Thursday, January 31, 2013

Dilema

Dear diary,

Pejam celik Rayyan Aiman adalah berusia setahun lima bulan. Alahai cepat betul masa berlalu. Masih terasa kaki beliau yang kecil molek dok tendang-tendang perut yang membulat suatu ketika dulu. huhu!. Sangat rindu! 
>.<

Syukur alhamdulillah, sampai ke harini Allah masih lagi limpahkan rezeki buat Rayyan Aiman. He's still fully breastfeed eventho produce susu kadang-kadang ada pasang surutnya tapi itulah yang aku harapkan seawal usia kelahirannya. Sedaya upanya aku akan cuba usaha penuhkan jangka 2 tahun penyusuan buat beliau and there is another 7months to go. Insyaallah! 

"Ya Allah Ya Tuhanku. Kau permudahkanlah segala urusanku Ya Allah. Kau perbanyakkanlah susuku supaya aku dapat menyusukan bayiku seperti yang telah kau syariatkan. Sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin!" Doa ni lah yang jadi penguat dan selalu aku amalkan. Insyaallah! Dipermudahkan segalanya.

Dilemanya di sini adalah tak dapat nak bayangkan saat-saat nak putus susu dengan Rayyan nanti. Bayangkanlah dari beliau lahir sampai sekarang, susu ni lah yang jadi darah daging zuriat yang kita sayang.  Pengikat kasih sayang. Hati sayu dan syahdu bila lihat anak terlena dalam dakapan. Hurm! Dari apa yang aku dengar, macam-macam petua orang buat nak bagi anak berhenti menyusu badan. Ada yang letak kopi, majun dan lain-lain kat nipples. Alahai sedihnya. Kalau boleh aku taknak bagi Rayyan akhiri penyusuan tu macam tu saja. Harap-harap bila tiba masanya nanti Rayyan makin faham. There is no more "dadaaaa" sayang :(

Lagi satu, argh! sangatlah tak dapat nak bayangkan akan tiba waktunya nanti bila tiap malam.. Rayyan merengek nak susu, dah tak boleh main selak-selak sumbat lagi dah. Hurmmm! Yang ni lagi sadis. Adakah nanti tiap kali Rayyan nak susu, aku kena bersengkang mata bancuhkan susu bla bla bla.. sedangkan Rayyan adalah seorang anak bujang yang sangat bertuah. Taknak minum susu pakai botol. hohoho! Hebat kan? camne den nak buek nanti. Sejak tiga empat bulan kebelakangan ni pun aku dah start latih beliau minum pakai botol balik. Maklumlah stok botol susu berkodi-kodi tak pakai. Itulah masa mengandung jangan excited sangat dok membeli. ahahah! (Tarik telinga sendiri :p) Tapi, macam biasa beliau masih tetap dengan pendirian beliau. Taknak pakai botol. Last-last minum susu dalam straw cup. Terus laju jer dia minum susu or air masak etc. 



Persoalannya kat sini, bila dah tidur then merengek nak susu then bagi susu dalam cup cemgini.. adakah anak akan tidur balik or terus berjaga ajak main laptop. Blurrpp!

Sunday, January 20, 2013

Rayyan Aiman # 16 Months # Lipat Laptop



Dedicated this video to my beloved silent reader a.k.a my lovely husband out there :))
(Siap ada background lagu kesukaan awak sekali. eheheh)
Tengoklah anak bujang kesayangan abah ni. Hari-hari abah ajar dia main laptop sampai lewat malam. Kadang-kadang sampai pukul 3 4 pagi pulak tu.
Bila abah takde, mama terpaksa take over.  Alahai! Abah pun tahu kan yang mama ni tak boleh tengok Rayyan tekan-tekan laptop mama. Kadang-kadang siap smackdown lagi kat laptop tunjuk protes sebab mama tak bagi bukak. huwa! Brutal jugak la anak kita tu..
Malam tadi, lepas maghrib.. macham biasalah Rayyan merengek nakkan laptop. Sekarang ni mama tak letak laptop kat meja laptop dah. Mama letak kat bilik depan. Bila tengahhari pun sama jugak. Nak online kena cutik-curik masuk bilik depan. Tengahhari tadi, terkantoi. Rayyan bangun dari tido senyap-senyap turun katil lalu terus cari mama. Rupanya mama tengah syok online dalam bilik. ahaha!
and now, bila dia rengek nak laptop.. dia akan pergi kat bilik depan. Ish! ish! ish!
So tadi, mama masih layankan Rayyan Aiman main laptop. Dari bukak Yahanana.. pastu Tutitu.. pastu alif ba ta pastu Pocoyo dan macam-macam lagi. Tengok lah video tu...

"Rayyan!!! berdisiplin la sikit main laptop tuuuu!"
>.<"

Friday, January 18, 2013

Mee Udang Pulau Sayak, Sungai Petani

Dear diary,

Hari makan sedunia. Yeah! Husband seorang suami yang terhebat. Sejak dua tiga orang sedara dan mak-mak saudara dok bercerita yang hafizi tak pandai jaga bini sebab bininya dah kurus melidi (yeker).. So husband ubah strategi. ahaha! Bagi saja apa yang si isteri nak makan. Tiap pagi, husband bahagiakan isteri dengan membeli nasik lemak yang super best power sebanyak 2 3 bungkus tiap hari selepas balik dari bersubuh kat masjid (kalau time tak buat breakfast apa-apa kat rumah). Bila dah kena 2 3 bungkus tu, ofkos la mata jadi stim balik. Tak sampai nak tunggu tengahhari.. mata mesti nak pejam jer. Pastu salahkan husband sebab belikan nasik lemak banyak-banyak. Blurp! Bila masuk waktu tengahhari, husband adalah sangat flexible. Masak ikut suka hati. Macam chef Amar cakap tu, masak dari hati. Masak with iman. Kalau rajin, rajinlah kami bertong tang kat dapur main masak-masak. Tapi kalau mood malas sebab asyik kena nasik lemak je pagi tu, alamatnya makan kat luar je jawabnye. Kadang-kadang rasa nak sentap jugak bila aku gagah nak masak, tapi dia ajak makan kat luar jer. Senang katanya. Jimat masa. Pheew! iye ker ni. Ke aku masak tak sedap. hhhuhu! Saja jer nak sedapkan hati.

Bila malam pun sama jugak. Kalau dulu asyik nak makan tomyam jer malam-malam.. kali ni kami dua laki bini asyik mengidam nak makan sotong+udang goreng celup tepung la pulak. ahahaha! Maklumlah sejak-sejak dah terrer masak sotong celup tepung ni.. kalau boleh hari-hari memang nak lah! Senang rupanya masak celup tepung, macam mana lah dulu asyik tak jadi jer bila goreng. Tepung tak melekat kat sotong or udang. Last2 bila celup dalam telur dulu then baru celup kat tepung then goreng.. baru menjadi. ahahaa! Kesian! T__T

Oklah dear, sebenarnya entry kali ni nak update pasal makan-makan mee kat Pulau Sayak.. tapi terbabas jauh pulak cerita. ahaha! Haritu, macam biasa kami dua laki bini dah planning nak makan tengahhari kat Sungai Petani saja. Jadi dari pagi simpan perut. Time lapar sampai sana pastu ada orang hidang makanan yang super hot adalah sangat osem! Dari Kulim nak ke Pulau Sayak tu adalah ambil masa dalam satu jam. Husband dah dapat tahu jalan shortcut. Senang la sikit. Kalau tak sebelum ni terasa maha jauh la jugak. Dalam perjalanan, Rayyan Aiman buat kuih dalam kereta. Patutlah dia pandang-pandang aku penuh makna jer. Rupanya dia uu uk. huhu! Cari-cari petronas, husband yang setelkan semua. Bila dah setel, baru selesa budak kecik tu nak tidur. Dalam kereta, mudah sangat mengantuk dak Ayen tu. alahai!dan akhirnya sampai jugak kami ke destinasi yang dituju. Actually Pulau Sayak ni dekat sangat dengan Pantai Merdeka.

Suasana di Yusof Mee Udang Pulau Sayak. Simple jer tapi best sebab dekat dengan pantai. Masa kami sampai, ramai jugak yang makan-makan kat situ. Kedai ni dibuka setiap hari ok. Dari pagi sampailah lewat malam.

Sebelum sampai lagi dalam kereta aku dan husband dok pikir-pikir nak makan apa. Banyak sangat menu yang masuk dalam otak. Maklumlah, perut tengah lapar. Husband pulak siap highlight lagi kalau nak makan apa-apa order jer. Dia memang tak berkira langsung kalau bab makan. Sebab dia dah kerja teruk katanya. Jadi bila dapat peluang cuti ni, dia nak makan jer... even duit tak ramai, tapi hati tetap senang. kehkehhh!

Menu pertama yang sampai adalah ketam masak sos. Menu ni dari rumah lagi husband dah ketagih nak makan. Order untuk dua orang makan. So maveles!

Kemudian giliran mee udangku sampai. yehaa! Best-best tapi kali ni udang tak berapa kick sangat besarnya tapi rasa masih lagi superb! (slruuup! meleleh dah bila tengok gambar neh. adeh!)

Tak cukup dengan makan mee udang, mintak makan nasik pulak. Wokey! kali ni konfem kenyang sampai senak perut. ahaha! Tekak melayu, biasalah. Makan apa pun nak kena makan nasik jugak. Tapi yang bestnya, husband pun laju jer pegi sental nasik aku. ahahaha! Sedap katanya :)) 

Akhir sekali mee goreng udang yang super hot. Hot sebab ada 3 ekor udang gergasi yang seksi. First time makan udang laut yang besar camgitu. Tapi besar sangat pun, isinya agak liat sikit. ehehe. Tapi masih lagi kena pada tekak kami dua laki bini. Best! Husband kan, takde makna lagi dah nak makan mee ni pakai sudu garfu, semua pakai tangan jer. Sambil makan mee sambil kupas ketam. ahaha! Part yang ni aku dah surrender angkat tangan kat husband sebab kenyang tahap dewa. Kahkah husband gelakkan aku. huhuh!

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. ahaha! Lihatlah perutku.. rampingkan!! Siaplah si ketam dan si udang berjoget-joget dalam perut tu. ehehehe! Dear my soul, i love you soo much!!

Inginku bahagia bersama mereka di dunia hingga akhir hayat. Insyaallah! 
"Saaayang abah.. saaayang ayen"

Tengoklah budak Rayyan Aiman tu, bila abah yang snap photo dia boleh jadi happy sedunia. Ilmu apa lah yang abah pakai ni. ehehe! Btw, theme haritu adalah kuning si mambang kuning. 

Lepas balik dari makan mee, husband bawak ke Village Mall untuk bersolat sebelum balik. Ingatkan best sangat village mall tu, rupanya seciput jer mall nye. ahaha! tak puas nak bertawaf. Nama jer bukan main. hehe! Kat sana just beli celak sajo. Celak?? hoho! Atas permintaan husband, dia nak aku pakai celak. Sunnah kan. Lagipun dapat lindung mata katanya. Baiklah bos! Lepas keluar dari village mall, last-last tak tahu nak pergi mana dah, just berlepak jap kat tesco jep. huhu! Kesiannya kat sini tak banyak sangat mall mall yang super goges. Bertawaflah kami jap kat situ sampai kaki naik lebam. First time dalam hidup aku yang ajak husband balik dulu sebab badan rasa penat sangat. Kaki pun dah start lenguh-lenguh. Rasa mual lagi. Ingatkan dah pregnant. Rupanya esok tu period pulak. ahahaha! Cis! udang punya kes la ni!!!!

Thursday, January 17, 2013

14 days to go!

Dear diary,

Pheew! setiap bulan terpaksa menghitung hari macam ni. Alhamdulillah, pagi tadi dapat call dari husband yang dia dah selamat sampai. Time to work baby. Takpa, demi sesuap nasik untuk Rayyan Aiman.. husband gagahkan jugak melangkah keluar rumah. Berat benar rasa hati. Sebelum pergi, sempat lagi dia berpesan 

"jaga solat, jaga aurat, jaga batasan bila keluar rumah, jaga Rayyan Aiman baik-baik untuk abang, jaga diri baik-baik, tunggu abang balik"

Semalam, lepas jer solat maghrib.. aku tidurkan Rayyan macam biasa. Mengantuk awal dia sebab petang tak tidur. Dalam hati aku dan husband rasa lega sangat sebab bila Rayyan tidur awal, dia takkan nampak abah pergi. Dalam pukul 8++ dia dah pun tertidur. Sempatlah kami suami isteri berlepak depan tv sambil chit chat itu ini sambil tunggu waktu. Husband planning dalam pukul 10 malam baru nak gerak. Tup-tup dekat-dekat husband nak pergi, Rayyan Aiman pun terjaga. Hummm! Masak lah kali ni. Sebab terpaksa explain kat dia banyak kali yang abah dah nak pergi work. Aku tahu dia faham, tapi saja buat-buat taknak faham that situation. Rayyan menangis nakkan abah. Abah terpaksa pujuk-pujuk layankan dia tengok tutitu kejap. Bila dia dah leka, abah terpaksa senyap-senyap langkah keluar. Sebelum tu, husband dah puas bagitahu yang abah dah nak pergi kerja malam ni. Jadi Rayyan kena baik-baik saja. Takmo merap kat mama selalu sambil peluk cium gomoi-gomoi Rayyan Aiman.. dan mama jugak. ehehe! Bila Rayyan sedar yang abah dah takde, terus dia menangis lagi panggil abah. Masa tu hati rasa sayu sangat. Kesian tengok sampai teresak-esak menangis cari abah. Sepanjang 2 minggu abah ada kat rumah, memang Rayyan sentiasa kawal abah. Mana abah pergi, semua dia nak ikut. Tak kiralah kalau abah cakap nak uuu uukk sekalipun. Manjanya kat abah bukan main lagi. Manja dia kat mama cuma bila nakkan susu saja. Oh! silap, "dadaaa" Rayyan ni so sweeet bila ketagih mintak susu.. Tiap kali nak mintak susu dia akan cakap... "dadaaaaa" (abah la ni yang ajar) sambil merengek minta simpati sambil buat muka yang tercomel sedunia. ehehe!

Ok sambung balik cerita. Bila dia dah sedar abah takde.. dua tiga kali jugak dia jenguk-jenguk langsir kat sliding depan. Harap-harap dia akan nampak abah lagi. Tapi abah dah pergi kerja sayang. Sabar ok. Nanti abah balik kita main-main lagi. Puas jugak aku pujuk-pujuk beliau malam tadi and finally dalam pukul 12 ++ aku ajak dia masuk bilik sambil umpan main game kat henset. Nasib baik umpan mengena. Rayyan main game sambil minum susu. Dalam proses dia tengah nak lali lali terlena, abah pulak call. Vibrate agak kuat henset aku tuh even dah silent mode. Menyampah! Rayyan pun terus terjaga balik. Masa tu, kenalah loudspeaker bagi dia dengar suara abah. Lagi sekali abah pujuk Rayyan. Dia cuma dengar jer suara abah yang keluar dari henset tu. Mungkin kali ni dia dah betul-betul kena faham yang abah dah pergi kerja. Lepas habis cakap dengan abah, terus tengok mata terkelip-kelip jer. Macam fikirkan sesuatu. Kesian Rayyan Aiman dan akhirnya tertidur jugak si comel kesayanganku pada malam tu.

Bangun pagi tadi, Rayyan bangun lewat. Tengok-tengok jam dah pukul 11 pagi. Ok puas sangat dah la tu dia tidur. First time dia bukak mata sebab mintak susu, terus disebutnya abah lagi.. Oh! dia ingat kat abah lagi rupanya and sekarang ni alhamdulillah, Rayyan behaved baik-baik saja. Start dari bangun pagi, mandi, pakai baju, makan-makan, main-main semuanya takde masalah. Senang jer jaga beliau. Syukur alhamdulillah!

Hari pertama lunch without husband. Aku masak organic pea sprouts jer tengahhari tadi. Senang buat tumis dengan sos tiram sajo dan makan bersama ikan goreng. Marveles!

Monday, January 14, 2013

Restoren Hadramawt, Perda untuk kali yang ke3

Dear diary,

Bila husband ada kat rumah, tekaknya terasa nak makan nasik pak arab lagi. Jadi satu hari tu kami anak beranak berduyun-duyunlah ke Perda lagi untuk menikmati hidangan nasik arab. ehehe! Dah kena, terus gian. Kali ni kami try menu lain pulak. Makan sampai lebam. Husband cakap, makan! makan! Rasa nak makan apa just order. Huwaa! Tahulah perut dah gendut-gendut. Nak bagi kite ni gendut boroi sama. ehehe!

Beberapa minit pertama, baik jer budak kicik ni mengadap. Bila dah lama, semua benda dia nak sepahkan. Buat kedai macam rumah sendiri. huhu! Tengok tu, kite bagi sudu.. dia nak makan pakai garfu plak.

Araes. Kalau tak silap la. ehehe! daging kambing diapit dengan roti, ada sayur dan jugak sos putih. Husband suka la ni.

Chicken kebab with bread. Sodap! Semestinya ini ada menu aku pada haritu..

Main menu. Husband nak makan lamb madghrob lagi. Sedap sungguh katanya. hhhuu!

Ada mushroom soup juga. Tapi tak berapa best kot sebab dah biasa makan kat pizza hut tu, seseeedap sangat. Tapi kali ni, dia macam letak susu kambing sikit kat dalam sup tu and agak pekat la. huummm!

Balik dari penuhkan perut macam biasa, jalan-jalan pusing jusco jap bagi nasik dan kambing sebati mix dalam perut. ehehe! Dear husband, thanks for the lovely lunch meal!

Saturday, January 12, 2013

Bila mood nak masuk ni?

Dear diary,

Pheeew! bila nak bukak entry pasal Rayyan Aiman pulak ni. Rasanya dah lama tak bercerita tentang perkembangan beliau. Sejak-sejak abah ada kat rumah, takde masa pulak nak belek lappy lama-lama. Paling kuat pun dalam sejam dua jer sehari mengadap. Huhu! Selebihnya masa untuk hadap dak ayen dan jugak abahnye.

Rindu kangat-kangat. Aik! ayen senyum ada misai kucing la. Macam mama :))


pssst: anak & husband dah nyenyak tido. huwa! kuatnye berdengkur!!

Sunday, January 6, 2013

My Collagen!

6 Jan 2013