Thursday, June 6, 2013

Hari lahir yang lalu..

Dear diary,

Lama sungguh rasanya nak ambik mood untuk berblogging semula. Semua gara-gara instagram yang merasuk minda supaya lupakan alam blog kejap. ahaha! Tapi walau apa pun yang datang, my diary (blog) tetap di hati. Kat sinilah tempat aku meluah segala keluh kesah, pahit manis.. Semuanya kat sini. Dari tak kenal husband (2008) sampailah dah kena jaga anak (2013), ia tetap di hati lagi.. Kalau ikutkan banyak benda yang dah terlepas untuk di update kat sini cth: my birthday, Rayyan masuk hospital, birthday husband dll.. Try je la update kat sini bagi muat. For sure, dah lama tak menaip.. ayat harus ke laut la kan.. :))

21 February 2013
Tak ada kata yang nak diucapkan selain bersyukur pada Allah sebab masih dipinjamkan jasad dan nyawa untuk menikmati suka duka hidup bersama famili tersayang. Macam biasa, dah banyak tahun rasanya bila masuk je bulan february.. then check-check schedule husband.. haruslah dia takde kat rumah masa tu sebab kena keja. Pheewww! Susah sungguhla nak celebrate on time. Cukup susah. ehehe! Tapi takpe as long as dia sentiasa ingat, itu sudah memadai. Husband orang pertama yang wish happy birthday pada tengah malam tu. Selalunya kalau malam takdela nak bergayut talipon lama sangat, tapi malam tu.. dapatlah spend time lebih sikit. Then after a weeek husband balik baru celebrate birthday. Just makan-makan jer dengan my famili. Berlauk kambing lagi la jawapnya. Malam dinner kat Hadramawt, Perda lagi. Ntah kali keberapa makan kambing kat situ tak tahu la nak bilang. hehe! Masa tu tak banyak sangat snap gambar. Alahai.... yang mana ada je la kite tempek ok..

 Tak ingat dah apa nama nasik ni, tapi selalu sangat dah order. Memang best! kambing menyorok dalam nasik..

 Lamb

 ala-ala pizza gitu. ahaha! semua nama dish dah tak ingat. Banyak makan kepala ikan..

Ni pulak kebab ayam. Seeedap!

Bab makan terpaksa kena delay, tapi bab hadiah harus claim awal-awal lagi kat husband. eheheh! Dan macam tahun-tahun sebelum ni, hadiah tak pernah la dibalut. Main beli bagi, beli bagi sajo. uhuk! Thanks husband for everything you give it to me. I love you!



psst: Cerita pasal Rayyan lain entry pulak ok..