Wednesday, December 26, 2012

Outdoor with Rayyan Aiman

Dear diary,

Cuti husband kali ni agak padat dengan aktiviti. Masa beliau terpaksa dibahagi-bahagikan antara mak abah  dan jugak aku & Rayyan. Setiap pagi, husband akan bawak abah pergi check-up doctor kat Sungai Petani after minor operation (diabetes) abah kat kaki. Dua jari kaki abah terpaksa dipotong sebab virus dah merebak dengan jayanya. So nak taknak, hari-hari abah kena buat check-up. Demi kebaikan abah, Insyaallah.. semoga abah cepat sembuh.

Husband totally akan ada kat rumah sekitar waktu tengahhari. Lepas jer setelkan hal abah, husband akan balik rumah lunch bersama kami anak beranak. Bila petang pulak, ada saja aktiviti yang harus dimanfaatkan bersama Rayyan Aiman. Rayyan ni pulak macam dah tahu schedule dia hari-hari. Dia pun dah makin faham bila pagi-pagi lagi abah dah keluar sebab nak hantar tok abah dia pergi klinik. Then bila tengahhari, dia akan tunggu abah kat sliding door. Hm.. sayang.. sayang..

Taman Tasik Kulim. Kat sini cuaca tak menentu. Kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Bila nampak cuaca ok jer haritu, terus nak bawak Rayyan jenjalan. Outing la kiranya ni. ehehe! Selalu bawak Rayyan main-main kat mall jer, sesekali buat outdoor aktiviti ni best jugak eh.

Masa ni cuma dapat jenjalan tawaf tasik jer sebab taman permainan kat situ tersangatlah tak ok untuk budak-budak main. Banyak sangat defect sana sini. Kesian sangat. Tak tahu nak salahkan siapa. Contractor yang buat kerja-kerja binaan tu yang ala kadar or penduduk sendiri yang tak jaga taman permainan tu dengan baik. pheeew! apa daaaa..

Yang jadi mangsanya anak aku. Kesiannye dia, tak puas nak main eh.

The next day, kami pergi another playground. Better than before. Masa tu dapat jugak Rayyan spend time lama sikit.

Latihan panjat memanjat. Dah pro sangat anak betuah ni memanjat. Kalau kat rumah pun segala mak nenek dia nak panjat. Tak kira la tempat tu tinggi ke rendah. Suka hati dia jer nak tunjuk pro. huhuhu! Yang aku ni pulak, memang takkan duk diam la bila tengok dia tak leh dok diam. Yang abahnye pulak buleh je senyum-senyum sumbing sambil bangga cakap ''ni baru anak abah''. huwaaa!

Even pro macam mana pun, abah tetap akan sentiasa protect Rayyan Aiman dari belakang. Cewah! husband tu dah macam komander nak kerah pelatih dah aku tengok. ehehe!

Happy face! Puas la tu dapat main dan masih lagi abah sebagai pelayan terhebat beliau. Yehhha! Rayyan Aiman naik kuda kepang!!

Dah puas naik kuda Rayyan tunjuk-tunjuk lembu yang sebelah pulak. Teruslah abah layankan lagi karenah anak beliau. Bukan main excited lagi budak betuah tu dapat kocak-kocak lembu purple tu. huhuhu!

First time Rayyan main jongkang jongkit. As usual, he is so excited played with it. Seronok lah bila tengok anak berseronok ni. Secara tak langsung, terapi diri jugak kot.

End up entry with the king of my 1/2  heart!
*_____________*

No comments:

Post a Comment