budak ni. Buat malu-malu kucheng pulak dia. hehe! Mula-mula je tu... belun naik tocang.

Kan dah cakap, malu kejap je tu. Semua benda dia nak explore. Biar otak sentiasa berfikir. Tahniah sayang!

Bila tengok Rayyan sorang je yang excited, tak boleh jadi. Abahnye pun naik tocang sama lompat atas kereta. iYeye jer Rayyan nak tolak kereta untuk abah tu. ehehe!

Tak senang duduk dibuatnye bila kena dukung. huhu! Rugi katanya sebab kat rumah takde semua tu. Wink!

Dua-dua excited!

Ok dah puas main kat bawah, naik tingkat atas nampak motor ni pulak. Terus abah dengan over turun ilmu kat anak bujang. Haish! tak suka sangat lah nak ajar Rayyan main game token siling bagai ni. Kang bila dia dah syok and pandai mintak nak main nanti, jenuh jugak nak melayan kot..

Dah penat bermain dan shopping, now time to lunch hour. Rayyan mintak nak makan mcd. Owwwh! Rayyan lagi dapat nama. Terima kasih Rayyan Aiman! ehehe!



psst: Entry yang dah lama terperam. Entry without ending :))

2 comments: