Thursday, January 17, 2013

14 days to go!

Dear diary,

Pheew! setiap bulan terpaksa menghitung hari macam ni. Alhamdulillah, pagi tadi dapat call dari husband yang dia dah selamat sampai. Time to work baby. Takpa, demi sesuap nasik untuk Rayyan Aiman.. husband gagahkan jugak melangkah keluar rumah. Berat benar rasa hati. Sebelum pergi, sempat lagi dia berpesan 

"jaga solat, jaga aurat, jaga batasan bila keluar rumah, jaga Rayyan Aiman baik-baik untuk abang, jaga diri baik-baik, tunggu abang balik"

Semalam, lepas jer solat maghrib.. aku tidurkan Rayyan macam biasa. Mengantuk awal dia sebab petang tak tidur. Dalam hati aku dan husband rasa lega sangat sebab bila Rayyan tidur awal, dia takkan nampak abah pergi. Dalam pukul 8++ dia dah pun tertidur. Sempatlah kami suami isteri berlepak depan tv sambil chit chat itu ini sambil tunggu waktu. Husband planning dalam pukul 10 malam baru nak gerak. Tup-tup dekat-dekat husband nak pergi, Rayyan Aiman pun terjaga. Hummm! Masak lah kali ni. Sebab terpaksa explain kat dia banyak kali yang abah dah nak pergi work. Aku tahu dia faham, tapi saja buat-buat taknak faham that situation. Rayyan menangis nakkan abah. Abah terpaksa pujuk-pujuk layankan dia tengok tutitu kejap. Bila dia dah leka, abah terpaksa senyap-senyap langkah keluar. Sebelum tu, husband dah puas bagitahu yang abah dah nak pergi kerja malam ni. Jadi Rayyan kena baik-baik saja. Takmo merap kat mama selalu sambil peluk cium gomoi-gomoi Rayyan Aiman.. dan mama jugak. ehehe! Bila Rayyan sedar yang abah dah takde, terus dia menangis lagi panggil abah. Masa tu hati rasa sayu sangat. Kesian tengok sampai teresak-esak menangis cari abah. Sepanjang 2 minggu abah ada kat rumah, memang Rayyan sentiasa kawal abah. Mana abah pergi, semua dia nak ikut. Tak kiralah kalau abah cakap nak uuu uukk sekalipun. Manjanya kat abah bukan main lagi. Manja dia kat mama cuma bila nakkan susu saja. Oh! silap, "dadaaa" Rayyan ni so sweeet bila ketagih mintak susu.. Tiap kali nak mintak susu dia akan cakap... "dadaaaaa" (abah la ni yang ajar) sambil merengek minta simpati sambil buat muka yang tercomel sedunia. ehehe!

Ok sambung balik cerita. Bila dia dah sedar abah takde.. dua tiga kali jugak dia jenguk-jenguk langsir kat sliding depan. Harap-harap dia akan nampak abah lagi. Tapi abah dah pergi kerja sayang. Sabar ok. Nanti abah balik kita main-main lagi. Puas jugak aku pujuk-pujuk beliau malam tadi and finally dalam pukul 12 ++ aku ajak dia masuk bilik sambil umpan main game kat henset. Nasib baik umpan mengena. Rayyan main game sambil minum susu. Dalam proses dia tengah nak lali lali terlena, abah pulak call. Vibrate agak kuat henset aku tuh even dah silent mode. Menyampah! Rayyan pun terus terjaga balik. Masa tu, kenalah loudspeaker bagi dia dengar suara abah. Lagi sekali abah pujuk Rayyan. Dia cuma dengar jer suara abah yang keluar dari henset tu. Mungkin kali ni dia dah betul-betul kena faham yang abah dah pergi kerja. Lepas habis cakap dengan abah, terus tengok mata terkelip-kelip jer. Macam fikirkan sesuatu. Kesian Rayyan Aiman dan akhirnya tertidur jugak si comel kesayanganku pada malam tu.

Bangun pagi tadi, Rayyan bangun lewat. Tengok-tengok jam dah pukul 11 pagi. Ok puas sangat dah la tu dia tidur. First time dia bukak mata sebab mintak susu, terus disebutnya abah lagi.. Oh! dia ingat kat abah lagi rupanya and sekarang ni alhamdulillah, Rayyan behaved baik-baik saja. Start dari bangun pagi, mandi, pakai baju, makan-makan, main-main semuanya takde masalah. Senang jer jaga beliau. Syukur alhamdulillah!

Hari pertama lunch without husband. Aku masak organic pea sprouts jer tengahhari tadi. Senang buat tumis dengan sos tiram sajo dan makan bersama ikan goreng. Marveles!

No comments:

Post a Comment