Thursday, January 31, 2013

Dilema

Dear diary,

Pejam celik Rayyan Aiman adalah berusia setahun lima bulan. Alahai cepat betul masa berlalu. Masih terasa kaki beliau yang kecil molek dok tendang-tendang perut yang membulat suatu ketika dulu. huhu!. Sangat rindu! 
>.<

Syukur alhamdulillah, sampai ke harini Allah masih lagi limpahkan rezeki buat Rayyan Aiman. He's still fully breastfeed eventho produce susu kadang-kadang ada pasang surutnya tapi itulah yang aku harapkan seawal usia kelahirannya. Sedaya upanya aku akan cuba usaha penuhkan jangka 2 tahun penyusuan buat beliau and there is another 7months to go. Insyaallah! 

"Ya Allah Ya Tuhanku. Kau permudahkanlah segala urusanku Ya Allah. Kau perbanyakkanlah susuku supaya aku dapat menyusukan bayiku seperti yang telah kau syariatkan. Sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin!" Doa ni lah yang jadi penguat dan selalu aku amalkan. Insyaallah! Dipermudahkan segalanya.

Dilemanya di sini adalah tak dapat nak bayangkan saat-saat nak putus susu dengan Rayyan nanti. Bayangkanlah dari beliau lahir sampai sekarang, susu ni lah yang jadi darah daging zuriat yang kita sayang.  Pengikat kasih sayang. Hati sayu dan syahdu bila lihat anak terlena dalam dakapan. Hurm! Dari apa yang aku dengar, macam-macam petua orang buat nak bagi anak berhenti menyusu badan. Ada yang letak kopi, majun dan lain-lain kat nipples. Alahai sedihnya. Kalau boleh aku taknak bagi Rayyan akhiri penyusuan tu macam tu saja. Harap-harap bila tiba masanya nanti Rayyan makin faham. There is no more "dadaaaa" sayang :(

Lagi satu, argh! sangatlah tak dapat nak bayangkan akan tiba waktunya nanti bila tiap malam.. Rayyan merengek nak susu, dah tak boleh main selak-selak sumbat lagi dah. Hurmmm! Yang ni lagi sadis. Adakah nanti tiap kali Rayyan nak susu, aku kena bersengkang mata bancuhkan susu bla bla bla.. sedangkan Rayyan adalah seorang anak bujang yang sangat bertuah. Taknak minum susu pakai botol. hohoho! Hebat kan? camne den nak buek nanti. Sejak tiga empat bulan kebelakangan ni pun aku dah start latih beliau minum pakai botol balik. Maklumlah stok botol susu berkodi-kodi tak pakai. Itulah masa mengandung jangan excited sangat dok membeli. ahahah! (Tarik telinga sendiri :p) Tapi, macam biasa beliau masih tetap dengan pendirian beliau. Taknak pakai botol. Last-last minum susu dalam straw cup. Terus laju jer dia minum susu or air masak etc. 



Persoalannya kat sini, bila dah tidur then merengek nak susu then bagi susu dalam cup cemgini.. adakah anak akan tidur balik or terus berjaga ajak main laptop. Blurrpp!

No comments:

Post a Comment