Friday, January 18, 2013

Mee Udang Pulau Sayak, Sungai Petani

Dear diary,

Hari makan sedunia. Yeah! Husband seorang suami yang terhebat. Sejak dua tiga orang sedara dan mak-mak saudara dok bercerita yang hafizi tak pandai jaga bini sebab bininya dah kurus melidi (yeker).. So husband ubah strategi. ahaha! Bagi saja apa yang si isteri nak makan. Tiap pagi, husband bahagiakan isteri dengan membeli nasik lemak yang super best power sebanyak 2 3 bungkus tiap hari selepas balik dari bersubuh kat masjid (kalau time tak buat breakfast apa-apa kat rumah). Bila dah kena 2 3 bungkus tu, ofkos la mata jadi stim balik. Tak sampai nak tunggu tengahhari.. mata mesti nak pejam jer. Pastu salahkan husband sebab belikan nasik lemak banyak-banyak. Blurp! Bila masuk waktu tengahhari, husband adalah sangat flexible. Masak ikut suka hati. Macam chef Amar cakap tu, masak dari hati. Masak with iman. Kalau rajin, rajinlah kami bertong tang kat dapur main masak-masak. Tapi kalau mood malas sebab asyik kena nasik lemak je pagi tu, alamatnya makan kat luar je jawabnye. Kadang-kadang rasa nak sentap jugak bila aku gagah nak masak, tapi dia ajak makan kat luar jer. Senang katanya. Jimat masa. Pheew! iye ker ni. Ke aku masak tak sedap. hhhuhu! Saja jer nak sedapkan hati.

Bila malam pun sama jugak. Kalau dulu asyik nak makan tomyam jer malam-malam.. kali ni kami dua laki bini asyik mengidam nak makan sotong+udang goreng celup tepung la pulak. ahahaha! Maklumlah sejak-sejak dah terrer masak sotong celup tepung ni.. kalau boleh hari-hari memang nak lah! Senang rupanya masak celup tepung, macam mana lah dulu asyik tak jadi jer bila goreng. Tepung tak melekat kat sotong or udang. Last2 bila celup dalam telur dulu then baru celup kat tepung then goreng.. baru menjadi. ahahaa! Kesian! T__T

Oklah dear, sebenarnya entry kali ni nak update pasal makan-makan mee kat Pulau Sayak.. tapi terbabas jauh pulak cerita. ahaha! Haritu, macam biasa kami dua laki bini dah planning nak makan tengahhari kat Sungai Petani saja. Jadi dari pagi simpan perut. Time lapar sampai sana pastu ada orang hidang makanan yang super hot adalah sangat osem! Dari Kulim nak ke Pulau Sayak tu adalah ambil masa dalam satu jam. Husband dah dapat tahu jalan shortcut. Senang la sikit. Kalau tak sebelum ni terasa maha jauh la jugak. Dalam perjalanan, Rayyan Aiman buat kuih dalam kereta. Patutlah dia pandang-pandang aku penuh makna jer. Rupanya dia uu uk. huhu! Cari-cari petronas, husband yang setelkan semua. Bila dah setel, baru selesa budak kecik tu nak tidur. Dalam kereta, mudah sangat mengantuk dak Ayen tu. alahai!dan akhirnya sampai jugak kami ke destinasi yang dituju. Actually Pulau Sayak ni dekat sangat dengan Pantai Merdeka.

Suasana di Yusof Mee Udang Pulau Sayak. Simple jer tapi best sebab dekat dengan pantai. Masa kami sampai, ramai jugak yang makan-makan kat situ. Kedai ni dibuka setiap hari ok. Dari pagi sampailah lewat malam.

Sebelum sampai lagi dalam kereta aku dan husband dok pikir-pikir nak makan apa. Banyak sangat menu yang masuk dalam otak. Maklumlah, perut tengah lapar. Husband pulak siap highlight lagi kalau nak makan apa-apa order jer. Dia memang tak berkira langsung kalau bab makan. Sebab dia dah kerja teruk katanya. Jadi bila dapat peluang cuti ni, dia nak makan jer... even duit tak ramai, tapi hati tetap senang. kehkehhh!

Menu pertama yang sampai adalah ketam masak sos. Menu ni dari rumah lagi husband dah ketagih nak makan. Order untuk dua orang makan. So maveles!

Kemudian giliran mee udangku sampai. yehaa! Best-best tapi kali ni udang tak berapa kick sangat besarnya tapi rasa masih lagi superb! (slruuup! meleleh dah bila tengok gambar neh. adeh!)

Tak cukup dengan makan mee udang, mintak makan nasik pulak. Wokey! kali ni konfem kenyang sampai senak perut. ahaha! Tekak melayu, biasalah. Makan apa pun nak kena makan nasik jugak. Tapi yang bestnya, husband pun laju jer pegi sental nasik aku. ahahaha! Sedap katanya :)) 

Akhir sekali mee goreng udang yang super hot. Hot sebab ada 3 ekor udang gergasi yang seksi. First time makan udang laut yang besar camgitu. Tapi besar sangat pun, isinya agak liat sikit. ehehe. Tapi masih lagi kena pada tekak kami dua laki bini. Best! Husband kan, takde makna lagi dah nak makan mee ni pakai sudu garfu, semua pakai tangan jer. Sambil makan mee sambil kupas ketam. ahaha! Part yang ni aku dah surrender angkat tangan kat husband sebab kenyang tahap dewa. Kahkah husband gelakkan aku. huhuh!

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. ahaha! Lihatlah perutku.. rampingkan!! Siaplah si ketam dan si udang berjoget-joget dalam perut tu. ehehehe! Dear my soul, i love you soo much!!

Inginku bahagia bersama mereka di dunia hingga akhir hayat. Insyaallah! 
"Saaayang abah.. saaayang ayen"

Tengoklah budak Rayyan Aiman tu, bila abah yang snap photo dia boleh jadi happy sedunia. Ilmu apa lah yang abah pakai ni. ehehe! Btw, theme haritu adalah kuning si mambang kuning. 

Lepas balik dari makan mee, husband bawak ke Village Mall untuk bersolat sebelum balik. Ingatkan best sangat village mall tu, rupanya seciput jer mall nye. ahaha! tak puas nak bertawaf. Nama jer bukan main. hehe! Kat sana just beli celak sajo. Celak?? hoho! Atas permintaan husband, dia nak aku pakai celak. Sunnah kan. Lagipun dapat lindung mata katanya. Baiklah bos! Lepas keluar dari village mall, last-last tak tahu nak pergi mana dah, just berlepak jap kat tesco jep. huhu! Kesiannya kat sini tak banyak sangat mall mall yang super goges. Bertawaflah kami jap kat situ sampai kaki naik lebam. First time dalam hidup aku yang ajak husband balik dulu sebab badan rasa penat sangat. Kaki pun dah start lenguh-lenguh. Rasa mual lagi. Ingatkan dah pregnant. Rupanya esok tu period pulak. ahahaha! Cis! udang punya kes la ni!!!!

No comments:

Post a Comment