Thursday, December 13, 2012

Oh My SupperTime!

Dear diary,

Sebagai ibu yang masih fully breastfeed anak, makan malam adalah satu perkara yang wajib aku tak pernah lupa. Mula-mula, husband menggeleng kepala jugak tengok wife yang kuat makan ni. Tapi lama-lama dia pulak yang support terlebih suruh aku makan. eheh! Jeles katanya tengok aku makan tapi badan tak naik. Alhamdulillah, setakat ni kondisi jisim masih pada tahap orait! Cuma husband jer lately badan semakin naik. Pheewww!

Selalunya bila husband takde, menu makan malam aku cukup simple dan insyaallah berkhasiat untuk produce susu untuk Rayyan di tengah malam. Contohnya ofkos akan ada roti, buah-buah, susu or some makanan ringan ( a bit). Kadang-kadang jugak boleh jadi Rayyan makan 'susu maggie' jer malam tu disebabkan stok makanan dah habis kat dapur tunggu masa nak shopping barang dapur dengan anak bujang. olololo! Kesian anak mama makan maggie! *sight! T__T

 Supper without husband

Menu automatik akan berubah bila husband ada. Oyeahhh! husband adalah yang terbaik dari ladang. ahaha! Tak kisah langsung pun kalau tiap-tiap malam si isterinya mintak nak makan burger brader or oblong or bla bla yang sewaktu dengannya. omg! So, bila husband ada.. selalulah Rayyan Aiman minum 'susu burger'. ahaha! But sejak kebelakangan ni. kami dua laki bini ni makin addict dengan tomyam. Oh my! Even perut dah kenyang pun tapi bila sebut je nak makan tomyam tengah malam.. bukan main laju memasing. Sebenarnya aku memang peminat tegar tomyam. Nak-nak pulak tomyam beli kat kedai-kedai minah kelate or thai yang pure rasa tomyamnye tu. Pheeww! sangat maveles malam-malam! Boleh gian jadinya. Daripada husband tak minat tomyam, sekarang ni dah jadi hantu malam makan tomyam dah. ahaha!

Supper with husband. (hanya sebahagian) :))


psst: Belog mereng kena virus semalam. Nasib baik dah ok harini.

1 comment:

  1. simple n mngenyangkan...windu kt burger..lama x mkan !!

    ReplyDelete