Friday, December 28, 2012

Mode: Chatting with Husband!

I Miss You!

Di antara suri dan kerjaya

Dear diary,

Bulan 12 ni adalah genap setahun aku menjadi suri ram ram ram sepenuh masa kepada husband dan anak.  Banyak cabaran sebenarnya jadi fulltime housewife ni. Hampir 4 tahun bekerja, kemudian berkahwin dan terlahirnya si intan payung Rayyan Aiman, husband ambil keputusan supaya aku berhenti kerja buat sementara waktu. Demi kebaikan anak katanya. Tambahan pulak, masa Rayyan kecik dia taknak langsung minum susu pakai botol. So, setiap kali lunch hour.. setiap kali tu jugaklah aku akan balik rumah for feeding him. Nasib baik dapat bos yang sangat memahami. Walaupun aku ni adalah staff beliau yang selalu jer taknak dengar kata.. tapi setiap kali aku hilang time-time lunch hour tu.. dia dah paham sangat dah. Takde nak bising-bising. You're the best bos that i ever had. (ahaha. kerja baru dengan 1 company.. memanglah the best kan). Jadi alasan tu la penguat husband hendakkan aku berhenti kerja pada waktu tu. Iye! 1 year ago.

Kenapa eh? Perasaan selalu bercampur aduk. Kadang-kadang hati berkata-kata dengan sendiri.

"Bila dah kerja, ko malas nak pergi kerja. Sakit sikit, cepat-cepat nak ambik MC. Bila banyak kerja, stress!. Bila balik kerja jalan jem, ko stress lagi. Kan best kalau tak kerja. Duduk rumah goyang kaki sambil tengok telenovela"

Then..

"Bila tak kerja, boring kononnye duduk kat rumah. Dah macam anti sosial lah kata kau sebab takde kawan nak bergosip. Bila anak asyik membuat sepah kat rumah, stress! Bila nakkan sesuatu tapi terpaksa redha sebab takde duit poket sendiri.. mulalah tergoogle-google jobstreet nak cari kerja. Pastu bermonolog sendiri,  bestnye kalau kerja..dapat kerja nanti nak beli tu nak beli ni bla bla bla"

Padahal dia tak ingat kalau kerja, sapa nak jaga anak dia. Nak hantar kat nursery? ataupun kat pengasuh yang sah-sah dah payah sangat nak jumpa yang betul-betul ikhlas nak kerja sambil menolong kita. Takkan nak hantar anak kat rumah mak pulak. Tak cukup lagi ker dari kecik sampai ke besar mak lah yang basuh kencing berak, bagi kau makan segala.. Haish! so.. apa nak buat ?

Tepuk dada tanya hati. Insyaallah, akan ada jalan kemudahannya.

Sekadar hiasan
(Eh! muka tuan tanah ada terselit di situ)
T____________T

Thursday, December 27, 2012

Yes true!

One for the mum's with kids on school holidays and every other day of the year too :p
 You know it's true!
-Pete

We're not DramaKing!

Dear diary,

Kalau tengok drama melayu kalau cerita bab sambut anniversary, sah-sah yang sorang dapat cincin Poh Kong (bukak kotak cincin pastu buat-buat terkejut homaigut) dan yang sorang lagi pulak akan dapat jam Rolex (kononnye lah). Nak-nak pulak nak tambah lagi romantisnya pasangan suami isteri tu, siap buat candle light dinner lagi tepi kolam. What the pheew! Memang drama!  Yang kita ni dok melangut layan drama terus tersentuh hati. Bilalah laki aku nak macam ni?  T___T

Tapi realitinya, aku dan husband cukup berbeza. Ok! cerita kami memang takde drama langsung. Aku ni, bila datangnya tarikh-tarikh tertentu contoh birthday, anniversary etc.. memanglah agak sentimental sikit kat situ. Husband pun siap cakap lagi "Yang ni baguslah. Ingat eh tarikh tu" Ya! tarikh terpenting dalam hidup Insyaallah aku tak pernah lupa. Tapi, bila bab lain.. husband selalu membebel "Yang ni apalah, baru tadi bayar bil dah tak ingat. Banyak makan kepala ikan!" Pulak tu husband ni jenis kalau dah membebel tak cukup 5 minit. Pokpek pokpek! bluurrppp!

Memandangkan aku ni adalah surirumah sepenuh masa, takde maknanya lah aku nak hadiahkan laki aku note2 ker.. iphone5 ker bla bla bla... Lagipun, dari dulu lagi husband ni dah ajar aku awal-awal. Jangan terlalu kejar kebendaan. Huhu! Jadi, pikir punya pikir, baik aku bagi sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh kami berdua. So dengan gigihnya, pakai duit sendiri.. aku hadiahkan dia sebuah buku yang aku kira cukup berguna buat kami. Sebelum aku balut buku tu cantik-cantik, sempat aku khatam dulu. Best sangat buku ni. Macam-macam persoalan dalam kehidupan terjawab oleh ustaz. Ringkas tapi berkesan. So bila husband kena outstation, mesti dia bawak buku ni sekali.

Malam tu, tunggu Rayyan tidur semangat aku sorang-sorang dok membalut buku ni siap letak dalam kotak kasut lagi tu. Pastu tulis ayat-ayat puitis dalam kad. Habis romantik la kononnye. ahaha!

Selang beberapa hari kemudian, kami adalah jalan-jalan kat giant. Sambil cuci mata, tersinggahlah kami kat satu kedai buku. Husband belek-belek lalu dibelikannya aku satu buku. Tanda balas la kot. Dah bagi tu terus cakap " Ni hadiah anniversary kita" sambil gelak masing-masing. Kan dah cakap, cerita kami takde dalam drama. :))

Hadiah suami buat isteri terchinta. Mendalam sungguh hadiah. Dah bagi hint di situ yer. Rayyan pun lately dah bagi hint jugak asyik nak hisap ibu kaki jep. haissshh!
T___T



psst: Baru dapat call, husband dah khatam  pun baca buku tu.

Wednesday, December 26, 2012

Outdoor with Rayyan Aiman

Dear diary,

Cuti husband kali ni agak padat dengan aktiviti. Masa beliau terpaksa dibahagi-bahagikan antara mak abah  dan jugak aku & Rayyan. Setiap pagi, husband akan bawak abah pergi check-up doctor kat Sungai Petani after minor operation (diabetes) abah kat kaki. Dua jari kaki abah terpaksa dipotong sebab virus dah merebak dengan jayanya. So nak taknak, hari-hari abah kena buat check-up. Demi kebaikan abah, Insyaallah.. semoga abah cepat sembuh.

Husband totally akan ada kat rumah sekitar waktu tengahhari. Lepas jer setelkan hal abah, husband akan balik rumah lunch bersama kami anak beranak. Bila petang pulak, ada saja aktiviti yang harus dimanfaatkan bersama Rayyan Aiman. Rayyan ni pulak macam dah tahu schedule dia hari-hari. Dia pun dah makin faham bila pagi-pagi lagi abah dah keluar sebab nak hantar tok abah dia pergi klinik. Then bila tengahhari, dia akan tunggu abah kat sliding door. Hm.. sayang.. sayang..

Taman Tasik Kulim. Kat sini cuaca tak menentu. Kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Bila nampak cuaca ok jer haritu, terus nak bawak Rayyan jenjalan. Outing la kiranya ni. ehehe! Selalu bawak Rayyan main-main kat mall jer, sesekali buat outdoor aktiviti ni best jugak eh.

Masa ni cuma dapat jenjalan tawaf tasik jer sebab taman permainan kat situ tersangatlah tak ok untuk budak-budak main. Banyak sangat defect sana sini. Kesian sangat. Tak tahu nak salahkan siapa. Contractor yang buat kerja-kerja binaan tu yang ala kadar or penduduk sendiri yang tak jaga taman permainan tu dengan baik. pheeew! apa daaaa..

Yang jadi mangsanya anak aku. Kesiannye dia, tak puas nak main eh.

The next day, kami pergi another playground. Better than before. Masa tu dapat jugak Rayyan spend time lama sikit.

Latihan panjat memanjat. Dah pro sangat anak betuah ni memanjat. Kalau kat rumah pun segala mak nenek dia nak panjat. Tak kira la tempat tu tinggi ke rendah. Suka hati dia jer nak tunjuk pro. huhuhu! Yang aku ni pulak, memang takkan duk diam la bila tengok dia tak leh dok diam. Yang abahnye pulak buleh je senyum-senyum sumbing sambil bangga cakap ''ni baru anak abah''. huwaaa!

Even pro macam mana pun, abah tetap akan sentiasa protect Rayyan Aiman dari belakang. Cewah! husband tu dah macam komander nak kerah pelatih dah aku tengok. ehehe!

Happy face! Puas la tu dapat main dan masih lagi abah sebagai pelayan terhebat beliau. Yehhha! Rayyan Aiman naik kuda kepang!!

Dah puas naik kuda Rayyan tunjuk-tunjuk lembu yang sebelah pulak. Teruslah abah layankan lagi karenah anak beliau. Bukan main excited lagi budak betuah tu dapat kocak-kocak lembu purple tu. huhuhu!

First time Rayyan main jongkang jongkit. As usual, he is so excited played with it. Seronok lah bila tengok anak berseronok ni. Secara tak langsung, terapi diri jugak kot.

End up entry with the king of my 1/2  heart!
*_____________*

Monday, December 24, 2012

Dinner at Qasar Hadramawt, Perda for 2nd Anniversary

Dear diary,

Walaupun celebrate lewat beberapa hari dari tarikh sebenar, tapi moment bersama husband dan anak sempena anniversary kami yang kedua cukup bermakna. That day cukup sekadar husband bawak kami jalan-jalan, shopping dan makan-makan. Nak harapkan dapat surprise present dari husband tu agak tipis la jugak sebab my husband ni bukannye jenis berjiwangan sangat kalau nak bagi hadiah berbalut ni. ehehe!  Semuanya main tunjuk-tunjuk jer apa yang kita nak then dia yang bayarkan. Pastu cakap ''ni hadiah dari abang sempena anniversary kita'' huhuhu! Oh my Husband!!! 

Sampai jer kat shopping mall terus menuju ke tempat permainan kanak-kanak. Bagi Rayyan seronok sikit main-main kat situ. Dah lama kot Rayyan tak main kat sana. 

Bila Rayyan Aiman seronok main, mama apa lagi suka sangat la snap gambar anak bujang kesayangan. Rayyan and his batman tshirt.

Enjoy and so excited la big boy ni. Siap ada awek ikut buntut lagi tu nak main sesama. ahahaha! Rayyan ni kan bila dapat main benda-benda macam ni memang suka sangatlah dia. Selagi tak ajak keluar.. asyik main situ lah dia.

Forever love! Semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke syurga, Insyaallah!

Dah puas bagi Rayyan main, time untuk mama pulak berterapi. Cari punya cari finally propose this skirt kat husband. Cinta pandang pertama. First time selak-selak terus jatuh cinta. Oh! so lovely chiffon purple skirt. Thanks lovely husband!! I love You!! T__T

Inilah tempatnya Qasar Hardamawt, Perda. Nasik arab terbaik in town. Husband sampai gian asyik nak makan lagi dan lagi. Siap suruh aku belajar buat nasik arab lagi.. pheeeew!!

Lamb madghout bersama sup dan sos. Superb! Best recommended dari husband. 

My dish. Mix grill chicken and lamb. Yang ni pulak tersangatlah aku rekemenkan kat uoll kalau nak cuba. Memang best. Complete. Siap ada nasik, roti, sayur dan jugak mix chicken & lamb kebab. Hm... bila update belog ni rasa mengidam nak ulang makan lagi la pulak. ehehehe!

Like father like son. Rayyan pun suka sangat makan nasik arab. Selalunya kalau makan nasik biasa, puas jugak nak bagi dia makan banyak. Tapi bila makan jer nasik pak arab ni.. bukan main excited lagi dia makan. Good boy!!


That day, kami tiga beranak makan memang tak ingat. Sampai senak perut memasing sebab kekenyangan. ehehe! Makan nasi arab ni memang berbaloi sebab nasik yang super sedap dan banyak pulak tu. Harga pun takde la mahal sangat. Haritu husband cuma bayar RM45 saja. Dapat makan nasik, kambing, ayam kebab, roti, jus kurma etc. Memang the best lah. Ada masa nanti boleh ulang makan lagi kat sana. To my husband, terima kasih sebab kenyangkan perut isteri terchinta di hari bahagia kita. Love you always... :))

Wednesday, December 19, 2012

Mode: Tak berjaya..

"Cuba lagi bulan depan"
"Sabar yer sayang.."

Monday, December 17, 2012

Rayyan di Expo Mom & Baby PISA

Dear diary,

Niat nak pergi expo mum & baby kat PISA akhirnya berjaya dipenuhi oleh husband. Thanks so much sayang. Actually aku dapat info expo ni dari rakan facebook. Tengok masa pulak, masa tu memang husband tengah cuti. Apa lagi, terus propose kat husband nak pegi. Proceed! Jom layan photo sikit. ehehe! Malasnye nak membebel lebih-lebih. 

Dah penat bertawaf shopping barang Rayyan, apa lagi.. snap la gambar satu dua. Review sikit tentang expo kali ni biasa-biasa jer. Takde la semeriah expo mum & baby yang slalu diorang buat kat Mid Vel tu. Booth yang dibukak adalah dalam 100_+ jer kot. Disebabkan kami pergi tu pun sesambil nak cuci mata tengok expo, so takdelah excited sangat nak membeli. Kalau tengah mengandung 1st baby kalau ada tempat macam ni memang best la nak shopping kan. ekekeehh! Rindunya masa mengandungkan Rayyan dulu. Asyik-asyik nak cari kedai baby jer bila keluar dating. Meeeow! Time tu kitorang just membeli whoopee and some baju untuk Rayyan saja. Yang lain semua free gift, sample pampers, goodie bags etc. Best! Rayyan dapat baju batman!

Keluar jer dari PISA, kami terus bergerak ke Queensbay, Penang untuk lunch dan bersolat. Pheeww! Penat berjalan. Perut lapar memang tak hingat la. Memasing dah kebulur cari makan. Lastly kitorang masuk kat pizza hut saja. Order jangan tak order. Makan sampai lebam. huhu! Oh! sebenarnya masa tu kami pergi 4 orang 1 kereta. Ajak my abang ipar and isteri beliau sekali, kakcik. 

After lunch dan bersolat, dua beradik tu (husband dan abangnye) terus ajak keluar lepak-lepak kat luar Goldcoast. Yang aku dengan kakcik pulak rasa tak puas lagi sebab belum tawaf mall. ahahaha! Tapi diorang dah sibuk-sibuk nak lepak luar ambik angin, ikutkan aje lah even mula-mula macam nak protes la jugak kan. ahaha. 

Rayyan and his abah. Machooonye kesayangan hamba ni. ehehehe :)) Rayyan ni kan makin hari makin lasak tau budak ni. Nak jenjalan mana-mana pun jenuh nak kepong beliau. Tak dok diam seminit. Ada je keja dia nak buat.

My Everything! fullstop!

Thursday, December 13, 2012

Oh My SupperTime!

Dear diary,

Sebagai ibu yang masih fully breastfeed anak, makan malam adalah satu perkara yang wajib aku tak pernah lupa. Mula-mula, husband menggeleng kepala jugak tengok wife yang kuat makan ni. Tapi lama-lama dia pulak yang support terlebih suruh aku makan. eheh! Jeles katanya tengok aku makan tapi badan tak naik. Alhamdulillah, setakat ni kondisi jisim masih pada tahap orait! Cuma husband jer lately badan semakin naik. Pheewww!

Selalunya bila husband takde, menu makan malam aku cukup simple dan insyaallah berkhasiat untuk produce susu untuk Rayyan di tengah malam. Contohnya ofkos akan ada roti, buah-buah, susu or some makanan ringan ( a bit). Kadang-kadang jugak boleh jadi Rayyan makan 'susu maggie' jer malam tu disebabkan stok makanan dah habis kat dapur tunggu masa nak shopping barang dapur dengan anak bujang. olololo! Kesian anak mama makan maggie! *sight! T__T

 Supper without husband

Menu automatik akan berubah bila husband ada. Oyeahhh! husband adalah yang terbaik dari ladang. ahaha! Tak kisah langsung pun kalau tiap-tiap malam si isterinya mintak nak makan burger brader or oblong or bla bla yang sewaktu dengannya. omg! So, bila husband ada.. selalulah Rayyan Aiman minum 'susu burger'. ahaha! But sejak kebelakangan ni. kami dua laki bini ni makin addict dengan tomyam. Oh my! Even perut dah kenyang pun tapi bila sebut je nak makan tomyam tengah malam.. bukan main laju memasing. Sebenarnya aku memang peminat tegar tomyam. Nak-nak pulak tomyam beli kat kedai-kedai minah kelate or thai yang pure rasa tomyamnye tu. Pheeww! sangat maveles malam-malam! Boleh gian jadinya. Daripada husband tak minat tomyam, sekarang ni dah jadi hantu malam makan tomyam dah. ahaha!

Supper with husband. (hanya sebahagian) :))


psst: Belog mereng kena virus semalam. Nasib baik dah ok harini.

Wednesday, December 12, 2012

Tips Mengejar RumahTangga Bahagia

Sharing is Caring

1) sering melakukan kegiatan bersama sama seperti makan bersama , keluar berjalan berdua duaan , beriadah dan mandi bersama 

 2) galakkan isteri tidur di atas lengan suami . isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan 

 3) jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri 

 4) isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya. 

 5) tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

 6) kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga. 

 7) sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. 

 8) kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

 9) sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). 

 10) suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. 

 11) suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri 

 12) isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung 

 13 =) sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga. 

 14) isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. 

 15) menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

 16) pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian

 17) sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri. 

 18) fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

 19) suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia. 

 20) anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka 

 21) ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. 

 22) keluarga islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan

 23) jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.