Friday, December 28, 2012

Di antara suri dan kerjaya

Dear diary,

Bulan 12 ni adalah genap setahun aku menjadi suri ram ram ram sepenuh masa kepada husband dan anak.  Banyak cabaran sebenarnya jadi fulltime housewife ni. Hampir 4 tahun bekerja, kemudian berkahwin dan terlahirnya si intan payung Rayyan Aiman, husband ambil keputusan supaya aku berhenti kerja buat sementara waktu. Demi kebaikan anak katanya. Tambahan pulak, masa Rayyan kecik dia taknak langsung minum susu pakai botol. So, setiap kali lunch hour.. setiap kali tu jugaklah aku akan balik rumah for feeding him. Nasib baik dapat bos yang sangat memahami. Walaupun aku ni adalah staff beliau yang selalu jer taknak dengar kata.. tapi setiap kali aku hilang time-time lunch hour tu.. dia dah paham sangat dah. Takde nak bising-bising. You're the best bos that i ever had. (ahaha. kerja baru dengan 1 company.. memanglah the best kan). Jadi alasan tu la penguat husband hendakkan aku berhenti kerja pada waktu tu. Iye! 1 year ago.

Kenapa eh? Perasaan selalu bercampur aduk. Kadang-kadang hati berkata-kata dengan sendiri.

"Bila dah kerja, ko malas nak pergi kerja. Sakit sikit, cepat-cepat nak ambik MC. Bila banyak kerja, stress!. Bila balik kerja jalan jem, ko stress lagi. Kan best kalau tak kerja. Duduk rumah goyang kaki sambil tengok telenovela"

Then..

"Bila tak kerja, boring kononnye duduk kat rumah. Dah macam anti sosial lah kata kau sebab takde kawan nak bergosip. Bila anak asyik membuat sepah kat rumah, stress! Bila nakkan sesuatu tapi terpaksa redha sebab takde duit poket sendiri.. mulalah tergoogle-google jobstreet nak cari kerja. Pastu bermonolog sendiri,  bestnye kalau kerja..dapat kerja nanti nak beli tu nak beli ni bla bla bla"

Padahal dia tak ingat kalau kerja, sapa nak jaga anak dia. Nak hantar kat nursery? ataupun kat pengasuh yang sah-sah dah payah sangat nak jumpa yang betul-betul ikhlas nak kerja sambil menolong kita. Takkan nak hantar anak kat rumah mak pulak. Tak cukup lagi ker dari kecik sampai ke besar mak lah yang basuh kencing berak, bagi kau makan segala.. Haish! so.. apa nak buat ?

Tepuk dada tanya hati. Insyaallah, akan ada jalan kemudahannya.

Sekadar hiasan
(Eh! muka tuan tanah ada terselit di situ)
T____________T

No comments:

Post a Comment