Wednesday, October 10, 2012

Si penghibur hati..

Dear diary,

As usual, waktu-waktu macam ni Rayyan Aiman dah nyenyak tidur. Sebenarnya belum masuk isyak lagi tadi dia dah merengek nak susu nak tido. Yes! aku apa lagi. Laju je ajak bos kecik tu masuk bilik. Bagi susu, tepuk-tepuk sikit then terus terlena. Senangnye dia tido. ehehe! Malam ni mama boleh tengok masterchef puas sikit. Macam semalam, dia dah tau-tau je kalau ada iklan or dah start lagu masterchef kat tv, mesti dia pandang aku and buat joget-joget kat depan. huhu! sayang.. sayang. Bila mama tak layan dia, tunjuk protes buat bising.. macam-macam bunyi keluar.. "dadadadaaa" "nyanyoooo" "ooowwhhh" and manymore. hehe! Kesian Rayyan. Tunggu mama layan dia bila time iklan sajo. Pheeww! Now dia dah tidur baru rasa rinduuuuu nak peluk cium main golek dengan dia puas-puas.

Oh! harini aktiviti sebagai seorang suri rumah biasa-biasa saje. Bangun subuh then terus bertekad taknak bermalasan atas katil lagi dah. (Kalau husband ada, lepas subuh mesti nak bergolek depan tv pulak sambil tengok tanyalah ustaz). Tutup semua suis lampu, bukak sliding door, bukak pintu dapur tengok ada sebijik dua pinggan makan semalam belum dicuci. eheh! Basuh-basuh pinggan sikit then terus decide nak buat bubur  untuk breakfast. Bubur nasik. Aku boleh makan, Rayyan pun boleh join sekali. 2 in 1. After masak, tengok kain baju kotor dalam raga dah nak penuh. Terus laundry. Bila dah siap semua, Rayyan pun bukak mata. Alhamdulillah, sekarang ni tak susah hati sangat kalau nak tinggal dia sensorang tidur atas katil. Kalau dia terjaga pun, dia akan duduk dulu atas katil then buat bunyi siren. hehee! (Itu abahnye yang ajar. Kononnye suruh panggil mamaaaaa) Selalunya, bila dia bangun tidur, mata mesti dok stim nak pejam-pejam lagi. Tapi nak bangun jugak tak kira. huhu! Harini dia bangun awal la jugak. Belum pukul 8 dah bangun. Mak ai. Dia paham kot aku sembang dengan husband semalam cakap nak pegi tesco pagi ni if Rayyan bangun awal. Tut tut.. awal sungguh dia bangun harini. heheh!

Sebelum mandi, aku suapkan dia bubur nasik dulu buat lapik perut sebelum minum susu. Banyak jugak dia makan. Ada carrot, ada isi ayam. Suka la tu.. hopefully digest baik-baik saje dia esok. After makan terus mandikan Rayyan. yeah! sekarang ni kalau mandi dah pakai paip kat dalam toilet je. Senang.. Kadang-kadang je mandikan dia dalam tab. Hm.. dah siap semua apa lagi, time to shopping barang dapur. Banyak barang dapur dah takde. Nanti husband balik tak syok pulak takde stok makanan dalam peti ais. ehehe! husband takde, Rayyan jadi bodyguard yehhh.

Bila dah puas membeli, Rayyan dah tak sabar-sabar nak tidur. Masa on the way balik pun tengok mata dah stim. Kuyu benar aku tengok. ehehe! comel jer. Aku sembang dengan dia pun buat tak tau jer. Berangan sambil tengok luar tingkat. Berangan ke lali tu sayang? huhu! Terpaksalah buat hegeh-hegeh main-main dengan dia sambil drive sebab nak bagi dia respone. Tujuannye taknak bagi dia tertidur dalam kereta sebab bila dah nap sekejap tu, then bila sampai rumah confirm dia dah taknak tidur. Susah sikit lah nak bertongtang kat dapur nanti. Nasib baik idea menjadi. Bila sampai rumah, angkat barang semua masuk dalam then terus tukar pampers, bagi susu then tidurkan beliau. Lena jugak akhirnya.. Bila dah lena, bolehlah masak dengan tenang sikit kat dapur. Harini, terasa nak makan tomyam udang. yeah! Dengan pantasnye dapat siapkan. Makan pulak panas-panas. pheew! Untuk Rayyan, malas nak masak menu lain. Aku cuma asingkan kuah tomyam untuk dia yang tak pedas, kurang masam, kurang masin..

Asyik makan anggur jer bos kecik ni tau la favourite. Then tadi aku bagi dia makan pisang dengan buah naga pulak. Yang buah naga tu aiseh, tersalah beli yang kaler putih pulak. Aku prefer yang kaler pink lagi sebab lebih manis. Nasib baik beli dua bijik je. ehehe! Dragonfruit ni memang my fav tambah pulak masa aku mengandungkan Rayyan dulu. Selalu sangat nak makan buah tu. Nasib baik Rayyan keluar muka tak pink. ehehe!

Budak usuk asam baru bangun tidur. Terus hadap pinggan beliau then speechless tak tahu nak amik yang mana satu. ahaha! Kan dah cakap. Kalau amik dragonfruit ikut mama.. amik pisang ikut abah (pisang memang fav husband pun.hihi) and kalau amik anggur.. itu memanglah kegemaran Rayyan Aiman. Finally 1st buah yang dia capai is pisang. pheeew! geng abah sungguh la budak neh 
T__T

Siang tadi, lama jugak Rayyan terlena kalau tak sejam sejam je tidur then dah bangun. Sempat jugak la aku buat mee goreng pulak sebab planning nak pegi umah mak mertua yang dekat cinonet tu. ehehe! Bila Rayyan bangun, semua dah ready. Bagi dia makan sikit then terus pergi umah mak. Lepak-lepak jap kat sana dalam pukul 6 kitorang balik. Masa solat maghrib, macam biasa bos kecik tu akan mundar mandir masuk keluar bilik konon macam nak solat jugak la tu. Bila aku bentangkan sejadah, dia awal-awal lagi dah bersila kat situ dan apa yang bestnye harini, Rayyan dah boleh ajuk cara kita nak bersujud. Bila dia dah duduk kat sejadah, terus buat-buat tunduk cium sejadah. Alhamdulillah! sejuk hati mama sayang. Jadi anak yang soleh satu hari nanti tau :))

Em.. esok dah hari Khamis kan.. yes! husband balik! Makanya esok masa untuk diam-diam kat rumah sambil mengemas apa yang patut. ehehe! Selalunya time husband nak balik, hujung-hujung baru aku akan mop lantai kemas everything. So takdelah nak mop lantai hari-hari kan..wink! 



psst: Bila abah nak balik selalu ajar Rayyan doa supaya abah selamat sampai rumah. Amin!

1 comment:

  1. alolooo,sonok tgk pkembangan anak2 kan..
    suka tgk bdk2 suka makan:-)

    ReplyDelete