Thursday, December 27, 2012

We're not DramaKing!

Dear diary,

Kalau tengok drama melayu kalau cerita bab sambut anniversary, sah-sah yang sorang dapat cincin Poh Kong (bukak kotak cincin pastu buat-buat terkejut homaigut) dan yang sorang lagi pulak akan dapat jam Rolex (kononnye lah). Nak-nak pulak nak tambah lagi romantisnya pasangan suami isteri tu, siap buat candle light dinner lagi tepi kolam. What the pheew! Memang drama!  Yang kita ni dok melangut layan drama terus tersentuh hati. Bilalah laki aku nak macam ni?  T___T

Tapi realitinya, aku dan husband cukup berbeza. Ok! cerita kami memang takde drama langsung. Aku ni, bila datangnya tarikh-tarikh tertentu contoh birthday, anniversary etc.. memanglah agak sentimental sikit kat situ. Husband pun siap cakap lagi "Yang ni baguslah. Ingat eh tarikh tu" Ya! tarikh terpenting dalam hidup Insyaallah aku tak pernah lupa. Tapi, bila bab lain.. husband selalu membebel "Yang ni apalah, baru tadi bayar bil dah tak ingat. Banyak makan kepala ikan!" Pulak tu husband ni jenis kalau dah membebel tak cukup 5 minit. Pokpek pokpek! bluurrppp!

Memandangkan aku ni adalah surirumah sepenuh masa, takde maknanya lah aku nak hadiahkan laki aku note2 ker.. iphone5 ker bla bla bla... Lagipun, dari dulu lagi husband ni dah ajar aku awal-awal. Jangan terlalu kejar kebendaan. Huhu! Jadi, pikir punya pikir, baik aku bagi sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh kami berdua. So dengan gigihnya, pakai duit sendiri.. aku hadiahkan dia sebuah buku yang aku kira cukup berguna buat kami. Sebelum aku balut buku tu cantik-cantik, sempat aku khatam dulu. Best sangat buku ni. Macam-macam persoalan dalam kehidupan terjawab oleh ustaz. Ringkas tapi berkesan. So bila husband kena outstation, mesti dia bawak buku ni sekali.

Malam tu, tunggu Rayyan tidur semangat aku sorang-sorang dok membalut buku ni siap letak dalam kotak kasut lagi tu. Pastu tulis ayat-ayat puitis dalam kad. Habis romantik la kononnye. ahaha!

Selang beberapa hari kemudian, kami adalah jalan-jalan kat giant. Sambil cuci mata, tersinggahlah kami kat satu kedai buku. Husband belek-belek lalu dibelikannya aku satu buku. Tanda balas la kot. Dah bagi tu terus cakap " Ni hadiah anniversary kita" sambil gelak masing-masing. Kan dah cakap, cerita kami takde dalam drama. :))

Hadiah suami buat isteri terchinta. Mendalam sungguh hadiah. Dah bagi hint di situ yer. Rayyan pun lately dah bagi hint jugak asyik nak hisap ibu kaki jep. haissshh!
T___T



psst: Baru dapat call, husband dah khatam  pun baca buku tu.

No comments:

Post a Comment