Sunday, November 25, 2012

Happy 2nd Anniversary in Advanced!

Terima kasih sayang kerana sudi melengkapkan hidup ini seindah permata di lautan. 
Terima kasih kerana sudi menjadi putera hatiku. 
Terima kasih kerana sudi menjagaku dengan sepenuh hati.
Terima kasih kerana sudi menjadi imamku, membimbingku ke arah jalan yang lebih baik.
Terima kasih kerana sudi menjadi ayah yang baik kepada anak-anakku.
Terima kasih kerana sudi menerima keluargaku dengan seadanya.

Terima kasih sayang..
Semoga ikatan yang terjalin di antara kita akan berkekalan hingga ke syurga. Amin!


-BigHug&Kiss-


Friday, November 23, 2012

Rayyan Aiman di Setia City Mall, Setia Alam.

Dear diary,

Hari-hari bila ada cik husband di sisi adalah sesuatu yang terindah. Bila ada kelapangan, kerja kami tiga beranak ni tak lain tak bukan akan bertawaf la kat mana-mana shopping mall sambil cuci mata, usha itu ini. Huwaa! husband pun satu hal. Pantang diajak.. laju jer dia. Bagus! Bagus! satu kepala kalau bab yang satu ni. ehehe! Walaupun gaji tak masuk lagi, layankan aje la nafsu isteri terchinta dia tu. T__T

Sebenarnya cerita ni dah sebulan yang lepas kalau tak silap aku. Masa tu, aku temankan husband pergi Kl sebab beliau ada job interview plus appointment medical check-up kat Pusrawi. Planning punya planning finally kitorang stay kat rumah matchmaker kami si Efa & Bulat kat Setia Alam. Best sangat dapat jumpa dengan diorang. Hari-hari yang ada memang aku manfaatkan habislah berborak itu ini dengan efa. Sekarang ni dia dah ada new life after married. Banyak benda yang dia kena tempuh. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.

After lunch kat rumah (Oh! haritu first time rasa masakan beliau), kaki macam biasa dah gatal-gatal nak ajak berjalan. Bila ajak efa join sekali, dia cakap nak bagi chance aku dating la pulak. ahaha! Dah beranak pun ada istilah dating eh? So haritu, berdatinglah kami tiga beranak menuju ke Setia City Mall. Oh! tak jauh dari rumah efa. Memang best!

First time masuk mall jalan-jalan sikit terus jumpa bendalah ni. Aiseh! Keterujaan Rayyan Aiman. Siaplah mama dengan abah. Lepas ni kalau jumpa game token kat mall, kena lari jauh-jauh sebelum dia nampak.

As usual, cik husband ni kalau jenjalan tak sah kalau takde kudap-kudap. Hot & Roll satuuuuu! :))

After bershopping di Daiso Japan. Oyeah! Mama Rayyan pulak yang terover lebih bila nampak kedai tu kat situ. Rayyan masih lagi steady!

Rayyan dapat reward sebab behave baik-baik je time tu. Jadi mama dengan abah belikan Rayyan kasut baru. Time to testing.. testing. Masa ni Rayyan macam takde perasaan je tengok kasut sendiri. Protes mama belikan dia baby kiko lagi kot. Apa barang, mana ada baby baby lagi dah eh? eheheh!

Bila hari dah mula redup, husband ajak jenjalan makan angin kat luar pulak. Bagi Rayyan Aiman bersosial sikit. Kalau nak ikutkan mama punya sosial, tidur dalam mall pun sanggup kan selagi tak habis duit. huhu!

Tengok tu, sekejap je biarkan dia main dah pandai cari geng laki. Suka berkawan anak aku sorang ni. Cuma kadang-kadang tu je bila tengok orang yang tak kenal.. bukan main buat muka pelik lagi dia. Adoi! jenuh dok pujuk. Ish!

Mula-mula turn abah layankan anak bujang kesayangan dia tu. Tak sampai berapa minit main, abah dah surrender nak ligan Rayyan. ahahaha! Bilalah cik husband nak berdiet slim melim balik ni... Makin hari makin mara je perut tu ke depan. huwaaa! Bantal peluk mengembang!!! :))

Bila abah dah letih, time mama pulak ambik alih. Layankan lagi si bujang senang sorang ni. Seronok betul tengok anak happy di depan mata. Syukur alhamdulillah!

Banyak cantik nak duduk relax jer. Sambil relax sambil jadi tukang jaga barang. ehehe! Stroller dah jadi troli dah aku tengok. Suka sangat pic ni. So cuteeee!!! I love you so muchhhhhh sayannnnggg!
 T__T

My heart, My soul!



psstt: Oh! harini genap Rayyan Aiman 15bulan

Saturday, November 17, 2012

2 Minggu Blog Tak Bertuan

Dear diary,

Pheew! dua minggu lebih menyepi belog ni tak bertuan. huhu! Rindu bebenar nak mengomel kat sini. Actually, last Sunday lagi aku dan family gerak balik hometown. Syukur alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik berjalan dengan jayanya dan lancar dan selamat. Banyak sangat pengalaman pahit manis kat sana. ehehe! Start dari family gathering, shopping, kenduri kendara, makan-makan etc.


Masa ni Rayyan bersama cousinnya Amir (anak abang) main game token kat Tesco Kuala Selangor. First day ada kat kampung, kaki dah bergedik-gedik ajak berjalan. So nak taknak abang aku terpaksa jadi driver la kan. Masa ni husband pun dah pergi keja. Tinggal aku dengan Rayyan kat rumah abang. Rayyan ni kan, as usual sejak-sejak abah ajar dia main game token bagai ni.. pantang sungguh bila nampak keta, lori, motor etc kat tempat game. Mesti dia akan tunjuk-tunjuk sambil mulut muncung ke arah mainan tu. huwaaa! Tu yang malas nak ajar anak main bukan-bukan tu. Tapi dah abah yang start mengajar.. redha je la. eheheh! Bila tengok balik pic kat atas ni, nampak sangat persamaan diorang ni eh. Patutlah ramai yang cakap muka Rayyan dengan Amir lebih kurang jep. Muka sama takpe, jangan perangai sama sudahlah. ehehe! Si Amir ni aduhai manja bebonar. Takde adik la katakan. Pantang kena cuit sikit, dah nak bising. Rayyan ni pulak rajin mengusik. huhu! Memang selalu kena buli la dia..


Week pertama mak and kakak aku amik aku dua beranak balik KL. Stay rumah kakak seminggu kat Ukay Perdana. Masa tu seminggu jugak la Rayyan Aiman ni asyik berak-berak saja. Tak tahu kenapa. Kot sakit perut nampak macam tak pun. Sehari dekat 10 kali rasanya dia dok berak-berak. So, stok drypers yang bawak pun terus tak cukup. Terpaksalah ajak akak pergi beli drypers untuk anak bujang tu plus beli makanan sikit untuk beliau. Yeah! Rayyan with his cousin Nabila (anak kakak) kat Jusco Setiawangsa. Syok betul dua beradik ni dok dalam troli sambil makan biskut coklet. eheheh! Tengoklah anak aku tu, comot habis sampai ke kening.. T__T


Last-last day kat KL, sempat jumpa dengan my bestfriend Norul Hidayah kat Ikea. This is the best part. ahaha! Dah lama gila rasanya aku tak jejak kaki kat sana. Kebetulan nak berdating tu, aku ajak beliau lepak kat sana sekali. Dapatlah shopping apa yang patut without husband. huhu.. Sesekali shopping tanpa beliau adalah sangat best sebab takde orang yang nak bising-bising. heheh! Kalau dulu-dulu bila masuk Ikea dengan husband mesti nak perli-perli je bila tengok barang tak seberapa tapi harga mak ai.. Tak logik! Itu kalau tengok perabot bagai la kan. Tapi kalau cuci mata kat bahagian bawah tu memanglah heaven sangat. Memang rambang mata la berjalan kat sana. Nasib baik jugak Rayyan tak meragam langsung. Baik je dia ikutkan aja nafsu mama dia nak bershopping. huhu! Sebelum start tawaf kat Ikea, sempat lagi aku dengan Ul breakfast apa yang patut. Nak makan meatballs, waktu belum pukul 11.. so masa tu Ul ambik pasta je buat lapik perut. Bila dah berkenyangan, baru best nak bertawaf. Time to shopppinggggg! Kalau boleh banyak benda aku nak ambik, tapi kena budget jugak duit belanja. Nak shopping lebih pun asyik teringat kat husband yang penat-penat kerja cari duit. Sob!Sob! Masa tu aku shop baby chair untuk Rayyan. Puas hati sangat sebab harga yang berbaloi. Lepas ni Rayyan dah tak makan bersila lagi kat lantai bila kami dua laki bini makan kat meja makan. Pastu rempat pinggan, mangkuk, cawan, sudu garfu plastik yang warna warni tu  untuk Rayyan Aiman, then frame cermin 6 pieces, laundry basket 3. 1 untuk mak, 1 untuk mak mertua and satu lagi untuk aku dan ada la barang-barang lain lagi. yeha! Best!


Memandangkan dah masuk cuti sekolah ni, bersusun-susun jemputan kawen member-member. Kebetulan masa tu aku ada kat kampung plus dapat invitation dari shahzurini, so weekend plan baik dengan Ul pick-up aku kat rumah mak saudara. Actually rumah Shah (Pengantin) dengan rumah mak sedara aku dekat sajo. Best sangat dapat gathering dengan collegemate walaupun sekejap.


Slruuupp! the real of nasik ambeng. huhu! Bila balik kampung sana memang tak sah la kalau tak makan nasik ambeng. Masa ni abang ada pergi kenduri kat rumah jiran. So dapatlah nasik berkat bawak balik. Sampai je kat rumah, terus my mum suruh ambilkan talam. Nak makan kat talam katanya. So, makanlah kami tiga beranak mengadap talam makan dengan sepuasnya. Best ever!


Setiap hari budak kecik ni tunggu kepulangan abah kesayangan. Makin besar makin susah pulak dia nak bersosial dengan stranger. Tambah pulak dengan orang yang tak biasa dia tengok. Alamatnya asyik berkepit ke la atas riba aku. Tapi bila dah lama-lama sikit mengadap muka orang, baru lah jadi cool sikit. haish! sayang.. sayang.. Masa ni Rayyan dah ada kat rumah abang balik (week 2). Lagi sehari dua lagi abah balik kerja. Tunggu abah balik bawak satar. eheheh! Teringin nak makan pulak. Then bila husband bawak balik sampai 50 bijik. Pheeewww! Tak larat nak habiskan..


and finally, hari Khamis yang ditunggu-tunggu, abah pun balik. Sampai rumah pun dalam pukul 11malam. Masa tu Rayyan Aiman pun dah nyenyak tidur. Jumaat hari kami just bermalasan kat rumah je. Petang tu je ada keluar pegi Tesco jap jenjalan. Then hari Sabtu kami pergi umah maklong kat Banting. Ini kira pegi ziarah maklong awal-awal la sebab wedding cousin nanti kat sana husband tak dapat attend atas faktor keja.  Sampai umah maklong pun ngam-ngam tengahhari.. lunch jap.. sembang-sembang jap then terus gerak ke shopping mall. Sebenarnya dah lama mengidam nak pegi Aeon (Jusco) Bukit Tinggi yang besar gedabak tu. Bilalah Kulim nak ada Jusco ni. ehehehee! Pic kat atas ni Rayyan tengah tunggu abah bersolat kat Jusco. Sempat lagi nak mengemas beg tu. ish! Paling best bila masuk shopping mall ni kalau ada Daiso Japan. Oh! sangat favourite ok!! Kalau jumpa tak penah tak masuk Y__Y


Entry di akhiri dengan gambar my cousin perempuan (sebelah mak) kawin hari Ahad tu. Selamat Pengantin Baru buat Siti Hamimah Sarimah bersama pasangan beliau. Semoga jodoh berkekalan hingga akhir hayat. Insyaallah! Lepas makan-makan, salam-salaman semua... terus kami on the way balik. Pengalaman suka duka takkan ku lupakan. ehehehe!