Friday, November 23, 2012

Rayyan Aiman di Setia City Mall, Setia Alam.

Dear diary,

Hari-hari bila ada cik husband di sisi adalah sesuatu yang terindah. Bila ada kelapangan, kerja kami tiga beranak ni tak lain tak bukan akan bertawaf la kat mana-mana shopping mall sambil cuci mata, usha itu ini. Huwaa! husband pun satu hal. Pantang diajak.. laju jer dia. Bagus! Bagus! satu kepala kalau bab yang satu ni. ehehe! Walaupun gaji tak masuk lagi, layankan aje la nafsu isteri terchinta dia tu. T__T

Sebenarnya cerita ni dah sebulan yang lepas kalau tak silap aku. Masa tu, aku temankan husband pergi Kl sebab beliau ada job interview plus appointment medical check-up kat Pusrawi. Planning punya planning finally kitorang stay kat rumah matchmaker kami si Efa & Bulat kat Setia Alam. Best sangat dapat jumpa dengan diorang. Hari-hari yang ada memang aku manfaatkan habislah berborak itu ini dengan efa. Sekarang ni dia dah ada new life after married. Banyak benda yang dia kena tempuh. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.

After lunch kat rumah (Oh! haritu first time rasa masakan beliau), kaki macam biasa dah gatal-gatal nak ajak berjalan. Bila ajak efa join sekali, dia cakap nak bagi chance aku dating la pulak. ahaha! Dah beranak pun ada istilah dating eh? So haritu, berdatinglah kami tiga beranak menuju ke Setia City Mall. Oh! tak jauh dari rumah efa. Memang best!

First time masuk mall jalan-jalan sikit terus jumpa bendalah ni. Aiseh! Keterujaan Rayyan Aiman. Siaplah mama dengan abah. Lepas ni kalau jumpa game token kat mall, kena lari jauh-jauh sebelum dia nampak.

As usual, cik husband ni kalau jenjalan tak sah kalau takde kudap-kudap. Hot & Roll satuuuuu! :))

After bershopping di Daiso Japan. Oyeah! Mama Rayyan pulak yang terover lebih bila nampak kedai tu kat situ. Rayyan masih lagi steady!

Rayyan dapat reward sebab behave baik-baik je time tu. Jadi mama dengan abah belikan Rayyan kasut baru. Time to testing.. testing. Masa ni Rayyan macam takde perasaan je tengok kasut sendiri. Protes mama belikan dia baby kiko lagi kot. Apa barang, mana ada baby baby lagi dah eh? eheheh!

Bila hari dah mula redup, husband ajak jenjalan makan angin kat luar pulak. Bagi Rayyan Aiman bersosial sikit. Kalau nak ikutkan mama punya sosial, tidur dalam mall pun sanggup kan selagi tak habis duit. huhu!

Tengok tu, sekejap je biarkan dia main dah pandai cari geng laki. Suka berkawan anak aku sorang ni. Cuma kadang-kadang tu je bila tengok orang yang tak kenal.. bukan main buat muka pelik lagi dia. Adoi! jenuh dok pujuk. Ish!

Mula-mula turn abah layankan anak bujang kesayangan dia tu. Tak sampai berapa minit main, abah dah surrender nak ligan Rayyan. ahahaha! Bilalah cik husband nak berdiet slim melim balik ni... Makin hari makin mara je perut tu ke depan. huwaaa! Bantal peluk mengembang!!! :))

Bila abah dah letih, time mama pulak ambik alih. Layankan lagi si bujang senang sorang ni. Seronok betul tengok anak happy di depan mata. Syukur alhamdulillah!

Banyak cantik nak duduk relax jer. Sambil relax sambil jadi tukang jaga barang. ehehe! Stroller dah jadi troli dah aku tengok. Suka sangat pic ni. So cuteeee!!! I love you so muchhhhhh sayannnnggg!
 T__T

My heart, My soul!



psstt: Oh! harini genap Rayyan Aiman 15bulan

No comments:

Post a Comment