Monday, December 24, 2012

Dinner at Qasar Hadramawt, Perda for 2nd Anniversary

Dear diary,

Walaupun celebrate lewat beberapa hari dari tarikh sebenar, tapi moment bersama husband dan anak sempena anniversary kami yang kedua cukup bermakna. That day cukup sekadar husband bawak kami jalan-jalan, shopping dan makan-makan. Nak harapkan dapat surprise present dari husband tu agak tipis la jugak sebab my husband ni bukannye jenis berjiwangan sangat kalau nak bagi hadiah berbalut ni. ehehe!  Semuanya main tunjuk-tunjuk jer apa yang kita nak then dia yang bayarkan. Pastu cakap ''ni hadiah dari abang sempena anniversary kita'' huhuhu! Oh my Husband!!! 

Sampai jer kat shopping mall terus menuju ke tempat permainan kanak-kanak. Bagi Rayyan seronok sikit main-main kat situ. Dah lama kot Rayyan tak main kat sana. 

Bila Rayyan Aiman seronok main, mama apa lagi suka sangat la snap gambar anak bujang kesayangan. Rayyan and his batman tshirt.

Enjoy and so excited la big boy ni. Siap ada awek ikut buntut lagi tu nak main sesama. ahahaha! Rayyan ni kan bila dapat main benda-benda macam ni memang suka sangatlah dia. Selagi tak ajak keluar.. asyik main situ lah dia.

Forever love! Semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke syurga, Insyaallah!

Dah puas bagi Rayyan main, time untuk mama pulak berterapi. Cari punya cari finally propose this skirt kat husband. Cinta pandang pertama. First time selak-selak terus jatuh cinta. Oh! so lovely chiffon purple skirt. Thanks lovely husband!! I love You!! T__T

Inilah tempatnya Qasar Hardamawt, Perda. Nasik arab terbaik in town. Husband sampai gian asyik nak makan lagi dan lagi. Siap suruh aku belajar buat nasik arab lagi.. pheeeew!!

Lamb madghout bersama sup dan sos. Superb! Best recommended dari husband. 

My dish. Mix grill chicken and lamb. Yang ni pulak tersangatlah aku rekemenkan kat uoll kalau nak cuba. Memang best. Complete. Siap ada nasik, roti, sayur dan jugak mix chicken & lamb kebab. Hm... bila update belog ni rasa mengidam nak ulang makan lagi la pulak. ehehehe!

Like father like son. Rayyan pun suka sangat makan nasik arab. Selalunya kalau makan nasik biasa, puas jugak nak bagi dia makan banyak. Tapi bila makan jer nasik pak arab ni.. bukan main excited lagi dia makan. Good boy!!


That day, kami tiga beranak makan memang tak ingat. Sampai senak perut memasing sebab kekenyangan. ehehe! Makan nasi arab ni memang berbaloi sebab nasik yang super sedap dan banyak pulak tu. Harga pun takde la mahal sangat. Haritu husband cuma bayar RM45 saja. Dapat makan nasik, kambing, ayam kebab, roti, jus kurma etc. Memang the best lah. Ada masa nanti boleh ulang makan lagi kat sana. To my husband, terima kasih sebab kenyangkan perut isteri terchinta di hari bahagia kita. Love you always... :))

No comments:

Post a Comment